"Bah mari..." - saya

"Kasi panas dulu tu injin. bukan mau terus kasi jalan. Pandai ka tidak juga ni aturan bawa kereta ." - mamy

C mamy ikut juga ba kami keluar rumah ni orang tua arh , ada2 saja ba macam la saya ndak pandai drive .

Lepas kasi unlock, saya masuk pigi dalam diikuti dengan dua anak raja yang tidak habis2 menyuruh cepat. saya kasi start, masuk gear, kasi lepas handbrake...

vrroooommmmmm!

Boleh nampak mamy lumpat2 maradang ( marah ) . siou noh kopio ( minta maaf ) mamy, saya tidak tahan mau dengar ni rungutan cucu2 emas kau.

***

Sempat lagi si Milly merajuk tidak mau keluar sebab dia lambat sudah kunun. padahal lima minit sebelum jam 6.48 kami sampai di sekolah. lambat yang kehabisan mee saja terus frust mau pulang rumah. ada lagi bisuk2 pun. ni hari baru hari satu tapi gaya dia tu macam setahun akan datang ba baru buka tu kedaii mi c aunty sira , stress saya memujuk si Milly ni tahu , macam2 suda cara mahu pujuk sama ee merajuk tahap gaban suda ni anak ..

Ting! ada chat masuk. saya tinguk dari mamy. saya baca sambil saya mau drive keluar dari ni kawasan sekolah. dia suruh pigi tapau kui pau.

Brraaakkkkk!

Astagaa. adakah saya baru sahaja melanggar sebuah kereta? matai ni kali la ..

Laju tu driver lelaki keluar mau tinguk kereta dia tidak sempat saya nampak muka dia dari belakang saya tinguk pakaian dia smart betul. mungkin dia cikgu sebab dia baru mau masuk dalam kawasan sekolah.

Saat dia pusing dan berjalan mau pigi tempat saya, amaah... saya cakap rest in peace sedia untuk diri saya sendiri. rupa2nya saya terlanggar kereta si driver jahaman. tapi bukan tu kereta jahaman yang saya terlanggar, kereta lain lagi.

Flashback...

Hari minggu, bersamaan dengan kemarin petang. saya baru sampai dari KK. Terpaksa saya resign, balik Keningau, sebab madam Belina a.k.a mamy saya yang suruh. pasal kenapa, nanti saya cerita kio sabar2 kamu hahaa

Dari itu parking tungma, saya berjalan dengan malas mau seberang jalan. saya limpas di kawasan kedai2 lama. jalan punya jalan yang sambil tinguk2 kereta, saya nampak tu plat number yang memang terpapak kekal dalam ingatan saya. numbur plat kereta jahanam!

Flashback dalam flashback...

Satu setengah tahun yang lalu.

Sppllaassshh!

Silaka! turun2 saja dari jambatan dekat unitar kami dua course mate saya, si sylvie, kena kasi mandi lumpur oleh dmax hitam. punya jahanam ni manusia. cepat2 saya scan terus hafal number plat tu kereta.

Sudah lah masa tu hujan. percuma tshirt putih kami bertukar warna jadi coklat. sudah lah terpaksa berjalan kaki pulang gara2 si melvina, course mate kami juga. dalam perjalanan kami balik2 kena tinguk terus kena ketawa2 orang. Awas! lain kali kalau saya terjumpa tu kereta jahanam saya kasi malatup terus tiada ampunan suda bikin soi hidup orang saja .

Flashback dalam flashback end.

Untuk kepastian saya tinguk tu sticker merah di belakang kereta dia, sama dan masih ada memang dia la ni c jahanam .. kecil ba dunia ni gaman lambta atau cepat saya dapat juga jumpa kau kan ...

Kalau hari minggu, ni kawasan memang lenggang, sikit orang mau lalu lalang. habis lah kau kereta jahanam.

Saya tinguk kiri, kanan, depan dan belakang. pusing lagi 360 darjah macam maikol jakson. line clear.

Ssssssssssssstttttt! mula2 saya pigi kasi kurang angin di tayar depan sebelah kiri. half flat saja, sebab saya risau driver jahanam tiba2 muncul. tapi saya masih inda puas hati. saya pigi di bahagian belakang sebelah kiri juga...

Sssssssstttt!

"Wooiii!!"

Laju saya berdiri terus. sempat saya tertinguk muka tu orang yang teriak tadi. ui naa, macam ada aliran elektrik, dari mata turun ke hati, ehh kenapa saya ni?

"Jangan larii!" -orang

Masa dia cakap gitu, saya sudah buka larian seribu. laju pecutan saya, mungkin boleh kasi pecah rekod masa larian usain bolt.

"Tunggu dulu mandak!" - orang

Jangan harap saya mau stop berlari. sebab saya takut degupan jantung saya makin kencang dan macam mau tercabut keluar macam yang baru siap lari pusing padang 100 kali ba .. Cepat2 saya masuk ke dalam ni satu2 mall di sini. naik pigi tingkat satu, terus pigi tandas. ngam2 saya mau 'melabur' juga.

Lepas confirm kelibat driver jahanam sudah hilang dari radar, saya keluar dari tu mall, laju2 berjalan mau pigi parking bas. naik bas pulang sebab durang abang sama mamy saya pigi moginum ( minum ) sudah di tempat uncle saya. fuh, nasib saya champion melarikan diri kalau ndak tiada harapan laini ..

Flashback end.

Aduh, apa yang patut saya buat ni. fikir yona, fikir jangan kau ndak fikir .. otak mana kau bekerja la kau fikir ... fikir ba !!

Arghh! saya tidak boleh fikir apa2 yang brilliant sekarang. bulih ka ni saya minta kena teleport pigi pluto sekarang?

Tiba2 uncle saya, mister joni muncul. berlapis-lapis terus sinaran bulat yang saya nampak di belakang kepala dia. bersinar bukan pasal dia tiba2 jadi hensem macam dewa dewi, tapi pasal dia boleh jadi harapan saya untuk kasi selesai ni masalah.

Si uncle joni suruh saya keluar saya keluar juga lah biar pun takut saya harap2 si driver kereta jahanam tidak cam saya punya muka sebap masa ni memang saya tidak mahu tengok muka jahanam dia tu ..kenapa la saya boleh jumpa dia d sini telampau kecil sudah kali ni dunia sebap boleh juga terserampak dengan ni jahanam

Siou kalau pindik saja kio , nanti next nya saya kasih panjang2 .. terimah kasih sebap sudi singa baca ni story ...

BERSAMBUNG ....

p/s Pengajaran = jangan tinguk smartphone time driving. biarpun kamu champion drift bukan lesen kopi'o. nanti jadi macam saya silap hari bulan . Fikir2 dan renung2 kan la kio ...

MISTER SAVIOUR_COMPLETETahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon