Ezz Dayana menyendengkan tubuhnya ke sisi tubuh peti sejuk yang bersebelahan dengan sinki.Dia mengeluh perlahan.

  "Rindunya aku kat korang Nil..".katanya sendirian.Dia tidak berasa takut kerana pintu hadapan rumah dan pagar itu telah dia kunci.Jadi Mia Qaisarah takkan dapat keluar ke mana2 melainkan ke ruangan yang ada di dalam rumah tersebut.

Ezz Dayana mengeluarkan telefon OppoA83 dari poket baju.

  Tapi seketika dia mengeluh.

  "Lahh..kan sekarang waktu persekolahan lagi..Mesti diorang tengah belajar.Bangang betullah kau ne Ezz.Nanti karang lah aku chat diorang"ucapnya sendiri.

  "Ucu...ucu..ucu kat mana ??? ".seru Mi Qaisarah.Ezz Dayana tersentak.

Tubuh genit comel muncuk di ruangan dapur.

  "Ucu...puas Mia cari ucu tau.Ucu kat mana tadi ??.".soal budak kecil itu lagi.Mulutnya terbentuk comel.

Melihatkan keadaan itu, Ezz Dayana segera teringatkan tentang Zee Zuwita.Adik bongsunya..Sama sahaja perangai macam Mia Qaisarah.Dan lebih mengelikan hati.

Di usia Zuwita yang baru 5 tahun.Dia telah ada anak buah.

  "Ucu hantar pinggan tadi..Lepas tu ucu pergi minum.Kenapa Mia cari ucu pula ??".soal Dayana sekadar berbasa basi.

Mia Qaisarah tersenyum.Dia memeluk kaki Dayana.

  "Mia rindu Ucu lah..Sebab tu Mia cari ucu tadi ".jawab Qaisarah.Ezz Dayana tertawa lucu.Ada2 saja lah jawapan budak itu.

  "Yelah...Dah jom tolong ucu masak.Tadi nak sangat ucu masak kan.".pelawa Dayana.Dia menduga reaksi Mia Qaisarah.

Kanak2 genit tu melompat2 gembira.

  "Yey yey..ucu ajar adik masak.Yeah !".sorak Mia Qaisarah.Gembira betul dia.Ezz Dayana senyum sambil mengusap kepala Mia dengan lembut.

  'Ada - ada saja.'.fikir Dayana.Tidak lama kemudian dia mengeluarkan bahan2 dari peti sejuk.Udang dan isi ketam dikeluarkan.

Hari ini dia akan masakkan tomyam untuk kakak dan abang iparnya Qhalif.Beberapa ulas sayur juga diambil.

Kesemua bahan tersebut diletakkan di bekas kaca.Sayur pula diletakkan di sinki bagi memudahkan bahan tersebut dibersihkan nanti.

Selepas sahaja semua bahan telah dipotong2 mengikut saiz yang tertentu.Dia kemudiannya membasuh kesemua barang2 mentah tadi dan diletakkan ke dalam bakul penapis air.

  "Ucu..udang ne nak buat apa ?eiii comelnya".puji Mia Qaisarah.Gadis manis itu hanya ketawa besar.

  "Hahaha.kamu ne Mia.ada2 aja lah.Udang kering yang dah mati tu pun kamu cakap comel.".tegur Dayana.Mia Qaisarah yang sedang menyentuh udang kecil menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari itu tertawa riang.

  "Betullah comel..Kecil sangat".kata Mia lagi.Ezz Dayana tergeleng2.

  "Yelah..".jawab Dayana pendek.Usai sahaja air mendidih.Ezz Dayana meletakkan kesemua bahan tersebut ke dalam periuk yang telah dikecilkan apinya.

  20 minit kemudian....

  "Alhamdulilah..selesai juga aku masak untuk kakak dan abang".ujar Dayana sambil tersenyum senang.Kelihatan Mia Qaisarah sibuk mengelap meja kotor yang mereka gunakan untuk menyediakan segala bahan tadi menggunakan kain pengelap.

  "Mia..dah ke ??".soal Dayana.Mia memandangnya.

  "Sikit lagi Ucu ".kata Mia Qaisarah.

  "Yelah".

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now