Cikgu Wan cemas apabila kerusi tinggi yang dia duduk itu digoncang kuat. "Huwaargh!! Jangan goncanglah. Nanti, cikgu jatuh dalam air!"

"Err... Jangan cakap cikgu..."

Kelemahan Cikgu Wan #23
Tak boleh berenang

"Jangan cakap!" tegas Cikgu Wan cemas.

Zulfadlie beredar dari situ dengan rasa geramnya.

⭐⭐⭐

Raviendra dihempas ke dinding. Kolar bajunya dipegang.

"Apasal kau ni?" kata Raviendra kepada Zulfadlie.

"Macam mana kau boleh dapat markah tinggi dalam kuiz math tadi?" soal Zulfadlie geram.

"Cikgu Wan bagi tips kat aku sebelum ni. Senang je nak faham."

"Argh, kau pun dah terikut dengan harimau tu!"

Zulfadlie beredar dari situ dengan geramnya. Dia berjalan ke kelas. Pintu dibuka.

"Wah, hebatlah Cikgu Wan. Cikgu pun minat MotoGP juga ke?" kata Syamil kagum melihat motosikal Ducati SS1000 yang dicuri Cikgu Wan.

Cikgu Wan bergerak turun dari motosikal berkuasa tinggi itu. Dia memandang Syamil. "Taklah sangat. Cikgu lebih suka motocross."

"Hebatlah!" Mata Syamil bersinar-sinar.

"Syamil, buat apa tu?" celah Zulfadlie sedikit cemburu.

Syamil memandang Zulfadlie. "Eh, mana adalah. Tak buat apapun. Cuma tertarik dengan moto yang Cikgu Wan curi dari Itali."

Kau pun dah terjebak demgan makhkuk ni, desis hati Zulfadlie, meluat.

Zulfadlie mendekati motosikal itu lantas menendang motosikal itu sehingga terjatuh. Cikgu Wan terkejut dengan tindakan Zulfadlie. Pelajar yang lain geram.

"Apa ni, Zul? Tak payahlah marah-marah!" kritik Zafina Shahira.

"Apa yang kau tak puas lagi ni?" kata Farah Yasmine pula.

Alif Najmi tersenyum sinis sahaja. "Kalau tak suka Cikgu Wan, bunuh je."

Zulfadlie memandang tajam ke arah Alif Najmi.

"Apa? Kalau nak gaduh, perbuatan lebih bersuara daripada perkataan," kata Alif Najmi dengan senyuman seribu makna.

Zulfadlie mengeluarkan sesuatu dari poket seluar lalu mencampak ke tanah. Bom yang dicampak tadi terus mengeluarkan asap tebal.

"Woi! Uhuk... Uhuk..." kata Zulhilmi terbatuk.

"Apa ni, Zul?" kata Siti Zulaikha marah.

Zulfadlie beredar dari situ tanpa perasaan.

⭐⭐⭐

Satu botol bahan kimia dituang ke dalam sungai pada malam itu. Puteh Nur memberi duit upah kepada pelaku itu.

"Nah, upah kau untuk malam ni," kata Puteh Nur memberi duit upah sebanyak 10 ribu ringgit kepada Zulfadlie, pelaku itu.

Zulfadlie tersenyum dengan ganjaranya.

"Esok, kita bertindak," kata Puteh Nur.

"Baik, tuan," balas Zulfadlie.

"Khairil, jom balik," arah Puteh Nur.

Khairil Ihsan mendekati Zulfadlie lalu memeriksa mata lelaki itu. "Kau ni taklah kuat macam budak psiko tu."

"Apa?" kata Zulfadlie tidak puas.

Kelas DSBHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin