"Ha, Diyyana!", sergah Amiza pada kawan baiknya yang jauh termenung.
"Ish, kau ni Amy, terkejut aku!", terkejut Diyyana bila disergah sebegitu rupa.
"Kau menung kat sapa tu? Crush kau eh?", gurau Amiza pada Diyyana.
Amiza mengambil tempat di hadapan Diyyana. Nasib mereka baik, guru subjek kelas mereka, tidak masuk ke kelas mereka kerana mesyuarat. Mereka ni budak budak form 5.
"Aah, kenapa? Salah ke?", kata Diyyana sambil menongkatkan tangan kanannya pada dagu.
"Kau masih lagi suka dia ke? Dah 11 tahun kot, kau pendam perasaan kau tu", kata Amiza dengan wajah yang penuh dengan kerisauan.
Apa? 11 tahun?!!
Ya, 11 tahun Nurul Diyyana Syafikah memandam perasaannya pada seseorang jejaka yang bernama Muhammad Nazril Raizuddin ni dari tahun 1 sampai lah ke tingkatan 5. Tapi, apa yang istimewa sangat si Nazril ni?
Mana tak special, wajah yang kacak, berbadan tegap, atlet sekolah, pandai dan macam macam lagi. Tapi, Diyyana tak menyukai lelaki tersebut berdasarkan rupa sahaja, malah dia suka semua yang ada pada si jejaka itu. Tapi.. sanggupnya dia pendam sampai 11 tahun. Kalau nak diikutkan patutnya move on lagi bagus.
"Ye, aku masih suka dia. Aku sanggup wei, nak berapa tahun sekalipun", kata Diyyana sambil berbisik takut takut lah kan Nazril dengar.
"Kalau aku jadi kau, aku tak sanggup tau, aku lebih rela move on je", kata Amiza lagi.
"Wei, dia datang, dia datang", kata Amiza sambil berbisik dan menepuk nepuk meja perlahan.
"Woi! Tolong aku sekejap!", pinta Nazril sambil menepuk meja dengan kuat.
Terus pipi Diyyana merah. Matanya terkebil kebil menyuruh Amiza sendiri bantu Nazril ni.
"Kau nak apa?!", balas Amiza dengan suara yang kuat.
"Aku nak kau tolong hantar buku tu dekat meja cikgu. Tolong ah", pinta Nazril.
"Pergi lah hantar sendiri. Kau ketua kelas kan? Pergi lah, cikgu suruh kau bukan kami", balas Amiza.
Diyyana hanya memalingkan wajahnya di sebelah kiri. Malas nak masuk campur hal Amiza dan crushnya ni.
"Wei, Diyyana! Tolong lah aku!! Pergi lah sekejap!", pinta Nazril lagi.
Apa? Dia sebut nama aku? Jap.. jap.. betul ke? Nak dengar lagi sekali boleh tak?
"Apa masalah kau? Kau kan depan cikgu baik gila, tapi belakang cikgu, herm, perangai kau macam syaitannirrojim", kata Amiza sambil menepuk meja lalu bangun dari kerusi yang didudukinya.
"Woi, kau pahal? Nak cari pasal dengan aku pulak, kenapa kau?", balas Nazril lagi.
"Eh, eh! Cukup lah tu, bergaduh pula!", kata salah seorang rakan sekelas mereka.
"Wei, Amy! Dahlah!", bersuara Diyyana. Dia juga sakit telinga mahu mendengar sahabatnya itu bertengkar. Lagipun Amiza ni kalau bergaduh memang sakit hati. Mulut pedas!
Nazril memandang Diyyana pelik.
"Oh, aku fikir kau bisu tadi. Malas sangat nak buka mulut", perli Nazril pada Diyyana.
Sakit hati mula terserlah. Tapi mampu berdiam sahaja. Nak buat macam mana, dia kan "crush" Diyyana.
Diyyana hanya mendiamkan diri. Malas nak bertekak dengan Nazril pula. Tapi, pasal buku je pun kan. Tu pun nak bergaduh.
Diyyana memandang ke arah lain. Malu nak menghadap muka dia. Hensem sangat!!!
"Kau tak payah lah nak sibuk sangat pasal mulut bff aku, dah lah kau pergi lah. Sibuk sangat nak suruh orang tolong hantar buku. Padahal cikgu suruh dia", membebel Amiza sendiri sambil duduk di kerusinya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush...
Romansa20 tahun "crush" dekat seseorang?!!! Serius lah?! Ye.. dan perkara itu terjadi pada diri aku, Nurul Diyyana Syafikah pada Si dia, Muhammad Nazril Raizuddin. Memang tak logik bagi korang 20 tahun tu nak buang masa suka pada seseorang. Baik "move on"...
