P1

238 9 0
                                        

Luna meneruskan kerja menenun kain di dalam bilik itu. Luna mengangkat kepalanya yang mula terasa sengal. Luna mengurut seketika lehernya sambil memejam mata. Kain yang berada di dalam genggamannya diletakkan ditepi buat seketika. Tangannya menutup mulut yang menguap. Kepalanya diletakkan di atas meja dan mata ditutup sebentar. Tiba tiba bunyi bunyi pintu bilik usang itu dihempas dari luar.

" Hey !  kau curi tulang ya!  " . Seraya itu Luna menggelengkan kepalanya beberapa kali.

" Tidak makcik tidak " . Luna meneruskan menggeleng kepalanya. Mukanya pucat ketakutan.

" Oh! tak mengaku pula ya! sudahla curi tulang , menipu pula! berani kau  ! " .

Evan yang memerhati Luna dari tadi di luar pintu bilik itu sengaja mahu mencari kesalahan gadis itu.
Serentak itu makcik yang berbadan ramping bernama Evan menarik rambut panjang mengurai milik Luna. 

" Ahhhhhh!  sakit makcik sakit!  " . Jeritan Luna mengundang perhatian pekerja lain di kilang menenun kain itu. Semua pekerja berlari ke arah bilik yang ditempatkan Luna.

Sememangnya kilang The Dawson's Family ini menggunakan sebuah bilik untuk setiap pekerja. Mereka diletakkan di dalam bilik berasingan. Kalau dilihat memang nampak sepeti penjara saja.

Luna menjerit sekuat hati tanpa menghiraukan mata mata yang melihatnya di pintu bilik . Air mata meluncur laju keluar dari tubir mata.

" Ini balasannya mencuri tulang waktu kerja! hah! rasakan!  " . Luna menjerit minta dilepaskan. Makcik Evan tidak sedikit pun merasa kasihan padanya .

Richard yang sedang berjalan melihat para pekerja melakukan kerja mereka. Dia melintasi setiap pintu bilik kerja itu. Tiba tiba saja dia mendengar suara tengkingan dan jeritan perempuan di salah satu bilik. Kakinya pantas mencari arah suara itu. Satu persatu bilik ditinjaunya dan akhirnya dia jumpa juga. Kelihatan seorang perempuan separuh baya emaknya menarik rambut panjang milik perempuan yang sedang menahan sakit apabila rambutnya ditarik sebegitu .

" What is going on here? " .

Kedengaran suara garau di luar pintu bilik yang ditempatkan Luna . Luna hanya mampu memejam mata tanpa menjawab. Kepala terasa berpijar dan rambutnya masih terasa sakit . Air mata masih tidak berhenti mengalir.

Evan terkejut dengan kehadiran anak pemilik kilang itu . Siapa tidak kenal dengan lelaki tampan bermata biru itu. Rupanya saja mampu mencairkan mana mana gadis termasuk Evan. Ditambah lagi dengan tutur bahasanya yang lembut dan sopan.

Richard Dawson .

Evan terus membuat muka gediknya. Badannya yang ramping pula diliang lentok untuk menggoda Richard si jejaka tampan . Pekerja yang memerhati terus membuat muka meluat tanda menyampah. Ada yang memaling muka tidak sanggup melihat adegan itu. Mana mungkin Richard akan tergoda dengan perempuan separuh baya dengan emaknya sendiri.

Tidak padan dengan tua! 

Richard hanya mengerutkan dahi dan memandang Evan minta penjelasan . Evan mengatakan bahawa Luna mencuri tulang sewaktu bekerja. Hanya mahu rehat saja, bekerja sedikit sudah penat .

" Betulkah Luna? " . Richard mengalihkan pandangannya ke arah gadis tinggi lampai yang jatuh terduduk di lantai dan bersandar di dinding . Mukanya yang ditutupi rambut yang panjang bewarna perang keemasan menyukarkan Richard melihat muka si gadis .

Mendengarkan pernyataan Evan, Luna membulatkan matanya dan dahinya dikerutkan . Kepalanya hampir digelengkan tetapi melihat Evan yang merenungnya bagai mahu menelan , Luna akur dan mengangguk perlahan .

Richard mengangguk dan menyuruh Luna menyuruh semua beredar . Evan yang masih berdiri tegak di sebelah jejaka tampan itu tiada tanda tanda mahu bergerak . Evan yang ralit memerhati Richard tersedar ke alam nyata . Richard yang melunjurkan tangannya ke arah pintu bilik tanda menyuruhnya keluar.

Evan memandang sekilas ke arah Luna yang menunduk di lantai dan berlalu keluar .

Richard mara ke arah Luna dan menundukkan badannya setanding dengan Luna . Luna mengangkat mukanya, matanya yang merah dan sembab diperhati si jejaka . Tangan milik Richard naik mengusap rambut milik Luna. Lembut.

Evan yang berdiri di sebalik dinding terkejut menekup mulut dan penumbuk digenggamnya. Kemudian dia mula tersenyum sinis memikirkan rancangan jahatnya untuk si gadis bernama Luna.

" betulkah awak mencuri tulang?  " . Richard bertanya buat kedua kalinya kerana dia pasti gadis ini tidak melakukannya. Dia kelihatan seperti gadis yang baik dan patuh pada arahan .

first impression .

Luna hanya mendiamkan diri . Takut dimarahi lagi sekali.

" kalau betul tidak mengapa, cuma lain kali jangan buat lagi . Awak faham?  " . Luna merenung Richard dan mengangguk bak burung belatuk.
Richard menghadiahkan senyumannya dan berlalu pergi.

Luna menghembus nafas lega apabila anak pemilik kedai itu sudah pergi. Dia memegang rambutnya perang keemasan yang diusap oleh jejaka tampan itu. Tubir matanya mula berair mengingatkan kejadian tadi. Sememangnya Evan tidak pernah puas untuk mencari kesilapannya. Apa yang dibuatnya pasti ada saja silapnya. Luna mengeluh dan bangkit dari atas lantai dan meneruskan kerja yang tergendala.

Evan menggenggam penumbuk dan berjalan ke arah tempat kerjanya dengan hati yang bengang. Dia duduk di kerusi tempat kerjanya dan menongkat dagu di atas meja. Kakinya disilangkan. Mukanya fokus memandang ke hadapan memikir rancangan untuk diatur.

Tok Tok Tok

Bunyi ketukan demi ketukan merimaskan pendengaran Evan.

" yes, come in ! " . Evan menjerit apabila ketukan di muka pintu tidak berhenti.

Richard melangkah masuk dan duduk di kerusi hadapan Evan. Disebabkan perempuan ini mempunyai pangkat dan pekerja kepercayaan ayahnya dia mendapat tempat selesa seperti ini. Evan yang menunduk sejak tadi mengangkat muka. Dia terkedu apabila Richard memasuki biliknya. Hatinya bersorak riang. Hilang segala kekusutan di otak apabila melihat wajah tampan jejaka itu.

" what is happening just now? " . Richard bertanya tanpa senyuman di bibir. Dia perlukan penjelasan. Evan yang mendengar terus membuat muka toya. Dia bangkit dan melangkah dengan menggoda ke arah Richard yang duduk menyilang kaki.

" oh baby " . Evan cuba untuk duduk di atas riba
Richard namun ditolak. Dia tidak berputus asa malah melangkah kebelakang badan lelaki itu . Tangan diletak di bahu lelaki itu. Tiada penolakan. Evan tersenyum.  Tangannya mula mengusap bahu yang bersarung kot mahal itu. Tidak lama Richard menolak tangannya dan bangkit berdiri.

" I want your explanation Evan " . Nada suara keras Richard menghentikan perbuatan Evan. Bukan dia tidak tahu bahawa Evan sedang menggodanya. Evan duduk di kerusi Richard dan menyilangkan kakinya.

" Nothing sayang, kenapa you busybody sangat? " . Richard menajamkan matanya memandang ke arah Evan yang selamba di hadapannya.

" She is my employee , I need to know " . Balas Richard. Evan yang mendengar tergelak sinis. Dia pasti jejeka itu sudah jatuh hati terhadap gadis comot itu. Kononnya mengambil berat. Melihat Evan yang seperti tidak mahu menjawab . Dia bangkit keluar. Evan tersenyum sinis. Mengapa asyik gadis comot itu menjadi tarikan jejaka tampan di sini?  Mengapa?  . Evan menhentak tangannya di atas meja.

DRACULA'S BRIDE Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora