MY SUPPORTER 1

17 3 0
                                        

Hari ini hari pertama Jiae memasukki University.Ya,dia adalah pelajar baru kerana tahun ini ialah tahun pertama dia akan belajar di University of Seoul.

Kim Jiae,remaja yang lain dari yang lain.Kenapa? Sejak kematian ayahnya,Jiae sering mendiamkan diri dan selalu menjauhkan diri daripada orang lain termasuk kawan kawannya

Hari ini Jiae akan mendaftarkan diri seorang diri tanpa ibu atau bapa.Ibu Jiae ialah Usahawan yang berjaya.Ibunya sering mengabaikan Jiae dan adik beradik nya kerana kesibukkan kerja.Adik adik Jiae masih lagi bersekolah.Ada yang sekolah rendah dan sekolah tinggi

Hidup Jiae bagaikan novel.Ya,hidupnya tak pernah dikasihi oleh Ibunya kerana kesibukkan kerja.Dulu,mendiang ayahnya yang sering membahagikan masa bersama sama Jiae dan adik adiknya namun sejak ayahnya pergi meninggalkannya,kehidupan mereka seakan akan muram

Selesai mengisi borang,Jiae mula membawa bagasinya ke dorm.Mulai hari ini,Jiae akan tinggal di dorm University.Sebenarnya Jiae risau akan adik adiknya.Walaupun Jiae ada pembantu rumah namun Jiae masih risau akan adik adiknya.Adik Jiae yang sekolah tinggi gemar membuang masa dengan melepak di bandar.Puas Jiae berpesan kepada adiknya supaya belajar tetapi adiknya itu hanya membuat bodoh saja.Adik Jiae yang sekolah rendah masih lagi kecil.Jiae risau kerana takut jika adik nya itu tak pandai bawa diri

Setibanya di bilik Jiae,Jiae pun masuk ke dalam biliknya.Terdapat 3 katil,3 almari,3 meja belajar dan satu bilik air.Nampaknya Jiae akan mempunyai rakan sebilik.







***








"Jeon Wonwoo!! Dah pukul 8:50 pagi! Kelas kau bukan ke start pukul 9" jerit Hoshi sambil memukul muka lelaki bernama Wonwoo dengan bantal Pororo

"5 minit lagi" kata Wonwoo sambil menarik selimut menutup mukanya.Lagaknya macam mahu sambung tidur

"Woi! Dah pukul 8:50 cik abang! Nanti kene 'ceramah' free dengan Miss Fong!" marah Woozi pula

"uurrghh" rungut Wonwoo sambil menekup telinganya dengan bantal peluk

"Hoshi! Kau gi ambik baldi air! Aku nak 'mandi'kan mamat ni" arah Woozi sambil bercekak pinggang

"ye! Aku dah bangun.Lek ah!" kata Wonwoo menuju ke bilik air

Seusai mandi,ketiga tiga jejaka tadi bergegas ke kelas mereka.Woozi mengambil course nyanyian,Hoshi mengambil course tarian manakala Wonwoo mengambil course engineering.Setiba di kelas,Wonwoo duduk disebelah seseorang yang dia kenal

"Mingyu?" tegur Wonwoo

"Wonu hyung? Wah! Lama tak jumpa!!" kata Mingyu sambil menepuk bahu Wonwoo

"kau mohon university kat sini? Kenapa tak bagitau aku?" tanya Wonwoo sambil mengeluarkan buku dan bekas pensel

"kita tak tahu pon hyung belajar kat sini.Anyways bukan ke cita cita hyung nak jadi loyal?" tanya Mingyu

"tak.Sebab aku tak cukup syarat nak masuk dalam course undang undang" kata Wonwoo.Perbualan mereka berhenti apabila Miss Fong,pensyarah mereka masuk ke dalam kelas mereka






***












Sedang Jiae mengemas baju bajunya,biliknya dimasukki seorang perempuan yang sama umur dengannya

"Hai,saya Park Sooyoung" kata perempuan bernama Sooyoung sambil membawa bagasi

Jiae hanya senyum dan sambung mengemas barangnya.Jiae tak sombong tapi dia pendiam.Dia tak gemar bergaul dengan sesiapa.Kalau ikutkan hatinya,Jiae mahu bilik seorang diri.

"Nama awak sapa?" tanya Sooyoung yang telah duduk di hadapan Jiae.

"Kim Jiae,panggil Jiae" kata Jiae sambil mengemas baju bajunya.

MY SUPPORTER [JEON WONWOO] MALAY FANFICHistorias para obsesionarse. Descúbrelo ahora