Histeria Tangki Air

7 0 0
                                        

“Allahuakbar, Allahuakbar.”
Jelas kedengaran azan yang sedang bergema satu sekolah. Kedengaran suara jeritan yang bersahutan dari kelas-kelas lain. Tiga kali azan dilaungkan tepat jam 12 tengah hari.
Pelajar kelasku semua terdiam sepi.

*******

Ini kisah benar. Hanya nama watak diubah.

Kisah 1

Sekolahku yang terletak di Daerah Kerian, Perak itu gah berdiri. Namun, terdapat rahsia yang tersingkap di sebalik sekolah yang ternama ini.

Usai waktu rehat, aku mula naik ke kelas yang terletak di tingkat atas sekali di bangunan pejabat. Kelas aku terletak di sebelah kanan tangga lelaki dan sepanjang koridor ini, terdapat kelas-kelas tingkatan 4. Di seberang kiri tangga lelaki pula terdapat bangunan tingkatan 3 dan terdapat perpustakaan di tingkat 2. Dua bangunan ini bersambung dan terdapat tangga perempuan di penghujung bangunan tingkatan 3.

“Aaah!” Beberapa jeritan mula kedengaran. Sebahagian pelajar kelas ini mula keluar kelas dan bersidai di koridor untuk mengetahui apa yang sedang terjadi.

Aku hanya duduk di tempatku dan mula mengigil. Tidak pernah seumur hidupku berhadapan dengan perkara begini. Selepas azan,semakin banyak jeritan kedengaran.

Aku mula mengambil Al-Quran kecil di bawah meja dan membacanya perlahan. Segalanya aku berserah kepada Allah dan mohon dilindungi dariNya.

Cikgu-cikgu mula menenangkan pelajar yang sedang riuh di koridor.

“Jom wei! Cikgu kata pelajar yang lemah pergi surau sekolah,” Ati mula mengajak aku.

Kami berjalan melewati sepanjang koridor itu. Setiap kelas tingkatan 4 yang aku lalui, akan terdengar suara jeritan. Tanganku mula mengigil dan memegang erat tangan Ati.

“Berzikir. Baca ja ayat apa yang kau ingat,” keihatan tenang wajahnya menasihatiku.

Kami ingin turun melalui tangga pejabat. Belum sampai di tingkat 3, terdapat seorang pelajar perempuan yang terbaring di tengah tangga. Beberapa orang guru dan pelajar mengelilinginya.

“Kamu nak pergi mana? Masuk kelas!” Salah seorang guru bersuara.
Kami berdua kembali ke kelas.

Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan dirasuk memasuki kelas melalui pintu belakang. Dia memandang seisi kelas aku yang terdiam seribu bahasa.

Pandangan tajam dilemparkan. Senyuman sinis mula terukir di bibirnya.

Aku memejamkan mata dan berharap tiada apa yang terjadi. Tanganku menggengam erat Al-Quran.

“Ni lah ketua dia,” kedengaran suara Cikgu Mas. Beberapa orang guru sedang berada di luar kelas.

Hampir kesemua ahli kelasku berada di hadapan kelas, cuba mengelak dari dia. Dia berjalan perlahan dan berada di belakangku. Dia terus berjalan sehingga ke hadapan kelas dan memerhati satu persatu pelajar kelasku.

Dia berlalu pergi melalui pintu hadapan kelas. Aku membuka mata. Lega.

“Wei, turun bawah!” Salah seorang kawanku bersuara. Kami semua mengemas beg dan turun ke bawah.

Tiba di bawah, aku, Ati dan Eza duduk di sebuah pondok di hadapan surau. Semua pelajar sesi pagi dan petang berada di kawasan Dataran Kejat, di mana terletaknya sebuah astaka di situ.

Ada yang berada di kantin. Surau sekolah pula di dalamnya terdapat ramai pelajar histeria. Jeritan boleh didengari sehingga ke luar. Guru-guru cuba memulihkan pelajar tersebut.

Ada pelajar yang sedang membaca Yaasin menggunakan mikrofon. Aku turut mengikuti bacaannya.

Tiba-tiba…

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 29, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Histeria Tangki AirStories to obsess over. Discover now