Bidadari

7 0 0
                                        

Kau pernah rasa tidak satu macam rasa yang bila kau melihat seseorang itu kau terpukau sebentar kerana ada sesuatu pada dia yang mencuri perhatian kau, tapi kau tidak yakin dengan apa yang sebenarnya membuatkan kau terpukau? Pernah? Itulah kali pertama aku rasa seperti melihat bidadari dunia.

Tapi itu bukanlah kali pertama aku melihatnya. Aku sekelas dengannya di tahun pertama dan terpisah untuk tahun yang seterusnya tapi masih, kelasnya tidaklah jauh cuma berjiran dengan kelas aku sahaja.

Sedang kau bergurau senda dengan rakan-rakan lain diluar kelas, tiba-tiba kau datang dan meminta tisu sebab muka kau comot dilempar segenggam tepung.

Kebetulan masa itu aku punyai baki sehelai tisu di poket baju yang aku pakai. Terus aku hulurkan sebab aku ada tisu dan bukan sebab aku suka dekat kau.

Tapi saatnya aku hulurkan tisu tersebut dan melihat ke arah wajah kau. Sepertinya ada sesuatu yang menghalang aku dari berpaling semula dimana aku asyik mengelamun sendirian tadi. Waktu terasa terhenti, dan keseluruhan fokus diri aku waktu itu hanya pada kau.

Jarang-jarang boleh jadi cinta,
Kerana selalunya nafsu semata.

MySarah Mababyboo 💞(incomplete)Stories to obsess over. Discover now