M

256 19 37
                                        

"Mom!!!!!"

Da Seul sudah terkinja-kinja meluru keluar dari biliknya untuk mendapatkan ibunya yang sedang membaca senaskhah surat khabar diatas sofa diruang tamu. Di tangan kanannya digenggam erat telefon iPhone 6s miliknya.

Sampai sahaja di ruang tamu, Da Seul terus melompat duduk pada ruang disebelah ibunya. Mrs. Moon terus melipat surat khabar itu lalu diletakkan diatas ribanya. Kepalanya dipalingkan kearah Da Seul yang kelihatan sangat teruja. Gadis itu sudah menarik senyuman lebar sehingga menunjukkan giginya yang tersusun cantik. Mata hazelnya bersinar-sinar menunjukkan perasaan gembiranya.

"What is it? Did your father messaged you telling he will come back from Germany?" soal Mrs. Moon dengan nada sedikit sarkastik bersama sebuah senyuman terpalit dibibirnya. Wajah anak gadis itu diperhatikannya untuk beberapa ketika. Wajah Da Seul sangat mirip dengan Mrs.Moon berbanding ayahnya yang sedang sibuk bekerja di Germany. Salah satu trait istimewa yang diwarisi gadis itu adalah mata hazel milik Mrs.Moon. Semua orang yang pernah terserempak atau bertembung dengan gadis itu pasti akan menoleh berkali-kali kerana keistimewaan warna anak matanya.

Kerana warna anak matanya jugalah dia menjadi perhatian sama ada di kelas atau semasa dia sedang pergi ke mart sekalipun. Bukannya Mrs.Moon ingin riak, tetapi dia merasakan Da Seul benar-benar mewarisi kecantikannya luar dan dalam. Cuma satu kekurangan yang ada pada seorang Moon Da Seul.

Gadis itu terlalu lurus bendul.

Dense.

Ignorant.

Langsung tidak peka dengan situasi disekelilingnya.

Dengan Da Seul, memang tidak boleh berkias. Kalau tidak, sampai bila-bila pun gadis itu tidak akan mengerti.

"Well, is he coming back? How come I'm not informed about this?" soal Da Seul dengan mata yang membulat. Dia terkejut apabila mendengar ibunya bertanya soalan seperti itu seolah-olah ayahnya sudah membuat keputusan ingin pulang tetapi cuma dia yang belum mengetahui tentangnya.

Mrs.Moon mengeluh perlahan. Jawapan seperti itu sudah dijangkakan oleh wanita tersebut mengenangkan betapa gadis itu tidak pernah mengetahui tentang perkataan 'loyar buruk' didalam kamus hidupnya. "No, sweetie. What is it you wanna tell me?" Malas ingin berbalas dengan lebih lanjut tentang perkara yang mungkin tidak akan difahami langsung oleh Da Seul, dia terus mengubah topik.

Da Seul cuma mengangguk sekali sebelum riak wajahnya kembali seperti waktu dia meluru kearah ibunya. Telefon yang berada digenggamannya disuakan kehadapan wajah Mrs.Moon. Pandangan Mrs.Moon terus dipenuhi dengan bait demi bait perkataan yang tertera pada skrin telefon anaknya itu.

APPROVEMENT NOTICE

Dear, Ms. Moon.

We received the letter from Korea International University claiming your recruitment as our new intern worker for 6 months at High Innovation Ent.

The HR team processed and allowed your recruitment as the new intern at High Innovation Ent.

Please do note that you will start your internship by Wednesday, 19 January 2018.

Any inquiries, please contact the HR Team Manager of High Innovation Ent. at 801xxx-xx-xxx

Berkali-kali Mrs.Moon membaca isi kandungan e-mel tersebut kerana tidak percaya. Skrin telefon dan wajah Da Seul dipandang berulang-alik. "Is this legit?" soal Mrs.Moon menginginkan kepastian.

MischievousCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang