ⓣⓦⓞ

766 94 3
                                    

"Erghh.. " kata Soobin lemah sambil matanya tertutup

Dia berasa selesa di tempat pembaringannya yang empuk, dia sebenarnya ingin menyambung tidurnya.. Tetapi hati kecilnya berkata bahawa dia bukan berada di rumah kerana suasana sekeliling yang bising

Lantas dia terus membuka matanya perlahan lahan tetapi tidak semua kerana cahaya lampu siling yang melekat tepat di siling yang berada di atasnya masuk menyapa kornea yang sudah lama tidak menunjukkan diri

"Arghh.. Sakitnya!" kata Soobin lalu bangun terduduk sambil menggoyangkan kepalanya menahan kesakitan mata yang silau

Soobin menjadikan tangannya sebagai bumbung untuk katanya supaya tidak silau. Dibukanya perlahan lahan lalu cuba melihat sekeliling

"Tempat apa ni?" katanya setelah mendapati dia berasa di atas katil yang ada penggantung beg air di sebelahnya dan ada wayar yang bersambung ke tangannya

Soobin bangun lalu mencabut wayar yang melekat pada tangannya lalu berlari keluar

Tiba di sebuah taman di dalam kawasan hospital, dia membetulkan rambut tebal dan kusit menggunakan tangannya. Tiba tiba dia berasa ada benda keras di atas kiri dan kanan kepalanya

"Eh.. Takkanlah, aku baru 18..bukan 20 ke baru keluar?" bisik Soobin cemas

Dia cuba menggunakan kekuatan larian lajunya, tetapi tidak boleh.. Dia tetap berlari seperti manusia

"Apa dah jadi ni?" katanya takut, tiada kawan, adik beradik berdekatannya membuatkan dia takut

"Jungkook hyung!" katanya keras tapi perlahan bersama tangisan

Dia takut, dia takut dipandang ngeru oleh manusia

Padahal dia keturunan dewa rusa dari kayangan yang jatuh ke bumi dan masih belum cukup umur

[C] Wings And Horns | BTS TXT Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora