00||PROLOG

5 0 0
                                        

HAMPIR seluruh hospital dia teroka untuk mencari figura Taehyung tapi masih tidak ditemui.

Penat langsung tidak dihiraukan. Nyawa Seohyun lagi penting dari apa-apa pun sekarang ni. Dia mesti cepat cari lelaki itu.

Langkah dibawa menaiki tangga menuju ke bumbung hospital. Itu tempat terakhir yang terlintas difikirannya.

Pintu yang menyambungkan tangga dan bahagian bumbung ditolak. Figura seseorang sedang berpeluk tubuh menyapa pandangan. Terus sahaja langkah dibuka mendekati figura itu.

Sedar ada yang mendekatinya, figura itu menoleh. Kening diangkat.

Lelaki dihadapannya dipandang. "Tolong selamatkan, Seohyun."

Akhirnya terluah juga kata-kata itu dari mulut Chaeri. Sengihan sinis terukir dibibir lelaki itu. "Kau melutut sekali-"

"Tolong, saya merayu. Selamatkan Seohyun."

Riak wajah terkejut segera dikawal. Gadis yang sedang melutut dihadapannya dipandang dengan pelbagai macam perasaan. Patutkah dia-

[OG] DAPATKAN DIA UNTUK AKU + KTHOpowiadania do pokochania. Odkryj je teraz