Bab 14

6.5K 173 1
                                    

KRING...Kring...Kring!!!!

Khail menekapkan sebiji bantal ke atas mukanya.Bising lah bunyi telefon bimbitnya itu!Nak tidur pun tak boleh.

Terajang sampai dinding baru tahu!Deringan itu terhenti jua akhirnya.Namun tak sampai 10 saat deringan kembali bergema.

Khail merengus geram.Dia mengalihkan bantal dari muka.Jam bertatah permata di dinding biliknya dikerling sekilas.

6.15 minit pagi?!Telefon bimbit jenama Apple yanh masih memekik minta diangkat itu dicapai segera.

Nama Ayra terpampang jelas di situ.Khail menjawab.

"Assalamualaikum,Encik Khail!"Ayra bersuara.

"Waalaikummussalam.What do you want Ayra?Doesn't it too early if you wanna call me just for inform about my schedule today?"Suara Khail kedengaran bengang.

Sudahlah selepas makan tengah hari semalam dia terus ke pejabat menyiapkan tugasan sehingga pukul 9.00 malam.

Selepas itu,dia bawa adiknya dan Ellysa keluar makan malam sehingga tepat jam 12.00 pagi baru hendak pulang.

Sekarang diganggu pula?!Itu namanya cari nahas!Ayra meneguk air liur.Dia kenal bosnya itu.Time dia penat jangan nak disturb lah kalau tak nak patah tangan!

"Err sorry bos!Saya cuma nak bagitahu yang tadi Puan Sri Airena set meeting pukul 8.30 nanti.Dia cakap urgent!"Ayra bersuara takut-takut.

"What the...Awal gila!Kenapa pula?Apa laginya?"Soal Khail bertambah bengang.Ayra garu kepala yang tidak gatal.

"Saya pun kurang pasti bos.Tapi dia cakap memang urgent sangaat!Oh lagi satu,Cik Adellia nak jumpa bos nanti."Ayra membalas.

Khail raup wajah.Ergh,tak pernah tak aman hidup dia.Tahulah dia hot tapi tak payahlah semua yang nak jumpa dia tu kaum hawa semua!

"Oklah.Saya masuk office pukul 7.30.Make sure sorang pun jangan ganggu saya!Kalau yang terlebih urgent tu baru bagitahu dekat saya.Kalau yang remeh temeh suruh Nuha handle."Panjang lebar Khail memberi arahan.

"Ok bos!"Khail menamatkan panggilan.6.30 pagi.Erghh,malasnya nak bangun!!

"Hello,Encik Khail Redza Tan Sri Khalis.Bangun solat subuh!Jangan nak tidur lagi."Ellysa yang baru selesai dari mandi itu menegur.

Khail jeling sekilas.Dia tahulah!Ellysa yang masih mengeringkan rambutnya menggunakan tuala itu dijeling sekilas.

Kemudian dia kembali melekapkan bantal ke muka.Ellysa bercekak pinggang memandang Khail yang kembali tidur itu.

Jam di dinding dipandang.Pukul 6.40 pagi dah ni!Dah subuh bapak gajah dah ni!Eyh dia ni.Mulut Ellysa terkumat-kamit membebel.

Dia menapak ke arah Khail.Bantal dimuka suamunya itu di ambil.Berdecit Khail akibat perbuatan itu.

Ellysa menahan tawa.Khail masih menyambung tidur.Gadis itu menggaru kepala yang tidak gatal mencari idea.

Susahlah nak kejutkan mamat gila ni!Pagi hari pun dah buat aku gila.Ish,silap-silap Tanjung Rambutan hantar kad jemputan!

Ellysa mengeluh.Kalau dibiarkan mamat gila ni tidur alamat terbabas subuhlah jawabnya!Tangan kekar Khail dicapai lalu ditarik sambil digoncang.

"Hello saudara seislam ku,mamat gila ku,bangunlah!Awak nak saya buat macam mana lagi?!"Ellysa sedikit menjerit.

Terdengar Khail merengus.Ellysa menahan tawa.Eleh,nak marah kah tew!Makin kuat Ellysa menarik.

"Khail Redza,bangunlah!Ke terputus urat sampai tak boleh bangun?Bangu...Mak!!"Ellysa terjerit kecil saat lengannya tiba-tiba ditarik lalu jatuh ke atas tubuh sasa Khail yang sedang berbaring itu.

Isteri Upahan  {Complete }Where stories live. Discover now