"Aku peliklah dengan kau ni. Jiwa kau perempuan sangat asal" Haechan memandang Yuta tak puas hati. "Kau tak faham rasanya bila tengok kawan kau sakit" Yuta dijeling

"Dah la tu"

"Aku akan pastikan dia dapat balasan" ucap Haechan menggenggam tangan Hyeri. Hyeri pelik

"Jangan risau. Lepas ni kitaorang jaga kau, okay?" Haechan memandang wajah Hyeri. Senyuman diberikan. Hyeri membalas dengan senyuman semula

"Aku pun.. akan jaga kau" celah Yuta. Hyeri dan Haechan memandang Yuta

"Apa? Nak jaga sebagai kawan pun tak boleh?" Yuta mencebik. Hyeri tergelak kecil

skip

Haechan dan Yuta berjalan keluar dari hospital bersama

"Minyoung makin melampau" kata Haechan. Yuta mengangguk

"Haritu, dia ada datang jumpa aku. Nak mintak tolong.. mungkin untuk hapuskan Hyeri"

Haechan mengeluh. "Tah bila nak taubat perempuan tu" ucapnya

Mereka senyap sahaja dalam perjalanan

"Weh" Yuta menepuk lengan Haechan yang sibuk dengan hp

"Apa"

"Tengok tu"

Haechan memandang ke hadapan tempat yang ditunjuk oleh Yuta

Minyoung yang baru keluar dari sebuah hotel

"Woi!" jerit Haechan dan berlari ke arah Minyoung. Yuta menuruti dari belakang

Minyoung yang perasan akan Haechan segera berlari dari situ

"Woi perempuan!" jerit Haechan lagi

Minyoung berlari ke arah tempat letak kereta dan masuk ke dalam sebuah kereta

Haechan dan Yuta berhenti mengejar. Mata sibuk memerhati sekeliling

"Terlepas!" Haechan menggenggam penumbuk

Setelah beberapa minit baru mereka beredar

Jeno yang baru keluar dari sebuah bangunan terus ke tempat letak kereta

Dia masuk ke bahagian pemandu. Terkejut tak kepalang apabila Minyoung berada di tempat duduk belakang

"Apa kau buat dalam kereta aku?!" Jeno menoleh ke belakang

"Cepat la drive keluar dari sini" paksa Minyoung

"Apa kau dah buat kali ni sampai ada orang kejar kau?" soal Jeno melihat Minyoung dari cermin

"Kau tak perlu tahu"

Jeno mengeluh

Tak habis-habis bawa bala

Minyoung dan Jeno masuk ke rumah agam mereka. Minyoung duduk di sofa

"Apa yang kamu dah buat?"

Serentak Minyoung dan Jeno memandang ke arah suara itu

"Papa.. Bila papa balik?" soal Minyoung

Soalan Minyoung dibiarkan tanpa jawapan. Beberapa keping gambar dihempas di hadapan Minyoung

Gambar yang sama seperti Jeno dapat cuma bukan bersama Taeyong

"Apa semua ni?" soal bapanya semula. Minyoung menelan liur. "Explain" Minyoung senyap

"Jadi anak dalam kandungan tu anak orang lain dan bukan Taeyong" Minyoung menggeleng

"Tak. Ni memang anak Taeyong"

Sejurus itu pintu utama terbuka memaparkan Taeyong di muka pintu. Semua mata tertancap padanya

tbc

Crazy Couple S1&S2Where stories live. Discover now