My Personaliti

87 14 0
                                    

Ramai yang tak kenal sis.

Tapi ahli kelab mesti tau sis macam mana.

Sebab kita akan selalu berborak dalam group whatsapp.

So pada yang tak pernah kenal sis tu mari kita kenalkan diri sis macam mana.

1. Pemalu

Yang ni memang dari zaman sekolah tadika lagi. Cakap pun ala suara dengar tak dengar je.

Tapi sis cuba untuk buang sifat pemalu tu. Tapi lumrah perempuan pasti ada sifat pemalu yang sukar dibuang. Betul tak?

2. Kurang Aktif

Ini mungkin disebabkan penyakit yang sis punya. Sis dilarang bersukan sejak kecil menjadikan sis kurang aktif dalam bidang sukan.

3. Kurang Tegas

Walaupun sis anak yang sulung ia tidak menjadikan sis seorang kakak yang tegas. Ia juga disebabkan ketiga adik sis terlampau degil dan kurang mendengar arahan sis. Walaupun pelbagai cara sis lakukan mereka tidak pernah takut pada sis.

4. Kurang Peramah

Macam sis cakap tadi sis ni pemalu gila. So nak cakap peramah tu tak de la. Tapi kalau dengan orang yang sis dah lama kenal memang akan memekak je la. Nak tau perangai sis cuba kenal sis.

5. Pemalas

Sis tak tau mood rajin tu bila nak ada. Semua benda nak harapkan adik perempuan sis. Ada masa dia bising. Pasal kelab pulak semua benda nak harapkan ahli.

6. Garang

Rasanya tak. Even pemarah pun ada tapi tak sampai baran. Dan garang macam tak pernah wujud. Kalau ada pun semua akan cakap sis ni memain je. Bila ada orang cakap sis ni garang rasa macam bangga sebab ada yang sedar sis ni punya watak garang.

7. Perasaan

Tipulah kalau kau pun tak de sifat perasan. Tahap perasan sis tak de sampai mengaku aku paling cantik tau. Biasanya sis akan mengaku yang sis ni paling comel. Hahahaha. Try la stalker ig sis. Jangan spam like tau nanti kantoi pulak stalker.

8. Sporting

Gila tak spotting. Korang kenal sis tak sampai seminggu compen kita boleh sama sama gelak kat chat. Akan ada banyak lawak bodoh yang akan sis buat.

9. Mudah Terhibur

Jujur sis cakap sis suka berkawan and chat ngan orang suka buat lawak. Silap silap korang sent emoji je sis bantai gelak.

10. Sensitif

Ye sis cepat terasa. Mudah menangis. Tengok tv ngan movie boleh menangis. Baca novel pun air mata tak leh tahan. Baca komik pun sama guys. Hati tisu betul la.

Rasanya cukuplah 10 je. Ke nak lagi? Dah la kan. Apa apa pun cuba la kenal sis pada yang tak kenal sis. Sementara sis ada masa untuk korang. Sebab tak lama lagi sis akan cari keje so mungkin masa untuk chating tu akan berkurang.

ThePaperMint TalkWhere stories live. Discover now