BAB 1

97 5 0
                                        


" Panggil je Icha." Ujar Nuraisyah atau lebih mesra disapa Icha sambil bibirnya mngukirkan senyuman.

Wajah jelita wanita yang berumur dalam 40-an itu dipandang kejap.

" Tak apa ke chaa bermalam dekat rumah aunty ? Segan pulak." Sambung Nuraisyah serba salah.

Puan Sri Nuri senyum ikhlas apabila mendengar ayat jujur dari sahabat baik anak perempuannya itu.

" Lisa dahh inform dekat aunty pasal icha." Balas Puan Sri Nuri jujur, sambil jemarinya ligat memperbetulkan keadaan tudungnya.

Ada satu rasa yang dalam apabila matanya bertemu dengan figura yang dikenalkan sebagai sahabat anaknya itu. Rasa yang tak mampu diungkap oleh kata- kata, rasa jatuh sayang pada pandangan pertama mungkin.

" Ichaaaaa" Panggil Lisa yang sedang menuruni anak tangga dengan berhati-hati mendekati ibu dan sahabat baiknya.

Icha dan Puan sri Nuri sama-sama berpaling ke arah suara lantang milik Lisa.

" Zalisa Nadiya. Kawan awak tak pekak tau. Tak payah nak memanggil macam duduk 10 batu jauhnya." Balas Puan sri Nuri dengan jelingan mata, sengaja mahu memprovokasi.

Nuraisyah hanya senyum sinis.

Lisa mencebik apabila ditegur ibunya.

" Dah siapkan bilik tetamu untuk Icha? " tanya Puan sri Nuri dengan pandangan mata yang tajam.

" Ala, kan Lisa dah bagitau kalau Icha akan tidur sebilik dengan Lisa. " ujar Lisa sekali bibir dijuihkan.

" Mana-mana je lah. Asalkan Icha selesa. " ujar Puan Sri Nuri.

Nuraisyah mengangguk.

" Dijamin selesa. Bilik Lisa kan kemas, teratur dan bersih." Lisa memberi pujian pada biliknya sendiri.

" Baiklah Puteri ksayangan beta. Dahh ibu nak keluar ni. Ada perjumpaan dengan business partner. Korang duduk rumah elok-elok." Ujar Puan sri sebelum beredar, berasa bersalah pula keluar apabila ada tetamu yang mampir.

Lisa dan Nuraisyah hanya angguk tanda faham.

Ketika Puan sri Nuri berlalu ke qrah pintu utama,  meninggalkan mereka.

Mereka berpandangan sambil nenyengih.

Ada projek yang sudah dirancang.































Usai siap mempersiapkan kek coklat, mereka bersantai di ruang bilik Lisa.

"Kau ni. Tak kan nak tinggal aku sorang-sorang" ujar Nuraisyah dengan suara lirihnya.

Lisa menghembus nafas serba salah.

" Benda ni tak dirancang. Hakimi tu terdesak nak jumpa. Katanya ada benda penting dia nak sampaikan." Panjang lebar Lisa menjelaskan. Sungguh dia tiada niat untuk meninggalkan sahabatnya itu sendirian. Namun apabila mendapat panggilan dari Hakimi aka kekasih hatinya, dia tidak dapat menolak.

" Yelah. Tapi jangan balik malam sangat. Segan aku nanti." Ujar Nuraisyh. Sudahlah ini kali pertama dia bermalam di rumah agam milik keluarga Lisa.

Lisa buat tanda ok.

" Jangan nak segan sangat .Tak ada orang pun kat rumah. Klau ada pun , kau, aku dengan bik miza." Lisa membalas.

" Abang kau ?? Papa kau ?? Ibu kau ? " bertalu-talu soalan yang ditanya Nuraisyah.

" Amboi kau punya soalan. Don't worry okay . papa aku sekarang ada dekat Sabah, tengah handle projek dekat sana. Ibu aku pulak dia bermalam rumah Mak ngah aku . then abang aku, maybe tak balik." ujar Lisa.

Nuraisyah tayang muka cuak.

Maybe ? tu bukan kepastian.

" Haa gelabah laa tu. Pasal abang aku kau jangan risau. Malam ni confirm dia tak balik. Dia selalu kalau malam jumaat dia ada event.." Ujar Lisa.

" Event apa doo?" Tanya Nuraisyah minta kepastian.

" Biasalah event lelaki dewasa dan korporat" ujar Lisa dengan tayang senyuman.

Nuraisyah tayang muka tak puas hati.

" Aku nak siap-siap ni." ujar Lisa sambil jemarinya ralit mengenakan lip balm di bibirnya.

" Hati-hati. " Nuraisyah memberi pesanan.

" Baiklah sahabat kesayangan ku." ujar Lisa lalu mencuit hidung Nuraisyah yang tak berapa nak mancung.

Nuraisyah bagi jelingan.

Budak Lisa ni memang suka main hidung dia.








P/s : Hope enjoy the storyline. 😊

Destiny To Love Histórias para pegar e não largar. Descubra agora