"Perth!!Perth kamu tak bangun lagi ke?Kamu ada class pukul 9 nanti ni.Bangun Perthhhh!!"pekik Mae dari luar bilik Perth sambil mengetuk kuat pintu bilik anak lelakinya itu.Perth mengunci pintu itu dari dalam kerana dia tidak mahu Mae menerjah masuk bilik tidurnya ketika dia sedang nyenyak tidur.Ini hari pertama Perth pergi ke kelas universitinya.Bagi Perth untuk menempuh hari hari sebagai pelajar universiti ini merupakan salah satu perkara yang paling buruk baginya.Dia juga harus menetap di asrama universiti disitu.Kalau ikutkan sikapnya,ingin saja dia tidak menyambung pelajarannya tetapi itu semua hanyalah angan-angan semata- mata.Dia dipaksa menyambung pelajaran oleh Maenya.Kata Mae,'orang yang masa hadapannya gelap ialah orang yang malas belajar'.Nampak sangat dari kata-kata Mae itu seakan mendorong dirinya untuk menyambungkan pelajaran.
"Perthh,Mae suruh bangun kan..bangun Perthh!!"pekik Mae lagi diluar pintu biliknya.
Perth yang baru sedar dari mimpinya itu menggosok sebelah matanya perlahan.Dia berasa amat terganggu dengan suara Mae yang menjerit-jerit diluar biliknya itu.Dengan mamai,dia mencapai jam loceng miliknya yang berada dia sebelah katil saiz king itu.
Perth menatap jam itu sekali lalu.
"Hurmm??pu..pukul 8.45??Shitt!!".Carut Perth (Mira😂😂).Laju kaki Perth melangkah turun dari katil dan menuju masuk ke dalam bilik mandi.Setelah selesai mandi,baru dia tersedar.
"Oih!Tuala lupa nak ambil.Aduhh!".Perth menepuk dahinya yang putih bersih itu.'Eh!ini bilik aku,kenapa aku nak malu pulak bogel dalam bilik sorang-sorang?bodohlah aku ni'getus hati Perth.Dibuka pintu bilik mandi lalu terus mencapai tuala yang tersangkut di penyidai sebelah bilik mandi.
Selesai saja memakai baju kemeja dan seluar jeans pantas dia mengambil beg yang berisi pakaian dan membuka kunci pintu biliknya.Terlihat Mae yang memeluk tubuh terjegat di hadapan pintu.Perth hanya tersenyum lalu menyalami Mae lantas dia memakai kasut dan pergi ke universiti menaiki kereta Honda miliknya.
Selepas 10 minit,barulah kereta Honda Perth memasuki perkarangan Universiti itu.Dengan tergopoh-gapah dia berlari menuju ke kelasnya.Plan yang menuggu dihadapan kelas sepertinya tersenyum lega melihat rakan karibnya itu hampir sampai ke kelas.
"Weyh Prof.Thanat masuk dah ke?"tanya Perth tanpa melihat rakannya itu malahan menarik nafas yang panjang kerana telah lari dari parkir hingga ke kelas dengan semangatnya(😂mira).
"Nasib kau baik dia tak masuk lagi.Dah dah jom duduk.Letih sangant aku tengok kau ni."kata Plan sambil menolong rakannya itu mengangkat beg.
"Kenapa Prof.Thanat datang lambat ek harini?Tak pernah-pernah datang lewat.Tetiba je harini.Ajaib sungguh Prof kita tu."kata Perth yang sudah duduk di kerusinya iaitu di sebelah Plan.
"Bukan keajaiban dekat Prof.Thanat,tapi keajaiban untuk kau la!Bersyukur sikit dia datang lewat,kalau tak huh!belajar dekat luar kelas la kau jawabnya."
"Yelah aku bersyukur sangat😬"
"Ha,lupa nak bagitau.Prof.Thanat datang lewat sebab tengah settle budak baru nak masuk dalam kelas kita ni."
"Ye?Lelaki ke perempuan?😎"
"😑Lelaki"
"Ouh ok takpelah malas nak amik kesah😒"
Sedang Perth dan Plan sibuk bersembang,Prof mereka pun masuk sambil diikuti oleh seorang lelaki tinggi disebelahnya.Selepas memberi salam,mereka duduk serentak.Perth memandang sekali lalu kearah lelaki itu.
'Ni kot budak baru tu'getus hati Perth.
"Baiklah semua.Ini saya kenalkan pelajar baru kelas ni.Suppapong Udomkaewkanjana.Saya harap kamu semua boleh beri kerjasama dekat kawan baru kamu ni.Saint,tolong perkenalkan diri kamu."
"Terima kasih Prof.Thanat.Hai semua nama saya Suppapong Udomkaewkanjana.Boleh panggil saya Saint.Selamat berkenalan semua."kata Saint sambil tersenyum manis ke arah rakan-rakan sekelasnya itu.
Perth mengangkat kepalanya lagi untuk melihat semula lelaki itu.Penampilan yang boleh tahan.Tinggi,putih,ada chubby cheeks,stail rambut yang comel,bentuk badan yang diminati gadis.Walaupun kelihatan agak polos namun Saint dapat mencairkan hati gadis hanya dengan senyumannya itu.
"Ok Saint kamu boleh duduk sebelah Perth."
Perth kelihatan terkejut dengan arahan Profnya itu.Plan juga kelihatan hairan kerana dia yang duduk di sebelah Perth sekarang.Kenapa harus diggantikan dengan lelaki polos itu?
"Plan kamu boleh duduk dengan Mean.Saya kena pisahkan kamu berdua sebab kamu berdua ni antara pelajar yang paling rendah markah peperiksaan berbanding pelajar lain.Saint pelajar yang mahir dalam semua mata pelajaran jadi kamu,Perth kena duduk sambil belajar dengan dia faham?"arah Prof itu.
Perth berasa agak tidak puas hati.Biarlah dia teruk pun dalam peperiksaan,janganlah sampai kena tukar tempat.Semak!maki Perth didalam hati.Perth memandang lagi ke arah Saint.Saint tersenyum manis ke arahnya namun dibalas jelingan maut oleh Perth.Saint menunduk takut😐.
"Plan pulak,kamu tu banyak mulut.Bercaaakap je tak berhenti.Saya letak kamu disebelah Mean supaya kamu boleh kunci mulut kamu untuk tahun ni.Saya dengar kamu pernah bergaduh dengan Mean kan?bagus untuk kamu duduk dengan dia.Dah cepat tukar!saya nak mengajar pulak ni!"sambil menunding jari mengarah Plan pergi duduk disebelah Mean.
'Teruk betul la Prof ni.Aku jugak kena duduk sebelah lelaki kaya yang kerek tu.'bebel Plan namun hanya didalam hati.
Plan pun mengangkat beg dan bukunya lalu duduk disebelah Mean.Mean menjeling ke arahnya.Plan mencebik geram.
Setelah Plan duduk,Prof.Thanat mempersilakan Saint untuk duduk disebelah Perth.Perth mengeluh berat.Sudah la diejek oleh Prof,ditambah pulak kena duduk dengan orang yang tidak dikenalinya.
"Hai saya Saint"kata lelaki polos itu lantas menghulurkan tangan untuk berjabat namun ramahnya itu dibals dengan jelingan maut.
Tanpa melihat Saint,
"Aku tau la.Ingat aku pekak ke waktu kau perkenalkan diri kau tadi?"balas Perth kasar.
Kini bermulalah kehidupan baru Saint di universiti itu.Dengan muncul pula Perth yang agak sombong baginya,menambah kesukaran untuk dia berkawan dengan Perth.Saint tidak mahu berfikiran negatif jadi dia anggap ini hanya permulaan untuk berkenalan dengan Perth.
So sorry sebab typos na😂😅
.
.
.
Ok macam mana?890 patah perkataan.Sorry sebab stop upload haritu sebab Mira tetiba ada hal.Mira harap korang maafkan ekk.Jumpa lagi next chapter naa.Bye😙
YOU ARE READING
Never Stop To Love You💋
FanfictionFor my first story hurmmm Mira taktahu nk komen apa tapi enjoylah dgn story ni..maybe Mira akan upload chapter lain lambat sikit sebab Mira masih belajar...so byk la kerja kena buat tiap minggu😂nak taip story ni berjam jam Mira smpai lenguh tangan...
