"Izahh!Izaahhh!Hafizah Syazlinna binti Yusof!bangun!!" jerit ibunya mengejutkan Izah. Izah tidak mengendahkan ibunya yang bersungguh mengejutnya kerana dia masih di alam mimpi. Tetapi kawannya, Azmiera Farinna sudah sampai di depan rumah mereka yang sedang menunggu Izah.
"Senangnya hati anak dara ni. Sudah pagi buta pun masih lambat bangun" kata ibunya yang melihat Izah tersenyum sendiri semasa tidur. Ibu Izah mula serik dan terus memanggil Miera masuk ke rumah untuk membantunya mengejutkan Izah kerana mereka berdua ingin bergegas ke Pejabat Kedoktoran untuk menghadiri sesi temuduga. "Amiera ,masuklah. Kebetulan kam ada di sini, boleh tak kamu tolong mak cik bangunkan anak dara yang belum bangun tu." Kata ibu Izah. "Hah!!Izah belum bangun lagi ke mak cik?" Tanya Miera kehairainan. Ibu Izah dan Miera sudah merancang sesuatu yang dapat membantu untuk mengejutkan Izah kerana mereka perlu pergi ke tempat itu dengan segera. "Miera, tolong mak cik ambilkan air di dalam baldi" bisik ibunya kapada Miera.
Kerana tidak mahu membuang masa, Miera terus bergegas mengambil air di dalam bilik air itu. Ibunya terus bersiap sedia dengan ideanya. "Satu,dua, tigaaaaa" hitung Ibu sebelum mencurah air ka atas Izah. Izah terus bangun kerana terkejut disebabkan air yang sejuk dicurahkan ibunya semasa dia masih di dalam mimpi. Ibu Izah dan Miera ketawa terbahak bahak kerana melihat Izah basah lecun di atas tilamnya kerana bangun lambat. Izah amat terkejut kerana mimpinya diakhiri dengan basah.
Izah menceritakan mimpinya kepada Miera Dan ibunya."Ibu! Mieraa! Kenapa pulak kejutkan Izah pagi pagi ni. Baru je aku nak jumpa dengan Kim Joong Kook dalam mimpi aku tadi" bisik Izah sambil duduk di atas katilnya yang sudah basah. Ehh,kuat berangan betul. Dah,pergi mandi. Kita ni nak pergi interview bukannya nak berangan dengan artist Korea" kata Miera kepada Izah yang basah itu.
"Oh my god! Izah hampir lupa" kata Izah kerana terkejut. Izah terus bergegas ke bilik air kerana tidak mahu terlepas hari yang berharga itu. Izah tidak mahu terlepas peluang ini kerana dia telah berusaha belajar selama 5 tahun di Universiti Malaysia di Kuching.
Setelah siap berpakaian,Izah terus berlari masuk ke dalam kereta kerana tidak mahu terlepas peluang keemasan ini. Izah dan kawannya,Miera terus pergi ke tempat temuduga itu tanpa bersarapan. Dia masih sempat ke tempat itu kerana dia tinggal berdekatan dengan pusat bandar. Semasa di dalam kereta, Miera terpaksa menghidu bau minyak wanginya yang kuat baunya kerana Izah amat kesuntukan masa dan tidak sempat bersiap di rumah. Dia menggunakan semua masa yang ada untuk bersolek dah mengmaskan dirinya.
Setibanya mereka di sana,Izah berlari supaya dia tidak terlepas. Sampai sahaja dia di depan bilik itu, "Hafizah Syazlinna Binti Yusof! Sila masuk ke bilik temuduga sekarang" penemuduga itu mamanggil namanya. Izah tidak sempat mengulangkaji apa-apa kerana dia terus dipanggil masuk ke bilik temuduga itu. Dia amat menyesal kerana membawa banyak buku semasa temuduga itu tetapi tidak sempat mengulangkaji.
Dengan hati yang nervous ,"Tok!tok!tok!tok! bolehkah saya masuk tuan" kata Izah sambil mengetuk pintu. Sebelum masuk, Izah teringat pesan ayahnya masuk dengan kaki kanan supaya ada tuah. Izah pun mengikut pesan ayahnya tadi. Masuknya Izah di dalam bilik itu, dia terkejut melihat penemuduga kerana penemuduga itu kelihatan seperti kawan lamanya semasa di sekolah dahulu. Izah juga tidak menyangka yang mereka akan diberi peluang berjumpa di tempat tersebut.
"Maafkan saya,tuan.Bolehkah saya duduk?tanya Izah. " Silakan"kata si penemuduga itu tadi. Isah tidak berpuas hati dan ingin bertanya sesuatu. "Maafkan saya,tuan.Adakah tuan Tengku Shah Fizairus iaitu bekas pelajar dari SMK Joridden?" Kata Izah bertanya kepada penemuduga itu. "Ya,sayalah Tengku Shah Fizairus dan saya juga pernah bersekolah di sana semasa di sekolah dahulu. Hmm..bagaimana kamu boleh mengenal saya? Agak pelik rasanya.Tetapi saya merasakan yang saya pernah berjumpa dengan kamu semasa di sekolah itu. Hmmm...Wait a munites. Adakah cik ini si Buntal" tanya Tengku Shah kepada Izah.
"Ya,sayalah yang tuan panggil buntal dahulu" Kata Izah sambil tersipu malu dengan nama samarannya. " Wah! Buntal! Nampaknya kamu susah tidak bulat seperti dahulu. Cepatnya kamu ni move on. Dimana pula kembar yang bulat seperti kamu tu?Adakah dia masih bulat seperti yang dulu? Jodoh kita tak jauhlah" Kata Tengku Shah kepada Izah.
"Ehh!janganlah panggil saya dengan nama tu. Malu beta nanti. Tengku Shah ,rupa rupanya awak masih ingat saya dan juga si bulat Miera tu. Jangan risau,kamu masih ada jodoh bertemu dengan dia. Dia ada di luar bilik temuduga ni, masih menunggu giliran. Miera sekarang sudah langsing tubuhnya. Tambahan dia tu masih single available. Nanti nantilah awak berbual dengan dia sebab dia pun ikut temuduga ini. Nak Cuba nasib katanya"kata Izah sambil ketawa. "Owh,dapatlah berjumpa semua dengan Miera. Nanti saya akan buli dia habis- habisan. Mesti dia tak dapat nak cam saya. Lagipun dia tu pelupa orangnya. Dahlah, saya nak semak resume kamu dahulu" kata Tengku Shah ingin memulakan sesi temuduga mereka itu.
------
"Wah! Nampaknya kamu lebih berminat untuk menjadi doktor berbanding peguam. Katanya kamu nak nyadi lawyer dahulu. Tambahan kamu telah mengambil PhD dalam bidang kedoktoran." Kata Jeff sambil memuji keputusan yang diperolehnya. Izah merendahkan diri dan mengatakan keputusan nya itu adalah biasa biasa sahaja sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Rindu Tak Terbalas
RandomHAFIZAH SYAZLINNA berperwatakan seperti seorang wanita periang, peramah dan bercita cita tinggi. Izah selalu berpesan "we can lose money,but friend will be always in our heart. AMIERA FARINNA ialah kawan karib Hafizah. Kemana sahaja Hafizah pergi,me...
