Hari ini bermulanya persekolahan, Matt berasa gelisah kerana dia berjumpa dengan orang yang baru di sekolah barunya.Dia masuk ke kelas dan duduk di barisan pertama tempat duduk paling belakang.Pada masa yang sama seorang pelajar perempuan yang bernama Camilia masuk ke kelas dan duduk di hadapannya.Camilia tersenyum sambil menghulurkan tangannya sebagai tanda permulaan persahabatan antara Matt dan Camilia.Tiba-tiba muncul suara dari pintu belakang berbunyi " wah romatiknya" kemudian Camilia dan Matt menoleh ke belakang.Rupa-rupanya suara ialah suara Daniel iaitu salah seorang pelajar kelas itu.Kemudian Daniel memperkenalkan dirinya kepada Matt dengan senyuman yang ceria.Tidak lama kemudian sesi pembelajaran pun bermula.Beberapa jam kemudian loceng pun berbunyi tandanya masa rehat.Daniel pun mengajak Matt pergi ke kantin dan Matt pun terima ajakan Daniel.Dalam perjalanan ke kantin Matt terlanggar seorang perempuan dan semua makanan perempuan itu jatuh ke lantai.Daniel segera membersihkan makanan yang tumpah tadi manakala Matt pula meminta maaf kepada perempuan itu.Matt mengajak perempuan tersebut untuk ke kantin semula untuk menggantikan makanan yang tertumpah itu tetapi dengan lemah lembut perempuan tersebut menolak ajakan Matt dan terus beredar dari situ.Matt berasa bersalah dan terus mengajak Daniel untuk balik ke kelas.Matt juga meminta Daniel untuk mendapatkan maklumat tentang perempuan itu.Beberapa hari kemudian Daniel telah mendapat maklumat tentang perempuan tersebut melalui sahabatnya iaitu Tony.Tony ialah rakan sekelas Daniel.Daripada maklumat yang diberi oleh Tony,perempuan tersebut bernama Amanda.Matt berasa bersalah atas apa yang berlaku tempoh hari,dia membuat keputusan untuk mengajak Amanda keluar tetapi Matt seorang yang pemalu dan jarang bergaul dengan perempuan.Pada keesokan harinya,Matt beranikan dirinya untuk mengajak Amanda keluar untuk kesilapannya terhadap Amanda. Pada mulanya Amanda,menolak ajakan Matt kerana berasa segan terhadap Matt.Tapi setelah Matt memujuk Amanda,akhirnya dia menerima ajakan Matt untuk membawa dia keluar.Pada tepat pukul 4:30 petang Matt telah berada di depan pagar rumah Amanda menggunakan motosikal kesayangannya.Sebelum bertolak Matt pasangkan topi keledar pada Amanda.Amanda berasa segan terhadap Matt.Matt membawa Amanda ke pusat membeli belah yang berdekatan.Mereka pergi untuk menonton wayang dan setelah itu Matt mengajak Amanda untuk makan malam.Matt dan Amanda semakin lama semakin rapat.Mereka sering keluar bersama-sama.Lama-kelamaan mereka berdua saling jatuh cinta.Matt dan Amanda masing-masing tidak mempunyai keyakinan diri untuk meluahkan perasaan mereka sendiri.Matt meminta nasihat daripada Daniel tentang perasaannya terhadap Amanda tetapi Amanda juga sering menanyakan tentang Matt kepada Daniel.Daniel pun menasihati Matt supaya meluahkan isi hatinya kepada Amanda agar dia tidak sakit hati bila Amanda diambil oleh lelaki lain kelak.Matt telah mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya terhadap Amanda pada hari lahir Amanda.Pada hari lahir Amanda,Matt dengan gementarnya membawa sebuah bungkusan hadiah ke majlis hari lahir Amanda.Matt disambut oleh Amanda di depan rumahnya dengan seorang adik perempuan Amanda iaitu Jane.Tidak lama selepas Matt tiba di rumah Amanda,Daniel pun tiba dengan membawa sebuah hadiah.Matt dan Daniel pun masuk ke ruang tamu rumah Amanda setelah meletak hadiah yang dibawa mereka tadi di pintu berhampiran pintu utama rumah Amanda.Daniel yang telah mengetahui motif Matt datang ke rumah majlis ulang tahun Amanda pun menenangkan Matt yang tengah gelisah.Tidak lama kemudian majlis dimulakan dengan ucapan terima kasih daripada Amanda.Selanjutnya,majlis diteruskan dengan sesi pemotongan kek.Amanda menjemput Matt untuk berdiri di sebelahnya sambil Amanda memotong kek hari jadinya.Sesudah itu majlis diteruskan dengan makan malam.Apabila Matt dan Daniel ingin pergi ke meja makan dengan tiba-tiba Amanda menarik tangan Matt dan menghilang dalam khalayak orang ramai.Amanda membawa Matt untuk berjumpa ibu bapanya kerana dia rasa Matt adalah lelaki yang paling sesuai dengan dirinya.Tidak lama kemudian Matt dan Amanda pun muncul semula.Amanda pergi berhampiran dengan sahabatnya manakala Matt menghampiri Daniel dengan muka yang gembira bercampur dengan rasa terkejut.Daniel yang penyibuk pun menanya Matt apa yang telah berlaku.Matt pun beritahu segalanya kepada Daniel sambil mereka mengambil makanan dan kemudian duduk di sofa.Selepas habis acara makan malam tiba lah sesi yang dinanti-nanti oleh para tetamu iaitu sesi pembukaan hadiah.Hadiah yang pertama dibuka oleh Amanda ialah hadiah daripada Matt.Hadiah daripada Matt cuma hadiah yang nampak ringkas dan murah tetapi ia cukup untuk membuat Amanda menangis terharu.Ianya cuma sebuah bingkai gambar dengan gambar Matt dan Amanda dengan satu balang kaca yang diisi dengan sekeping kertas yang tertulis tentang isi hati Matt terhadap Amanda.Tak lama kemudian,Matt dan Daniel pun ingin balik kerana jam telah menunjukkan jam 10 malam.Amanda pun menghantar mereka berdua sampai ke depan rumah.
YOU ARE READING
Fake Love (Season 1)
RomanceMatt seorang pelajar lelaki yang sering dipermainkan oleh cinta namun dia tetap setia dan tidak menyerah kalah walaupun hati dia disakiti dengan cara yang kejam.Dia mempunyai seorang sahabat akrab yang bernama Daniel yang sering memberi nasihat dan...
