Ikatan

10 0 0
                                        


Khayalan atau realiti? Tanpa manusia sedar 'ia' berada berdekatan anda, memerhati setiap inci perbuatan anda, memberi bisikan halus ditelinga anda untuk melakukan perkara terlarang.

"jazli...!!"

laungan suara bak harimau mematikan lamunan aku, memecahkan ruang demensi dunia khayalan aku. Aku bingkas bangun untuk membuka pintu.

Satu susuk tubuh terpacak dihadapan kamar aku, merenungku dengan tajam.

"kau nak apa?" soalku sekadar berbasa basi.

"kau kat mana semalam?" persoalanku hanya dibalas persoalan.

"aku kat bilik lah"

Riak wajah Man berubah serta merta.

"kau biar betul jazz....semalam kau yang ajak aku keluar...lepastu boleh kau tinggal aku sorang-sorang kat highway tu...kau gila ke apa."

Penjelasan Man yang panjang lebar tu menimbulkan persoalan dibenakku.

"asal kau diam? Nasib aku baik ada kereta yang sanggup tumpangkan aku balik rumah semula"

Riak wajah Man jelas kelihatan sedang menahan marah. Aku rasa serba salah.

"aku mintak maaf Man, aku lupa..."

Hanya kata itu sahaja yang muncul dalam benakku buat sekita ini, aku tau apa yang terjadi semalam, tapi agak sukar untuk aku jelaskan pada sahabat aku itu.

Melihatkan reaksi aku yang tersengih bak kerang busuk, Arman hanya menggelengkan kepalanya.

"lain kali kalau kau ajak nak pergi mana-mana jangan harap aku nak ikut...kau ajak orang lain pulak...menyesal aku ikut kau semalam..."

Aku hanya tersengih mendengarkan amaran yang dikeluarkan oleh Arman. Aku tau amaran tu sia-sia, sebab Arman akan tetap ikut aku keluar jika aku yang ajak. Hampir 10 tahun mengenali Arman, cukup masak aku dengan perangainya yang pantang diajak keluar.

Usai Arman beredar, aku kembali kkamarku.

"jazz" satu suara halus menyapa halwa telingaku.

"apa kau nak?" soalku pada suara itu.

Diam

"apa kau buat kat kawan aku semalam?"

Diam

Tiba-tiba satu susuk tubuh menyerupai aku muncul di satu sudut gelap bilikku.


RahsiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang