potrait [0]

127 12 12
                                        

Aku mengangkat perlahan wajahku. Senyuman yang masih terukir itu aku kekalkan di wajahku. "Hyung.. Jangan." Yedam memegang tanganku erat. Doyoung yang sukar untuk menangis itu juga sedang menangis teresak.

"Kau cakap kau akan kekal bersama aku, Hun." Hyunsuk memandang aku tidak percaya. Lemah. Itu yang aku rasakan sekarang ini. Semua anggota badan aku dan mental aku lemah. Tempat ini terlalu sukar untuk aku.

"Tolong, hyung." Junkyu yang berada berdekatan pintu itu juga turut memandangku sayu. "Aku.. Terpaksa." Aku berdehem kecil. Byounggon hyung yang melihat aku dengan senyap itu, aku pandang sayu.

Bunyi pintu dibuka kuat itu menarik perhatian kami berenam. "Jihoon-" Tanpa aku sangka, dia menolak kuat kedua belah bahuku. "Hyung !" Yedam dan Doyoung yang melihat itu dengan segera menghampiri Jihoon. "Kau kenapa ?!" Kini Junkyu pula yang menaikkan nada suaranya.

"Ini yang kau panggil janji, hyung ?! Ini yang kau bagi pada aku selepas semua ini ?!" Wajahnya yang merah padam itu sedikit mengusik perasaan aku. Aku tidak mahu menangis, tetapi suasana ini agak menyukarkanku.

Aku kekal berdiam diri. "Hyung ?! Jawablah ! Kau tinggalkan aku ?! Kau tinggalkan kami ?! Ini janji kau ? Ini yang kau panggil persahabatan ?!" Nada tingginya itu membuatkan suaranya kedengaran sedikit serak. Air matanya pun sudah mengalir laju.

"Jihoon, sudah." Byounggon menegur dengan nada yang perlahan. "Fikir betul-betul, hyung." Junkyu berkata tanpa memandang aku. "Kami perlukan kau, Hun. Kau pun tahu itu-" "Aku dah tak kuat, Hyunsuk. Tak kuat. Sajangnim anggap aku macam tak ada apa-apa." Dengan itu, mereka semua terdiam.

"Sekarang ini, kau, Yedam, Hyunsuk, Junkyu, Doyoung, dan Byounggon hyung akan debut. Kau semua pasti akan debut. Lagipun kau ada Byounggon hyung-" "Kalau macam itu, aku ikut kau." Hyunsuk memandang Byounggon hyung tajam.

"Jangan kau berani, hyung." Hyunsuk mengetap bibirnya. "Lihat kau semua debut dah cukup buat aku." Byounggon hyung tersenyum nipis. Yedam terduduk lemah. "Jangan.." Dia merayu perlahan.

Akhirnya, air mataku mengalir perlahan. Perjanjian yang aku sendiri mungkir itu membuatkan keadaan ini terjadi. Ini salah aku. "Kau stay, hyung." Tanpa menunggu lama, aku menggapai beg galas yang berada berdekatan denganku.

"Jaga diri." Aku tersenyum buat kali terakhir sebelum melangkah mendekati pintu bilik latihan ini. "Yah, Kim Seunghun !" Suara tinggi Hyunsuk itu mematikan langkahku. Tiada niat untuk menoleh, aku hanya kekal berdiam diri.

"Selangkah kau keluar, aku buang rantai persahabatan kita." Ugutnya itu membuatkan air mataku semakin laju mengalir. "Maafkan aku." Dengan teresak, aku menolak kasar pintu bilik latihan itu.

"Berhentilah !" Hyunsuk menarik lenganku kuat, membuatkan aku tertoleh ke arahnya. "Kenapa ? Hun, kau ada kami. Kami akan ada dengan kau-" "Kau akan sibuk nanti, Suk. Kau percayalah. Debut bukan sesuatu benda yang senang." Aku merentap lembut tanganku sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Hyung !" Suara Doyoung menjerit memanggil aku kedengaran kuat. "Hyung, jangan !" Masih lagi jelas aku mendengar suaranya, tahulah aku bahawa dia sedang mengikuti aku.

Loker yang sudah dikhaskan untuk aku dahulu, aku buka pantas. Pergerakkanku terhenti apabila gambar kami bersebelas yang terlekat kemas di dalam loker itu menerpa pandanganku. "Hyung-" Doyoung berkata seperti tidak percaya apabila aku menarik kasar gambar tersebut.

"Seunghun !" Kini Hyunsuk pula yang mengeluarkan suara apabila aku meronyokkan gambar tersebut. Tanpa pedulikan mereka, aku memasukkan semua barang yang aku perlukan ke dalam beg galasku. Gambar yang aku ronyokkan tadi sempat aku selitkan di beg galasku.

"Sampai hati kau." Jihoon memandangku tidak percaya. "Selangkah aku keluar, aku nak kau semua lupakan aku." Aku memandang mereka satu persatu.

Byounggon hyung yang tadinya tidak mengalirkan setitis air mata, kini pipinya sudah dibasahi air matanya. "Aku tahu kau nak pergi, Hun. Tapi kau pun tahu, Hun, itu gambar kenangan kita. Kenapa kau sanggup ronyokkan gambar itu di depan kami berenam ?" Byounggon hyung memandang aku tidak percaya.

"Sebab aku nak kau semua lupakan aku." Hyunsuk memandangku tajam. "Hyung bukan Seunghun hyung Doyoung." Mataku teralih ke Doyoung. Melihat maknae itu menatap aku tajam, tahulah aku, yang mereka sudah membenci aku.

Aku menghembus nafas panjang. Buat kali terakhir aku memberikan senyuman ikhlas kepada mereka. "Mulai sekarang, anggaplah yang Kim Seunghun, tak pernah wujud." Air mata yang mengalir keluar itu aku biarkan sahaja.

"Jaga diri. Selamat tinggal." Selepas mengucapkan itu, aku melangkah keluar dari bangunan yang dikenali ramai ini. Bangunan besar YG itu aku pandang buat kali terakhir. "Seunghun !" Namaku yang dipanggil lagi sekali itu, membuatkan aku tanpa sengaja mengeluh berat.

"Tunggu aku. Tunggu aku, Seunghun. Aku akan pastikan kau tak akan keseorangan." Suara dalam Byounggon hyung itu agak menenangkanku. Semasa aku menoleh, dia sudah tiada di tempatnya tadi.

Nafas aku tarik dalam. "Mari mulakan hidup baru, Kim Seunghun !" Kini, aku berjalan tanpa rasa bimbang lagi.

[STOP UPDATING] Potrait → SeunghunStories to obsess over. Discover now