"Kau ni agak-agaklah. Baru lepas jogging dah ambil air manis. Mana produktif nya kat situ?" balas Izzyan.

"Eh kau tak payah nak acah eh. Tadi pun bukannya jogging sangat pun. Mulut je yang banyak bersenam"

"Yelah-yelah. Nak menang amik!" balas Izzyan geram. Malas mahu panjangkan perdebatan. Sebab apa yang Izhar cakap tu ada betulnya juga. Dapat Izzyan lihat ada segaris senyuman kemenangan terukir di bibir Izhar. Eh meluatnya tengok!

Suasana tetiba menjadi sunyi. Hai, dah tak ada modal nak ajak gaduh ke? Izzyan menjeling sekilas pada Izhar yang sudah terkatup rapat matanya. Biar betul dia ni takkan dah tidur kut?

"Weh Izhar"

Diam.

"Aku nak tanya ni"

"Hm?" hanya deheman yang menyambut kemudian kembali diam. Haih, tak guna betullah dia ni.

"Engkau bila nak balik rumah kau?" soal Izzyan polos. Memang dari dulu dia agak tertanya-tanya tapi baru hari ini ada berkesempatan nak tanya.

"Apa kau cakap?" Izhar terus bangun dari pembaringannya.

"Aku tanya, bila. Kau. Nak. Balik. Rumah. Kau?" satu-satu perkataan disebut. Sengaja Izzyan tayang riak selamba. Kalau sekali lagi si Izhar ni tanya, mungkin akan ada kelas mengeja Izzyan buka sekejap lagi.

"Argh!" Izzyan tiba-tiba menjerit,

"Sakitlah woi!" sambung Izzyan sambil mengusap kepala akibat terima lukuan tajam dari Izhar. Gila tak sakit? Nasib dirinya pakai tudung, kalau tidak mungkin bisa tu dah sampai ke saraf kepala agaknya!

"Ha itu balasannya sebab mulut macam puaka. Menghalau aku nampak?" soal Izhar geram.

"Kau ni dah kenapa? Aku tanya sebab dah seminggu kau kat sini. Manalah tahu kau dah lupa rumah kau itu sebab aku ingatkan" balas Izzyan.

"Tak payah nak acah caring kau kat sini. Suka hati aku lah nak bertapa lama-lama kat rumah Mak Long. Boleh mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga. Kau apa tahu?" bebel si Izhar.

"Semak permandangan kau tahu!" balas Izzyan berani.

Sekali lagi satu lukuan hinggap di kepala Izzyan.

"Ei sakitlah! Kau ni kenapa?!" Izzyan cuba membalas dengan tumbukan tapi Izhar segera mengelak dan terus berdiri.

Izhar menghamburkan tawa. Kelakar melihat Izzyan yang sedang marah. Tak tahulah apahal dah macam baru lepas minum cuka satu jag. Hahaha!

Izzyan hanya memandang pelik. Dia ni kenapa? Ada bipolar disorder ke apa? Cari pasal lepas tu tetiba gelak macam orang gila. Ingat lawak ke?

"Aku datang sebab rindu kau lah Yan. Rindu nak buli sepupu aku yang sorang ni"

Terus terdiam Izzyan mendengarnya. Cuba mencerna bait perkataan Izhar. Bukan sebab terharu dengan kemanisan dalam ayat Izhar. Oh pleaselah, muntah pelangi kang kat sini. Tapi... entah. Kenapa dia rasa macam ada something wrong in somewhere eh? Tiba-tiba otak dia ligat menganalisis setiap perilaku Izhar semenjak dia datang menginap di rumah.

"This is totally not you. You're trying to hide something from me, are you?" tembak Izzyan. Matanya mula disepetkan. Ha jangan main-main vibes detective conan dah mai dalam diri ni!

Kali ini Izhar pula terdiam.

Satu saat.. dua saat.. tiga saat...

"Apa kau cakap ni? Dahlah jom balik" Izhar mula mengatur langkah untuk pulang.

"Yes, you are. Jangan cuba nak lari, Muhammad Izhar bin Baharuddin!" jerit Izzyan seiring cuba mengejar langkah Izhar yang semakin menjauh.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 17, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

How Time Changed...Where stories live. Discover now