'Alamak punahla harapan aku nak rasa samyang tu'

Aku mendecit. Kecewa.

"Lain kali kalau dah tau diri tu pendek. Jangan berangan nak ambik sendiri. Minta tolong orang sekeliling. Ni tak ikut suka dia je. Kalau terjatuh apa-apa barang dalam kedai ni. Kau yang aku persalahkan"

Dia meletakkan samyang tadi di tempat  yang rendah sebelum berlalu pergi.

"Dasar...kalau muncul je menyakitkan hati orang..hishh!" Aku mencebik,geram.

Aku mengambil samyang tadi kasar sebelum melangkah ke kaunter pembayaran.

-------
"Mana Yeon ni? Lamanya pergi Seven-E?"

Aku mengibas-gibas wajahku. Panas berbahang.

"Hishh,Nayeon nii. Orang call tak angkat angkat. Dia marah dekat aku ke? Tapi aku buat salah apa pulak dekat dia?"

Aku memandang namja yang duduk di sebelah tempat aku.

'Nayeon? Yeon,ke?'

Dalam aku ralit memerhatikan namja itu, dia mengalihkan pandangannya kepada aku.

"Er,mian. Saya tumpang duduk kejap." Dia senyum kepada aku.

Aku hanya mampu membalas senyumannya dan hanya menundukkan sedikit kepala aku tanda okay.

Dari jauh aku nampak Nayeon sudah berlari-lari anak ke arah aku. Aku memasamkan wajahku. Sengaja.

"Yah. Mian. Tadi terserempak dengan mamat biadap. Tak habis habis sakitkan hati orang. Dia ingat orang tak ada hati macam dia, hati kering,takde perasan. Hmphh!"

Dahi aku berkerut mendengar penjelasan Nayeon.

"Nugu?"

"Mamat hati kering."

"Bo?!"

Suara lain menyampuk perbualan kami. Aku dan Nayeon serentak menoleh ke arah lelaki tersebut.

"Yahh! Taehyung~shii. Bila masa kau ada dekat situ?" Tiba tiba Nayeon bertanya kepada lelaki tersebut.

Aku hanya melihat mereka pelik. Tak faham apa yang tengah berlaku.

"Tahun lepas. Aku call kau sampai beribu kali tapi sekali pun kau tak angkat. Chat aku lagi laa" Muka Taehyung hanya selamba.

"Eleh beribu kali konon. Kenapa baru 5 missed call je naik kat phone aku. Mana lagi 995 missed call"

Taehyung hanya mengaru keningnya sambil tersengih sengih. Nayeon mencebik.

"Alah. Hargailah at least aku call kau juga kan? Kalau aku tak call, kau cakap aku  tak kisah dekat kau la apalah." Wajah Taehyung sudah masam.

Nayeon tergelak kecil. Aku yang melihat turut ketawa bersama Nayeon kerana wajah Taehyung nampak comel seperti budak  kecil.

"Yah! Buruk la buat muka macam tu." Nayeon ketawa lagi.

Taehyung hanya mencebik sebelum menjeling kepada Nayeon.

   Nayeon dan Sohyun hanya ketawa tanpa menghiraukan jelingan dan cebikan pada wajah Taehyung.

----------
"Sampai hati.." Taehyung mula melangkah untuk beredar dari situ.

Aku yang tengah ketawa terus mengejarnya.

"Yahh! Mianei! Aku gurau jelah" Aku menarik lengan Taehyung,menghentikan langkahnya.

Dia memandang aku lama.

"Caring juga kau ye" Taehyung tersengih. 

Entah kenapa aku rasa telinga aku membahang. Aku terus pura pura pandang tempat lain.

"Kau dah lama tak makan kaki ke?"

Kali ni Taehyung pula yang mentertawakan aku. Apa yang lawak pun aku tak tahu.

"Aku caring sebab..." Aku menarik nafas panjang.

  "Sebab kau la kawan baik aku dari kecil yang selalu ada dengan aku masa aku susah senang." Aku hanya tipu. Menipu Taehyung dan diri aku sendiri.

"Alolo. Sweetnya dia." Taehyung mencubit pipi aku.

"Hey!" Aku menampar tangannya namun tangannya naik semula mencubit pipi aku.

Muka aku dah masam. Taehyung tetap tak hiraukan aku.

------

Aku tersenyum sinis dengan 'drama' dihadapan mata.
Aku menyumbatkan earphone ke dalam kedua-dua belah telinga aku sebelum meneruskan langkahku semula.




Love DiariesWhere stories live. Discover now