Part 2

1.5K 68 2
                                    

My First Night
( I lost my virginity)

Aku tergesa-gesa membuka high heel yang sudah sehari suntuk aku pakai dan mencampakkannya di sudut bilik. Memakai kasut bertumit tinggi itu seharian ini memang menyiksa kakiku.

Setelah melucutkan evening dress dari tubuhku, aku terus merebahkan diri di atas tilam dan menarik selimut menutupi tubuhku. Di samping badanku yang begitu letih, mataku juga terasa amat mengantuk. Nasib baik ibu mertuaku mengizinkan aku dan France naik dahulu ke bilik hotel yang disediakan khas untuk pengantin baru.

"Jangan tangguhkan malam pertama," Angelina sempat menarik aku ke dalam pelukannya dan berbisik di telingaku sebelum aku dan France keluar meninggalkan ballroom tempat majlis resepsi berlangsung.

"Adik kakak mungkin kasar sedikit. Tapi Ally sabar saja, ya. Malam pertama memang sedikit perih" dia menjeling France .

"Tahu, kak" ucapku memandang France.

Aku dan France menuju ke kamar di tingkat tiga hotel.

"Apa yang dibisikkan kakakku tadi" dia bertanya setelah kami berada di dalam lift.

"Rahsia," balasku.

"Emm.. Ok, tapi ingat your solemn vow, Ally. To be honor," dia senyum sinis. Pandainya dia nak mengenakan aku.

Tapi aku pura-pura tidak mendengar kata-katanya. Solemn vow...dia yang memujukku mengucapkannya. Apa dia sanggup berpegang pada sumpah pernikahan yang dilafazkannya? Bukankah alasan dia menikahi aku adalah supaya dia dapat bersama dengan Shirley kekasihnya.

"Ally.." France memanggil namaku ketika kami sampai di hadapan pintu bilik hotel.

Aku menoleh ke arahnya. Dia menarikku ke dalam pelukannya dan mencium dahiku.

"Kamu masuk dahulu, ya. Aku mahu buat panggilan sebentar," katanya.

Aku mengangguk. Aku tahu dia pasti ingin nenghubungi Shirley. Ah, biarlah! Dia mahu membuat panggilan atau apapun, bukan urusanku. Tanpa menoleh pada France, aku terus masuk dan menutup pintu. Buat apa aku menunggunya. Aku pasti malam ini dia akan menghabiskan masa bersama Shirley.

Aku melelapkan mata tanpa mahu terus memikirkan France atau Shirley atau malam pertama yang sebentar tadi dibisikkan oleh Angelina. Aku juga tidak mahu memikirkan seperih apa malam pertama kerana di malam pertamaku ini aku yakin aku akan melaluinya bersendirian kerana suamiku akan menghabiskan malamnya dengan kekasihnya.

******

"Ally.." Antara tidur dan terjaga aku mendengar sayup-sayup suara memanggil namaku.

"Emmm.." aku mengeliat, tetapi kelopak mataku masih ingin tertutup rapat.

"Maaf aku melewatkan malam pertama kita, Ally. Tadi mama minta aku ke biliknya. Mama memberikan kita tiket berbulan madu," kata suara itu lagi.

Ah..mungkin aku berhalusinasi. Maklumlah semasa majlis resepsi tadi aku dipaksa minum dua gelas wain. Tetapi mengapa aku merasa ada hembusan nafas yang menyapu belakang telingaku? Dan aku juga merasa ada tangan yang memeluk tubuh telanjangku, malah tangan itu terasa meraba kedua dadaku yang juga tidak ditutupi apa-apa. Tidak, ini bukan halusinasi.

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now