We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.

1. prolog

137 4 0
                                        

"Kurang ajar!"

Pas!

Ouch!!...

Matanya terbuka besar kerana terkejut bila tamparan itu menyentuh pipinya.

Pipinya terasa pedih namun tidak dapat menandingi kepediahan dihatinya.

Air matanya hampir mahu memgalir namun ditahannya sekuat hati dan dilindungi dengan mata yang tajam merenung lelaki di depannya itu.

Lelaki di depannya itu turut memandangnya dengan pandangan seperti dia ini bukan manusia...tapi sesuatu yang menggelikan!.

"Kau benar2 dah melampaui batas kali ini, Bai Lianhua!"

Dia memandang lelaki itu tidak puas hati dengan tuduhannya. Matanya tajam memandang ke arah wanita yang sedang menangis dibelakang lelaki itu pula.

'Tak guna! Gara2 wanita talam dua muka itu suami aku sendiri tampar aku?!!!'

Dia menjerit benci dalam hatinya.

"Apa pula kali ini yang perempuan sundal pura2 baik ni burukkan aku kat kau?"

Perlinya sinis pada lelaki yang memandangnya dengan pandangan benci dan marah.

Dia menjeling perempuan itu yang membuat mukanya lagi nampak sedih dan kesian!.

Dia benar2 hairan bagaimana lelaki yang terkenal dengan kebijaksanaan dan kehebatannya dalam dunia perniagaan ini boleh tertipu dengan wanita talam dua muka ini?.

Apa cinta yang lelaki ini ungkap sebelum mereka kahwin itu hanya tipu semata?!. Hatinya semakin terasa pedih. Kalau boleh dia mahu pergi dari sini! Dia tak tahan melihat pandangan mata lelaki yang dicintainya sepenuh hati itu padanya....

"Jaga sikit tutur kata kamu, Bai Lianhua!"

Ah! Dua kali dia sebut nama dia!. Dia mula terasa dirinya seperti orang asing dimata lelaki ini biarpun mereka sudah saling mengenali sejak berusia 15 tahun lagi sehingga umur mereka 29 tahun sekarang!.

Hanya kerana kemunculan perempuan itu yang merupakan adik tirinya 8 tahun yang lalu semua orang yang disayanginya mulai membenci dirinya.

Ibubapanya....

Keluarganya...

Kawan-kawannya...

Kawan suaminya...

Netizen...

Malah kini suaminya sendiri mula melayannya seperti orang asing dan tidak percaya padanya. Malah dia mempercayai pula 100% apa yang dikatakan oleh adik tirinya itu!.

Dia pun tidak tahu apa silapnya sampai kehidupannya seperti ini.

Dia sudah penat menghadapi semua kebencian tak bertepi orang sekelilingnya.

"Kak Lian, adik minta maaf. Adik tak sengaja tumpuhkan air kat baju kak Lian kat studio tadi. Semasa kak Lian nasihatkan adik tadi tak sangka ada yang curi2 rakam video dan post kat media sosial.... maafkan adik..."

Dia mahu saja muntah darah mendengar suara minta kesian perempuan talam dua muka yang berdiri disebelah suaminya itu!.

Tak sengaja tumpahkan?!

Ingat dia butakah apa yang Bai Yangxi yang menyiramnya dengan air di depan semua orang kat studio tu?! Siapa juga yang berani pergi edit2 video tu dan buat dia pula yang kelihatan membuli Bai Yangxi!.

"Xi'er buat apa kamu minta maaf kat perempuan devil ini! Menyesal betul dapat anak berperangai setan seperti ini! Sungguh memalukan keluarga sahaja!"

Rebirth: White Lotus Revenge'sStories to obsess over. Discover now