"NO way, biar betul? Syarikat tu syarikat paling gah kot. Takkanlah Ryn nak kerja situ! Agak-agak lah bang."
Cawan yang baru di hirup sekali dua di letakkan di atas meja. Terkejut tahap gaban apabila abangnya menawarkan dirinya untuk berkerja di syarikat yang paling terkenal di Malaysia. Abangnya, Zafran hanya mengeluh panjang. Dah naik jemu dah dengan perangai adiknya ni.
"Kau juga yang suruh aku carikan kau kerja. Now aku dah jumpa. Baik kau cepat sebelum dah takda tempat kosong."
Kata Zafran. Ekor matanya tidak berhenti mengerling adiknya yang sedang terhulur hilir di sana sini.
"Takkanlah Ryn nak kerja kat tempat abang? Tak seronok lah gitu."
Bentak Zuryn. Ya, syarikat yang gah itu ialah syarikat di mana abangnya berkerja sebagai arkitek. Sekali lagi Zafran menghela nafas panjang.
"Haih, kalau kau kerja situ bolehlah aku tengok-tengokkan kau!"
Muka Zuryn di pandang tajam. Haila, kenapa adik aku degil sangat ni?
"Urghh, fine. Let me think about it!"
Kata Zuryn lalu beredar masuk ke dalam biliknya. Zafran hanya tersenyum sinis.
"Akhirnya aku menang! 1-0."
Gomel Zafran seorang diri. Bukan senang nak menang perbalahan antara dirinya dan Zuryn. Cawan adiknya yang diletakkan atas meja tadi dihirup hingga licin. Sedap juga air kau buat, Ryn.
❤❤❤
Awal pagi lagi, Zafran sudah mengejutkan Zuryn untuk pergi ke temu duganya di syarikat Megah Holdings. Pada mulanya, mereka bertikam lidah juga tetapi sendiri tahu siapa akan menang.
Zuryn mengenakan baju kurung moden berbunga-bunga kecil dan tudung bawal plaint. Oleh kerana hari pertama Zuryn pergi ke temu duga, Zafran dengan sukarela menumpangkan Zuryn. Kalau selalu tak mananya! Hampeh punya abang!
"Kau jangan gugup tau! Bos tu kerek orangnya. Mulut laser."
Pesan Zafran. Dia ni menaikkan lagi gugup Zuryn. Zuryn hanya menjelingnya. Sudah pasti dia hanya bergurau.
"Not funny lah, Zaf."
Wajah Zafran yang putih melepak dan tak berapa nak kacak tu di pandang Zuryn tajam. Zafran yang sedang memandu hanya memandang adiknya dengan ekor mata.
"I'm not kidding lah! Bos tu memang kerek level 100. Silap hari bulan kau dia sound."
Sampai tersembur-sembur air liur Zafran berkatakan bos kereknya. Tulah, mengata bos lagi.
"Asal dia nak sound aku pulak? Apa kurangnya aku ni?!"
Kata Zuryn sakit hati. Hurgh, kalau dia tak bawak kereta dah lama aku ketuk kepala dia sampai benjol.
"Satu lagi kau kena tahu. Bos tu cerewet, kalau tak kena mata mesti dia sound. Percayalah cakap aku. Banyak dah staff dia sound direct. Aku beritahu awal-awal. Jangan kecil hati pulak kalau dia sound kau!"
Zuryn hanya menghela nafas geram. Tanpa disedari, mereka telah sampai di perkarangan syarikat Megah Holdings. Rasa gugup tu datang lagi nampaknya. Lagi-lagi dengan cerita Zafran membuatkan dia kecut perut. Sebelum mereka berpisah, sempat Zafran memberi pesanan ringkas.
"Good luck. Lepas temu duga balik sendiri tau!"
Hampeh punya abang! Bukan nak teman aku. Kenalah aku terkial-kial mencari bilik majikan syarikat yang gah ni. Zuryn segera menapak ke kaunter dan bertanyakan kepada pekerja yang bertugas di situ.
"Excuse me, saya ada temu duga dengan majikan syarikat ni pukul 9 pagi."
Pekerja perempuan itu mengerling jam di tangannya. Selepas itu, dia tersenyum manis kepada Zuryn.
"Nama saya Alia. Ada lagi setengah jam dan bos pun belum sampai lagi. Cik duduk di sana ye?"
Jelas Alia kepada Zuryn. Jari runcingnya menuding ke arah bangku yang kosong di tepi kaunter itu. Zuryn memandang bangku itu sekilas lalu berkata sesuatu kepada Alia.
"Tak payah lah nak bercik-cik bagai. Saya pun macam awak. Oh by the way, nama saya Zuryn Aisyah. Just call me Zuryn."
Zuryn dan Alia berjabat tangan. Dapat dia menilai yang Alia ni seorang yang peramah dan mesra. Dapat di buat kawan bergurau senda dan....gosip!
"Okeylah Zuryn. Awak boleh duduk di situ."
Pelawa Alia lagi. Zuryn hanya akur. Dapat dia lihat abangnya sedang melambai ke arahnya dari salah satu bilik yang terletak berhampiran dengan kaunter. Entah kenapa bilik dia sorang kat bawah. Dia membalas lambaian abangnya dengan acuh tidak acuh.
"Boyfriend ke?"
Soalan Alia membuatkannya tersedak air liur. Boyfriend? Gila dia ni. Takkan dia tak boleh beza muka aku dengan Zafran. Zuryn memandang Alia dengan senyum kelat.
"No. Dia abang saya, Zafran. Tak payah nak kenalkan kot. Saya pasti awak dah kenal."
Jawab Zuryn.
"Oo. Encik Zafran tu pendiam orangnya. Susah nak berbual dengan dia bila dia buat muka ketat. Takut saya."
Dengar sahaja jawapan Alia terhambur tawa Zuryn membuatkan Alia garu kepala.
"Dia pendiam. Dekat rumah dialah paling kecoh sekali. Mengalahkan makcik bawang. Kalau saya buat salah, cepat je mulut dia report dengan mak kami."
Sebaik tawa Zuryn reda baru di beri penjelasan sebenar kepada Alia.
"Kalau dia buat muka ketat, it's mean dia acah-acah poyo! Saje nak ambil hati perempuan. Maklumlah selalu kena reject."
Kali ini tawa Alia dan Zuryn pula terhambur. Berborak punya borak, dah hampir pukul 9. Alia pun rasa bos sudah sampai tapi tidak perasan kerana leka berbual dengan Zuryn.
"Ryn. Jomlah kita pergi bilik bos."
Ajak Alia. Zuryn hanya mengangguk lalu membuntuti langkah Alia. Sempat dia menjelir lidah kepada Zafran yang sedang memerhatinya.
"Siap kau balik nanti aku kerjakan!"
Omel Zafran seorang diri. Sungguh dia malu sebab Zuryn banyak beritahu tentang dirinya kepada Alia. Dahlah Zafran ada hati dengan Alia. Oppss! Terlepas. Sorry Zafran.
_____________________________________________
Alhamdulilah..Aiqa dah ambil result SPM semalam. Tq kepada siapa yang mendoakan Aiqa. Aiqa sangat bersyukur. Tanpa korang punya doa mungkin Aiqa tak raih keputusan yang cemerlang macam ni...
I just wanna say thank you so mush. Sebagai hadiah Aiqa buat lagi satu cerita ye guys!
Vote and comment selalu.
YOU ARE READING
Cinta Hatiku Mr Kerek
RomanceZuryn Aisyah - seorang yang baik hati - pemalu - berumur 26 tahun - hidup sederhana - menjadi setiausaha kepada Tengku Syahmi Azril Tengku Syahmi Azril - diri yang di selubungi ego - kerek (dipanggil oleh Zuryn) - berumur 27 tahun - hidup kaya (ana...
