Kampung Sungai Udang,tempat yang menjadi saksi kepada semua manusia yang leka akan duniawi yang penuh binasa ini.Tempat di mana manusia dihidangkan dengan rezeki yang melimpah ruah tetapi flora dan fauna,ciptaan tuhan yang dipenuhi sifat murni ini perlu menghadapi seksaan dan durjana yang penuh kejam ini untuk menghadapi liku-piku kehidupan seharian.Mungkin engkau tidak tahu,haiwan telah bekerja keras untuk mencari rezeki agar perjalanan mereka bermakna untuk setiap saat.Mungkin engkau tidak tahu,pokok telah bersusah payah melakukan proses fotosintesis yang begitu rumit untuk membekalkan oksigen kepada manusia agar mampu hidup di muka bumi.Tetapi manusia,apa yang mereka tahu?
Pada pagi yang penuh berseri ini,aku,seorang remaja lelaki yang bertemankan keluargaku bangun dari katilku.Walaupun rasa malas ini telah menghasut diriku untuk pulang ke alam mimpi,tetapi aku gagahkan diri melawan nafsuku.Aku kumpulkan segala kudratku untuk berjalan keluar dari rumahku untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan yang indah nun cerah.Tetapi apakan daya,pemandangan aku telah dibogelkan dengan persekitaran bandaraya Klang yang tidak ceria seperti selalu.Kawasan flora dan fauna yang selalu mengeluarkan irama lagu yang merdu kini menjadi sepi.Lukisan awan yang mewarnai hidupku kini telah menjadi pudar.Aku terduduk merapati diriku dan bertanyakan di dalam hati"Mengapa perkara ini berlaku?Adakah bumi ini perlu menerima denda yang sebegitu berat?".Aku dengan rasa hibanya pulang ke rumahku untuk melepaskan geramku.Ya,geramku terhadap manusia yang bakhil.Aku mengeluarkan sehelai yang putih sifatnya.Mungkin aku berfantasi kata hatiku,kerna aku mahu menulis sajakku yang pendek isinya tetapi mempunyai maksud tersendiri

Hayati dan Renungankan
ANDA SEDANG MEMBACA
Diari Seorang Penyair
RandomKisah hati. Bukan hati mati. Tapi hati suci. Dengari. Fahami. Selami. Bukan meratapi.
