Bab 1

4 0 0
                                        

"Murid - murid, inilah pelajar baru dalam kelas kita. Nama dia ialah Crystal. Cikgu harap kamu semua dapat berkawan dengannya," Cikgu Rose mengukir senyuman saat berkata .

Semua murid melihat Crystal. Ada yang ternganga sampai masuk lalat, ada yang teruja dan ada yang berbisik - bisik.

"Baiklah Crystal, sila duduk di sebelah budak yang berambut Ungu itu," kata cikgu Rose lagi sambil menuding jari ke arah budak yang berambut ungu yang berada di belakang sekali.

  Crystal hanya mengangguk lalu pergi ke arah tempat yang ditunjukkan oleh cikgu itu tadi.

____________________________________

KRINGG...

Loceng waktu rehat berbunyi. Murid di dalam kelas 3 Positif berlari ingin menuju ke kantin kerana perut sudah membuat konsert. Mereka langsung tidak memperdulikan Crystal kecuali budak berambut ungu yang berada  di sebelah Crystal tadi.

"Ermm.. Crystal," panggil budak berambut ungu itu atau lebih dikenali sebagai Luna.

"Ya?" Crystal menyahut lalu berpaling ke arah Luna sekilas kerana dia sedang menyimpan buku teks dan buku latihan di dalam beg sekolah. Crystal sudah berdebar. Dia sebenarnya malu nak bercakap dengan Luna.

"Awak nak rehat dengan saya?" kata Luna sambil memandang ke arah Crystal.

Hati Crystal berbunga - bunga mendengar ucapan yang keluar dari mulut Luna tadi. "Mestilah nak," secara tidak sengaja dia meluahkan rasa hatinya.

"Baguslah, jom," kata Luna seraya mengukir senyuman kepada Crystal lalu, dia menarik tangan Crystal menuju ke kantin. Crystal hanya mengikut sahaja Luna.

"Nak duduk kat mana ni?" tanya Luna ketika sampai di kantin.

"Entah, semua tempat dah penuh," kata Crystal dengan kecewa.

"Nampaknya terpaksalah kita tunggu mereka habis makan," kata Luna dengan tenang.

Crystal terkejut. "Nak tunggu mereka habis makan? Berapa lama? Takkanlah nanti habis rehat baru boleh makan."

"Alaa.. Janganlah risau sangat. Waktu rehat kita sejam lah. Cuba fikir, logik ke kalau kita makan selama sejam?" kata Luna. Dia tersenyum melihat Crystal. Almaklumlah, budak baru, masih tak tahu lagi pasal sekolah ini.

"Wow, lamanya," kata Crystal tidak percaya.

Kata - kata itu tidak terus dibalas oleh Luna.

"Jom kita membeli," kata Crystal selepas kata - katanya tidak dibalas.

Tapi, kali ini pun Luna tidak membalas kata - kata Crystal. Dia seperti berada di dalam dunianya sendiri.

"Hei," kata Crystal lagi sambil menggoncang bahu Luna.

"Eh, mak kau," Luna melatah lalu melihat ke arah Crystal dengan muka yang berkerut.

"Apa?" Crystal memandang ke arah Luna pula.

"Err.. Apa awak nak cakap tadi?" tanya Luna masih lagi bingung.

"Jom kita membeli," balas Crystal. Mengulang kata - katanya tadi.

"Ooo.. Maaflah saya tak dengar tadi, Sebab saya sedang termenung," kata Luna sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Takpelah. Jom," kata Crystal menarik tangan Luna. Kali ini, mereka menuju ke tempat membeli pula.

"Crystal. Awak nak beli apa?" tanya Luna kepada Crystal.

"Kenapa tanya saya?" soal Crystal pula. Sengaja tidak menjawab soalan Luna.

"Saya tolong belikan," kata Luma sambil mengukir senyuman yang sangat manis.

"Tt..tak.. Takpelah. Ss.. Say..saya boleh beli sendiri..." kata Crystal tergagap - gagap. Dia malu!

"Alaa.. Marilah saya tolong beli untuk awak. Kalau awak tak nak saya beli untuk awak, saya belanja awak takpe," balas Luna. Dia masih tersenyum kepada Crystal.

"Okay.." kata Crystal serba salah lalu, memberi duit kepada Luna.

"Tolong belikan saya hotdog cheese dua," kata Crystal lagi.

"Okay," Luna berkata lalu mambeli hotdog cheese dua. Seperti yang Crystal minta.

Crystal yang berada di tepi Luna itu berpaling ke arah meja kantin yang masih ramai orang itu. Tiba - tiba, dia melihat satu tempat duduk kosong yang hanya muat untuk dua orang.

Crystal pun memanggil Luna selepas dia siap membeli semua makanan untuk Crystal dan untuknya. "Luna, itu tempat kosong," Crystal menuding jari ke arah tempat itu.

Luna tersenyum. "Akhirnya kita jumpa pun tempat kosong. Jom kita duduk kat sana,"

Mereka pun berjalan menuju ke tempat itu.

"Err.. Apa nama awak?" tanya Crystal waktu mereka sedang makan di meja itu.

"Oh, terlupa pula nak perkenalkan diri. Nama saya ialah Luna," jawab Luna selepas menguyah makanan di dalam mulutnya itu.

"Ooo.." kata Crystal pula.

Lebih kurang setengah jam mereka di kantin itu, loceng pun berbunyi tanda waktu rehat sudah tamat.

Semua murid berlari menuju ke kelas masing - masing.

<ulasan>

Letihnya...😩😩. Macam mana, Best tak cerita tadi? Kalau tak best, maaflah ya. Insyaallah selepas ini akan ada part yang best sedikit.

Sebenarnya, saya terfikirlah nak buat cerita pasal sahabat ni. Entah mengapa kalau tak buat cerita ini rasa macam tak selesa. Jadi, saya buatlah cerita ini dalam wattpad.

Mudah - mudahan cerita saya ni popular.

Bluek! Nak muntah rasanya. Tak mungkinlah cerita saya ni akan popular. Kalau popular, itu hanya kebetulan je.

Oh, ya. Terlupa pula. Luna dan Crystal berumur 15 tahun tau. Maksudnya, diorang tingkatan tiga lah.

Itu sahaja yang saya boleh cakap. Bye, semoga korang suka baca cerita saya yang entah sedap atau tidak.

Sekian, terima kasih.😃

SahabatWhere stories live. Discover now