Selesai sahaja dia mengikat rambutnya lalu dia melihat penampilannya di meja solek miliknya. Baju kurung yang berwarna merah jambu terletak cantik dibadannya. Dia tersenyum puas lalu mencapai beg tangan miliknya yang terletak di katil. Baru sahaja dia ingin melangkah terdengar bunyi ketukan pintu biliknya.
"Hannan Balqish oh Hannan Balqish." panggilnya. Balqish tersenyum mendengar suara itu lalu melangkah untuk membuka pintu biliknya.
"Iye, Puan Ella. Saya dah siap." ucap Balqish dengan senyuman. Puan Ella tertawa kecil melihat tingkah anak perempuannya itu.
"Haa.. mama ingat kamu tidur lagi. Kang terlambat nak pergi interviewnya nanti." ujar Puan Ella.
"No lah, mama. Qish kan dah lama tunggu tawaran interview kerja ni. Qish, dah penat asyik duduk rumah je." ucap Balqish lalu memeluk tangan ibunya dan mereka menuju ke tingkat bawah.
"Tulah, mama suruh kerja dengan mama tak mau." ucap Puan Ella. Hannan Balqish hanya mampu tersenyum. Bukannya dia tidak mahu tetapi dia ingin mencari pengalaman baru.
"Mama masak apa hari ni? Macam sedap je bau." kata Balqish dan menggerak-gerakkan hidungnya seperti menghidu.
"Hari ni masak simple je. Bihun goreng special untuk anak perempuan kesayangan mama." ujar Puan Ella lalu mengelus lembut rambut anak perempuannya.
"Wah, sedapnya." ucap Balqish gembira.
"Amboi ma, bila Qish dah balik Malaysia macam-macam mama masakkan untuk Qish." ujar seseorang lelaki yang baru sahaja melangkah di meja makan lalu duduk disebelah Hannan Balqish.
"Rilek ler, bang Iffat. Jangan jealous ye. Mama sayang semua anak mama. Betul tak, ma?" kata Balqish sambil tanggannya menyenduk bihun goreng ke pinggan kosong dan dihulurkan kepada abangnya sambil diberi senyuman manis. Puan Ella hanya menggeleng kepala melihat tingkah laku anak-anaknya.
Hannan Iffat lalu menyambut pinggan yang dihulurkan adiknya lalu menepuk lembut kepala adiknya yang berada disebelah.
"Ma, papa mana?" tanya Balqish apabila tidak melihat kelibat papanya.
"Biasalah. Pagi-pagi dah pergi. Busy sangat tak sudah." ucap abangnya dingin, Hannan Iffat. Puan Ella hanya mampu mendiamkan dirinya.
Hannan Balqish tidak berani menyoal abangnya lagi. Dia tahu hubungan dingin antara abangnya dan papanya. Hannan Balqish hanya berdiam diri sehingga dia selesai makan. Dia lalu melihat jam di dinding.
"Bang, maa.. Qish dah nak pergi ni. Doakan Qish ye." Hannan Balqish bangkit dari duduknya dan menyalami Puan Ella.
"Baik-baik drive, nak." ucap Puan Ella lalu mengucupi pipi anaknya. Hannan Balqish hanya mengangguk dengan kata-kata ibunya. Dia lalu berjalan menuju ke arah abangnya dan berdiri memandang abangnya.
Hannan Iffat yang pelik dengan adiknya hanya berdiri sahaja disisinya lalu mendongakkan kepala memandang adiknya lalu berkata "nak apa?"
"Garangnya. Abang jangan selalu marah takut TUA nanti." ujar Hannan Balqish sambil menekan perkataan 'tua'. Hannan Iffat mengeluh apabila mendengar kata-kata adiknya.
Hannan Balqish lalu menghulur tangan untuk bersalam dengan abangnya, Hannan Iffat menyambut huluran tangan adiknya. Tetapi Hannan Balqish tetiba mencium pipi abangnya, Iffat ingin mengelak tetapi sudah terlambat.
Hannan Balqish lalu berlari menuju ke keretanya sambil berkata "Bye ma,
Bye bang Iffat. Doakan adik.". Tiba-tiba langkah Hannan Balqish berhenti lalu memandang semula ke arah abangnya.
"Nak apalagi, budak." ujar Hannan Iffat kepada adiknya apabila Hannan Balqish berhenti tiba-tiba.
"Tolong basuhkan pinggan adik. Bye. Thank You." ujar lalu berlari kearah kereta Honda Jazz miliknya.
"Budak bertuah!" jerit Hannan Iffat. Puan Ella hanya menggeleng-geleng melihat teletah anak-anaknya.
YOU ARE READING
Hello, Princess.
RandomOleh kerana insiden yang tak diingin berlaku pada hari interview Hannan Balqish. Hannan Balqish telah ditawarkan bekerja sebagai pengasuh anak kembar kepada Amsyar Hakkim, CEO Syarikat AH Sdn Bhd. Namun tanpa Hannan Balqish sedari perasaannya ter...
