PERGILAH AIR MATA 1

Start from the beginning
                                    

"Abah minta maaf. Abah tak dapat hadir majlis akad nikah. Ada hal emergency. Tapi, Pakcik Syuib ada, kan?,"kata-kata yang terlafaz dari bibir Datuk Hamidi, sekali lagi membuat Sabrina terkejut. Begitu baik layanan Datuk Hamidi. Ikhlaskah lelaki ini menerimanya sebagai menantu? Lama dia menatap wajah tenang itu. Tenang, namun penuh dengan ketegasan. Datuk Hamidi turut memandangnya. Sabrina mengukir senyum sambil mengangguk perlahan. Menjawab pertanyaan Datuk Hamidi. Padahal dia sendiri tidak pasti yang mana satu Pakcik Syuib yang Datuk Hamidi maksudkan. Majlis akad nikahnya di masjid sebentar tadi, cuma dihadiri oleh beberapa orang yang langsung dia tidak kenal. Barangkali teman rapat keluarga Badrul. Barangkali saudara mara Badrul. Sungguh. Dia tidak tahu.

"Jamilah,"tiba-tiba Datuk Hamidi memanggil seseorang.

"Ya, Datuk. Ada apa?,"muncul seorang wanita pertengahan tiga puluhan. Mungkin pembantu rumah besar itu. Dia cuba mengukir senyum untuk wanita itu. Namun, wanita yang dipanggil Jamilah itu, cuma membuang pandang. Senyumnya dibiarkan sepi. Langsung tidak berbalas. Datuk Hamidi menoleh.

"Tolong panggilkan Badrul. Cakap dengan dia, saya ada hal nak bincang dengan dia,"

"Baik, Datuk. Err... itupun Encik Badrul, Datuk,"

Badrul yang sedang melangkah longlai, berhenti tatkala mendengar namanya disebut. Sabrina turut memandang ke arah lelaki itu. Badrul sudah berganti pakaian. Baju melayu yang melekat di badan sebentar tadi, sudah berganti T-shirt dan jeans.

"Bad, ke mari. Abah nak cakap sikit,"

Dengan wajah mencuka, Badrul melangkah mendekati bapa dan isterinya.

"Duduk,"

Badrul menurut. Perlahan melabuhkan pungung ke sofa. Sempat berlaga pandang dengan Sabrina. Jelingannya yang tajam membuat Sabrina tertunduk lagi.

"Saya pergi dulu, Datuk,"Jamilah bersuara sambil melangkah mahu meninggalkan kumpulan manusia yang kelihatan serba canggung itu.

"Tunggu. Tolong simpan beg pakaian Sabrina, ni,"

"Tak apa, Datuk. Tak payah susah-susah, kak. Nanti saya bawa sendiri,"Sabrina bersuara. Menolak arahan Datuk Hamidi. Jamilah kelihatan serba salah.

"Bawa beg pakaian dia,"tegas suara Datuk Hamidi, terus mengunci mulut Sabrina. Jamilah menggaru-garu kepala.

"Ke mana, Datuk?,"soal Jamilah lambat-lambat. Tidak tahu ke mana harus di bawa beg pakaian itu. Datuk Hamidi merenung tajam wajah pembantu rumahnya itu.

"Ke mana lagi? Bilik suami dialah,"

"No way! Dah kurang bilik ke kat rumah ni, abah? I'm not going to share my room with this woman. No! Never!,"bantah Badrul dengan suara sedikit tinggi. Tidak berpuas hati dengan keputusan bapanya. Sabrina semakin menunduk. Pedih! Hatinya terhiris lagi mendengar kata-kata Badrul. Sedaya upaya dia menahan air mata supaya jangan menitis lagi. Jamilah pula terkedu bersama beg pakaian Sabrina di tangannya. Sekarang, arahan siapa yang perlu dia ikut? Empunya banglo atau empunya bilik?

"Bawa beg tu, ke bilik Badrul," Datuk Hamidi bersuara tanpa mempedulikan kata-kata Badrul. Jamilah akur. Terus melangkah laju meninggalkan ruang tamu.

"Abah...,"

"Diam,"Datuk Hamidi bersuara sebelum sempat Badrul menghabiskan bicaranya. Badrul terdiam. Tidak berani melawan walaupun ada rasa tidak puas hati yang bersarang di jiwa. Dan, semua rasa tidak puas hati itu berpunca daripada Sabrina.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PERGILAH AIR MATAWhere stories live. Discover now