Surat

88 7 2
                                        

(Media: Daisy Potter)

Ketukan bertalu-talu di pintu bilik itu menyedarkan Daisy lalu bangun untuk membuka pintu.

"Selamat pagi, Daisy. Mari turun, kita makan sarapan bersama." Sapa seorang wanita.

"Selamat pagi, mama." Jawab Daisy sambil menggosok matanya yang masih kuyu.

Perlahan-lahan Daisy turun tangga menuju ke dapur sambil kepalanya tersenguk-senguk. Papanya hanya menggeleng.

"Daisy, kamu tidur lambat lagi ke?" Tanya Harry.

"Ya. Maaf, papa." Daisy menundukkan kepalanya tanda minta maaf.

Harry dan Ginny saling berpandangan lantas Harry tersenyum.

"Dah, mari makan. Nanti sejuk pula, tak sedap." Kata Ginny.

"Yalah, Daisy. Mari duduk sebelah aku." Pelawa kakaknya, Lily.

Daisy tersenyum lalu mengambil tempatnya.

Apabila dia melihat Lily, dia terperasan sesuatu.

"Lily, rambut kau terbang!" Tersentak Lily yang sedang memotong roti itu. Dia memandang Harry.

Harry menghembuskan nafasnya lantas memanggil anaknya.

"Albus, James, papa tahu kamu main papa punya jubah. Keluarlah." Lalu James dan Albus muncul di tepi Ginny dan berlari berebut tempat.

"Pagi-pagi dah kacau orang." Lily hanya melihat sahaja. Daisy ketawa kecil.

Sedang mereka bersarapan, tiba-tiba Dorus, burung hantu milik Ginny terbang dari tingkap dan menjatuhkan sepucuk surat di atas kepala Harry.

Harry mengambil surat itu dan membacanya. Dia memandang Daisy yang sedang makan ayam.

Daisy tersedar yang suasana senyap sunyi. Dia memandang ayahnya.

"Ada.... apa-apa ke ni?" Tiba-tiba Harry menunjukkan surat yang bertulis dan mempunyai simbol Hogwarts. Bulat mata Daisy apabila melihatnya.

"Yeay, Daisy dapat surat dari Hogwarts!"

"Nanti kita boleh pergi ke Diagon Alley lagi!"

"Tak sabarnya nak tengok Daisy pakai jubah sekolah Hogwarts!"

Kecoh pula James, Albus dan Lily apabila mendapati adiknya dapat pergi ke Hogwarts.


"Dah, duduk. Daisy, lepas ni pergi mandi dan bersiap. Kamu semua pun sama. Kita pergi ke Diagon Alley."

Daisy berasa teruja dan segera menuju ke biliknya untuk bersiap diikuti oleh Lily, Albus dan James.

Selepas mandi dan bersiap, Daisy mengambil dan membaca semula surat itu.

Kepada Cik Daisy Potter,

Kami gembira untuk memberitahu anda bahawa anda telah diterima di Hogwarts School of Witchcraft dan Wizardry.

Baca ayat itu sahaja sudah membuatnya terlompat-lompat di atas katil.

"Daisy, kamu sudah siap?" Tegur James.

"Oops, maaf James. Aku terlalu teruja." Sengih Daisy.

"Okay, semua! Jom pergi ke Diagon Alley!" Laung Ginny dari tingkat bawah.

Daisy Potter: First year at Hogwarts Stories to obsess over. Discover now