Bismillah

50 2 0
                                        

Dulu, 

aku jalani hidupku penuh ketenangan , penuh kebahagiaan.

Namun perasaan itu hanyalah bersifat sementara

Ia hilang tanpa diminta

Entah kenapa, jiwa rasa kosong

seolah-olah ada yang hilang dari diri ini

Ada masanya aku tertanya-tanya 

siapa aku, siapa mereka

kenapa aku dicipta, aku seolah-olah bingung dengan keberadaanku di bumi ini

Apa tujuan aku dilahirkan di dunia ini

Pabila ku melontarkan persoalanku kepada Si Ibu

Aku dimarahi, 

"Tak seharusnya kau bertanya begitu!"

Aku berdiam diri

Aku sangat buntu , apalah takdirku ini?

Bangunan dicipta oleh sekalian manusia

Tetapi aku tertanya

siapa pula pencipta manusia?

Dulu aku sedar 

Allah Azza Wa Jalla tuhanku 

Kalimat syahadah seringkali aku ucapkan 

Rukun Islam Rukun Iman aku tahu dan patuhi 

Namun tidak aku fahami secara mendalam maksudnya

Satu hari ketika umurku sudah meningkat hingga 17 

Aku seolah-olah tersedar dari tidur yang lama

Hatiku terbuka membaca sebuah buku yang berjudul Surat Putus Cinta karya seorang penulis bernama Ustaz Adnin Roslan

Karya tulisannya membuatkan aku terjaga dari buaian dunia yang bersifat sementara

Selama ini, aku hanya bergelar Islam atas kertas sahaja rupanya

Maksiat besar tak pernah ku lakukan

Namun, betapa luluhnya hatiku pabila sedar bahawa terlalu banyak maksiat kecil yang aku lakukan 

Tengok drama Korea hingga larut malam

Aku pernah selalu impikan kisah cinta seperti dalam drama

Berpakaian moden yang menutup aurat Tetapi dala masa yang sama

pakaian ketat, sendat, padat!

Solat 5 waktu tanpa tahu tujuan solat yang sebenar

Puasa hanya sekadar tidak makan minum dari terbit fajar hingga azan Maghrib berkumandang

Dalam masa yang sama menghabiskan masa dalam melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah di dunia dan akhirat!

Air mata mengalir dek teringat banyaknya dosa yang lalu

Andai aku dikembalikan saat aku dalam keadaan seperti itu

Aku tertanya

adakah aku layak berada di sisi Allah dalam keadaan yang mulia?

Ya Allah, betapa hinanya aku!

Patuh kepadaNya dan dalam masa yang sama aku ingkar padaNya!

pernah terasa diriku terasa sudah sempurna,

Namun saat itulah sebenarnya aku berdosa!

Betapa sayangnya Allah terhadap diri ini

Aku bersyukur kerana Dia telah memilih untuk menegurku

Dia telah mengetuk pintu hati kecil ini untuk menerima hidayah dariNya

Walaupun perjalanan untuk aku berubah mungkin agak sukar

Tetapi kesukaran itulah yang menjadi bukti pengorbanan aku demi mengejar keredhaanNya

Kini aku sedar

Hidup kita di bumi ini tidak lain tidak bukan untuk mengabdikan diri kita sebagai hambaNya 

Kita dihidupkan di dunia ini olehNya untuk menjadi khalifah mentadbir dunia ini dalam keredhaanNya

Aku bersyukur dilahirkan dalam agama Islam yang lengkap dan sempurna

Kita menunaikan solat untuk ingat kepadanya, bersyukur kepadanya atas nikmat yang melimpah ruah dikurniakan buat kita

Betapa pemurahnya Allah

Disaat kita lupa kepadaNya dek terlena dengan dunia fana

Dia tidak pula menarik rezeki kita, kesihatan kita mahupun kegembiraan kita

Malah Dia limpahkan lagi rezekiNya yang banyak buat kita

Namun, apa yang kita lakukan?

Kita lupa diri

Kita lupa mengucap terima kasih kepadaNya

Allah tidak minta apa-apa daripada kita

Mengapa

Mengapa kita tidak mampu untuk mengucapkan "Alhamdulillah" walaupun sekali dalam sehari?

Jiwa ku kembali dipenuhi dengan kasih sayang dari Pencipta

Aku kembali bersemangat positif dalam menjalani kehidupan aku

Terima kasih ya Allah 

Engkau memberiku peluang hari demi hari

Andai aku tersedar dari tidur itu dengan lebih awal...

Namun aku tahu penyesalanku terhadap kisah lalu tidak akan mengubah apa-apa

Aku gagahi diri untuk berubah menjadi lebih baik buat masa hadapan selagi aku diberi peluang olehNya untuk hidup di hari-hari berikut

Ya , aku tahu

Aku tahu bahawa pasti ramai anak muda yang diluar sana terasa bahawa hidup mereka masih muda lagi!

Aku juga pernah berfikiran seperti itu, tapi itu dulu

Tapi renung-renungkanlah kata-kata ikhlas aku ini wahai teman-teman

Soal ajal....... hanya Allah yang tahu saat kita akan kembali kepadaNya

Ajal kita tidak diawalkan atau dilambatkan walau SESAAT pun!

Adakah kamu yakin teman-teman?

Apakah kamu yakin kamu hidup lama lagi di dunia ini?

Ya, aku takut

Aku takut sangat-sangat bila ajalku tiba?

Bukannya aku takut mati kerana setiap yang hidup pasti akan mati

Yang harus aku dan kamu takuti ialah 

adakah kita akan kembali dalam keadaan mulia atau hina?

Husnul khotimah ataupun Su'ul khotimah ?

Allah

Aku takut teman-teman

Insya'Allah, kita semua pasti dirahmatiNya 

Amiin




KembaliDonde viven las historias. Descúbrelo ahora