=1=

51 7 22
                                        

Habis mengorek hidung, Hwira mengesat taik hidung di buku abangnya.

Sambil duduk kangkang, dia menonton TV.

Jam dah pukul 4 petang tapi setitik air pun belum kena di badannya atau dalam kata lainnya dia belum mandi.

"Hwi, mandilah. Abang pulak rimas tengok kau serabai macam pengemis." Kata Junhui, abang Hwira.

"Tolonglah mandi bagi pihak Hwi. Hwi malas."

"Macam mana tu?" Junhui atau nama pundeknya Jun menggaru kepala.

Maaf. Maksud saya nama pendek (๑ ิټ ิ)

"Abang ni apa gunanya belajar sampai ke luar negara? Benda macam ni pun tak boleh fikir."

"Cuba bagitau macam mana."

"Abang mandilah."

"Lepas tu?"

"Macam tu jelah."

Jun hampir menangis terharu sebab ada adik bijak macam Hwira.

"Weh bang. Tak lapar ke?"

"Laparlah jugak tapi barang dapur takde. Nak beli malas."

Maka dua beradik tu mereput memikirkan jalan penyelesaian.

"Hah!"

"Hwi dah kenapa? Tanjat boboy." Jun mengusap dada sebab terperanjat dengan suara memetir adiknya tu.

"Baru-baru ni kan ada sejenis service untuk hantar-hantar makanan tu? Apa dah namanya?"

"Food Panda?" Jun meneka.

"Haa yes. Jap aku download apps Food Panda."

Hwira mengambil telefonnya di atas meja untuk download aplikasi Food Panda.

Beberapa minit kemudian...

"Ok dah. Ni ada senarai kedai makan yang dekat dengan rumah kita. Abang nak makan apa?"

Hwira menunjukkan senarai kedai makan yang available untuk dihantar ke rumah mereka.

"Abang nak yang ni. Order je makanan cina. Lama tak makan makanan cina."

"Baik."

Jari Hwira lincah menekan skrin untuk order makanan.

"Hwi rasa makanan kita sampai lagi 20 hingga 30 minit."

"Sementara menunggu, apa kata kita main game? Yang kalah kena bayar semua makanan tu."

"Eh aku on je. Meh la."

Jun mengusap dagu bagi memikirkan game yang simple.

"Kita main osom. Siapa kalah, tangan dia kena tampar. Siapa jerit dulu, dia kalah. Amacam?"

Jun angkat-angkat kening.

Hwira bersetuju tanpa fikir apa-apa.

===

Game tamat.

Seperti yang disangkakan, Hwira kalah. Jun pulak terus lari mauk bilik bila dia dah menang.

Di kala Hwira meroyan, loceng rumah mereka berbunyi.

Hwira bangun dengan malas dan bukak pintu.

Ada seorang lelaki memakai pakaian dan topi dengan gambar panda. Di tangan pula dia jinjing dua plastik.

"Hai, saya dari syarikat penghan—"

"Iya iya tau. Bak sini makanan tu."

Lelaki tersebut hulurkan saja plastik tu.

"Boleh aku tanya?"

Hwira menggunakan bahasa kasual memandangkan dia nampak lelaki tu macam sebaya dengannya.

"Silakan."

"Kenapa Food Panda dipanggil Food Panda?"

"Err. Tu—"

"Eh, muka kau macam Chinese. Panda dari China kan? Sebab tulah kau kerja ni. Dedua dari China."

Hwira mula merapu sorang-sorang sampai lelaki tu blur.

"Eh dahlah. Aku dengan abang aku dah lapar. Pergilah balik. Bye."

"Tapi cik—"

Tak sempat lelaki tu habis cakap, Hwira dah hempas pintu rumah.

"Cik belum bayar..." Lelaki si penghantar makanan atau namanya Minghao itu menyambung sambil menggaru tengkuk.

===

Asalnya ff ni start 12/5/2019 aku edit sikit and republish 16/6/2022 🤞

Food Panda (서명호)Stories to obsess over. Discover now