Hannan Balqish merapikan pakaiannya sebelum melangkah masuk ke dalam Syarikat AH Sdn Bhd. Kakinya melangkah ke meja penyambut tetamu lalu seorang lelaki yang seusia dengannya menyapa Hannan Balqish.
"Iye boleh saya bantu?" sapa lelaki tersebut.
"Haa..saya ada interview untuk receptionist." balas Hannan Balqish.
"Boleh saya tahu nama? Saya check kejap untuk list interview." kata lelaki tersebut.
"Hannan Balqish Binti Shahrul." balas Balqish sambil memberikan senyuman manis kepada lelaki tersebut. Hannan Balqish sekilas memandang nama lelaki tersebut yang terdapat dibaju kerjanya.
'Ridzuan' bisik hatinya. Lelaki tersebut lalu menaip nama yang diberikan oleh Hannan Balqish di komputernya. Lalu lelaki tersebut memandang Hannan Balqish dengan senyuman terukir dibibirnya.
"Cik Hannan..si.." belum sempat lelaki tersebut menghabiskan kata-katanya Hannan Balqish memotongnya.
"Balqish..Qish je." ucap Hannan Balqish pada lelaki tersebut. Lelaki tersebut hanya tersenyum sipu.
"Oh maaf..Baiklah, Qish boleh ke tingkat 5 untuk interview." beritahu lelaki tersebut. Hannan Balqish hanya menganggukkan kepala tanda dia mengerti apa yang diberitahu lelaki tersebut.
"Terima kasih, Ridzuan."ucapnya sebelum melangkah pergi ke lif untuk naik ke tingkat 5. Ridzuan hanya mengangguk dan tersenyum sahaja dan matanya melihat Hannan Balqish menuju ke lif sehingga Hannan Balqish hilang dari pandangannya.
Hannan Balqish menarik nafasnya dan menghembus perlahan sebelum keluar dari lif. Dia ingin menghilangkan rasa gugupnya. Lalu dia menuju dan berdiri di depan sebuah bilik yang terletak notis 'INTERVIEW ROOM'.
Matanya melilau seperti mencari sesuatu. Perkarangan luar bilik tersebut kosong dan tiada seorang pun.
'Takkan aku sorang je.' bisik hatinya. Lalu Hannan Balqish melihat jam di pergelangan tangannya.
8.55 a.m. Lagi 5 minit nak dekat pukul 9, masa interview tapi masih tiada orang lagi.
"Awal sangat ke aku datang ni. Tapi ada 5 minit lagi untuk masa interview yang ditetapkan." ujarnya sendiri.
"Ba..ba..ba" tiba-tiba kedengaran suara bayi yang datang dari arah belakangnya. Bayi yang kelihatan berusia 1tahun setengah itu sedang merangkak kearahnya.
"Boo.." omel bagi kecil itu lagi lalu menghulurkan kedua tangannya menandakan bayi tersebut meminta Hannan Balqish mendukungnya. Hannan Balqish melihat sekelilingnya sama ada mak ayah bayi tersebut. Namun tiada sesiapa pun, kosong di perkarangan tersebut lalu Hannan Balqish mengendong bayi tersebut.
"Where's your mom and daddy little girl." ujar Hannan Balqish pada bayi perempuan tersebut layaknya bayi tersebut boleh memberikan jawapan padanya. Bayi tersebut memain-main rambut ikal Hannan Balqish yang diikat satu itu.
Hannan Balqish lalu berjalan untuk mencari kedua ibu bapa bayi tersebut. Hannan Balqish masuk ke satu bilik yang terdapat meja receptionists. Namun sayang kosong.
"There you are." tiba-tiba seorang jejaka tampan menyapa dari arah belakang Hannan Balqish dan mengambil bayi perempuan tersebut dari dukungan Hannan Balqish.
"Thank You." ucap jejaka tersebut lembut pada Hannan Balqish.
"Maaf saya nampak dia merangkak sorang-sorang tadi kat hall depan tu. Jadi saya ambil la dia cari parents dia." ujar Hannan Balqish menerangkan kejadian yang sebenarnya berlaku. Belum sempat jejaka tersebut membalas kata-kata Hannan Humairah seorang wanita cantik dan seksi masuk ke dalam bilik tersebut dengan seorang lagi bayi lelaki di dakapannya.
'Wow..cantiknya isteri dia. Anak kembar rupanya.' bisik hati Hannan Humairah. Namun air muka jejaka tersebut seperti sedang menahan marah apabila memandang wanita tersebut.
"Awak buat kerja macam mana ni, Asha. Saya suruh jaga dan tengokkan anak-anak saya je sementara saya tengah interview calon-calon lain." tengking jejaka tersebut pada wanita tersebut.
"Maaf, Encik Amsyar. Saya tak..." belum sempat wanita tersebut menghabiskan kata-katanya, dirinya di templak lagi oleh jejaka yang bernama Amsyar.
"Sudah! Saya bagi kerja mudah pun susah nak handle." Tengking lelaki tersebut lagi. Hannan Balqish yang merasa kasihan dengan wanita tersebut lalu bersuara.
"Encik Amsyar mungkin Cik Asha tak menang tangan sebabkan nak tolong Encik Amsyar prepared interview..." Hannan Balqish tidak menghabiskan kata-katanya apabila dia tersedar bahawa tujuannya datang pada hari ni.
"Interview!" jerit Hannan Balqish lalu berlari menuju ke ruangan bilik untuk sesi interview. Sampai sahaja dia di depan pintu tersebut seorang lelaki telah menanggalkan notis 'INTERVIEW ROOM' dari pintu tersebut.
"Awak..awak..kenapa tanggalkan? Sesi interview ditangguhkan ke?" tanya Hannan Balqish pada lelaki tersebut dengan bertubi-tubi soalan.
"Eh tidak. Sesi interview dah tamat. Mereka dah jumpa pekerja untuk jawatan receptionist." balas lelaki tersebut dengan senyuman lalu dia pergi meninggalkan Hannan Balqish yang kelihatan kecewa kerana gagal untuk hadiri interview tersebut. Hannan Balqish terduduk di atas kerusi yang terdapat dibahagian luar bilik tersebut.
"Excuse me." sapa suara seorang wanita pada Hannan Balqish. Hannan Balqish mengangkat kepalanya lalu memandang wanita yang menyapanya. Oh personal assistant Encik Amsyar.
"Encik Amsyar want to see at his office." ujarnya kepada Hannan Balqish.
"For what.?"tanya Hannan Balqish pada wanita tersebut. Namun wanita tersebut hanya mencebik dan mengangkat bahu tanda dia tak tahu. Hannan Balqish bangkit dan mengikuti wanita tersebut berjalan ke pejabat Encik Amsyar.
YOU ARE READING
Hello, Princess.
RandomOleh kerana insiden yang tak diingin berlaku pada hari interview Hannan Balqish. Hannan Balqish telah ditawarkan bekerja sebagai pengasuh anak kembar kepada Amsyar Hakkim, CEO Syarikat AH Sdn Bhd. Namun tanpa Hannan Balqish sedari perasaannya ter...
