INI BUKAN NOVEL TETAPI SEBUAH CERPEN YANG DIKARANG OLEH DUA ORANG PELAJAR BERUMUR 15 TAHUN. CERPEN INI TERKANDUNG 3 BUAH CERITA IAITU:-
#SAYA NAK HATI SAYA BALIK!!
#SAYA AKAN CATKAN HATI AWAK!
#MEH SINI SAYA PUJUK!
#AWAK PUN SUKA SAYA?
Keputusan yang dia miliki amat membanggakan sehingga membuatkan ucapan tahniah tidak putus putus datang kepadanya.
Sementara dia menunggu keputusan daripada UIAM, dia mendapat tawaran daripada Harvard University. Dia berasa sangat gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
...............................
Dua bulan lagi , Intan akan berangkat ke Cambridge, Massachusetts. Sementara menunggu tarikhnya tiba, dia menolong ibunya menjual nasi lemak di hadapan rumahnya.
Pada suatu hari, ketika sedang membaca Quran sambil menjaga kedai, ada seorang lelaki kacak datang ke kedai tersebut untuk membeli juadah yang terdapat di situ.
Tiba tiba,
"Assalamualaikum, adik. nak beli nasi lemak ayam goreng lima bungkus,"kata lelaki tersebut.
Intan berhenti membaca Quran lalu menoleh ke arah suara tersebut. Dia segera membungkus lima bungkus nasi lemak ayam goreng lalu memberikan kepada lelaki tersebut. Sebelum meninggalkan gerai Intan, dia sempat memberi sebuah senyuman kepada Intan. Intan membalas senyuman tersebut lalu menyambung pembacaannya yang tergendala sebentar tadi.
.................................
Sebelum tiga hari terakhir Intan berangkat ke Cambridge, Hilman yakni lelaki yang membeli lima bungkus nasi lemak hari itu datang melamar Intan namun dia segera menolak dengan baik. Katanya,
"Saya tak boleh terima awak untuk masa sekarang. Kalau awak sanggup, awak kena tunggu lima tahun akan datang,"
"Kalau itu keputusan awak, saya terpaksa menerimanya,"kata Hilman dengan perasaan yang kecewa kerana baginya dalam masa lima tahun apa apa sahaja boleh berubah termasuklah perihal hati.
..................................
Selepas lima tahun belajar di tempat orang, dia pulang ke tempat kelahirannya, Malaysia.
Setibanya di lapangan terbang, dia segera mencari kelibat ahli keluarganya. Sampai di satu sudut, dia ternampak keluarganya sedang menunggunya di kerusi panjang yang disediakan. Dia juga ternampak Hilman yang pernah melamarnya lima tahun dahulu.
"Assalamualaikum mak, ayah. Sihat?" tanya Intan.
"Waalaikumussalam. Kitaorang sihat je kat sini," jawab mak Intan, Puan Naza.
Selepas bersalaman dengan ibu dan ayahnya, dia bersalaman pula dengan ahli keluarganya yang lain. Sampai giliran kakaknya, dia ternampak sebentuk cincin bertakhta berlian tersarung kemas di jari manis kakaknya itu.
"Wah3! Jodoh dah sampai nampak?!" usik Intan.
"Baru tunang," ujar kakaknya, Hani tersipu sipu.
"Dengan siapa? Intan kenal ke?"
"Yang sebelah akak ni siapa?"
"Oh dengan Hilman ke?"
"Eh korang kenal ke?"
"Takdelah kenal sangat,"
"Dah dah la tu berborak. Sambung kat rumah pula," Puan Naza mencelah.
.......................................
Intan meminta kakaknya untuk menolongnya mencari kerja. Selepas beberapa hari, Hani memberi khabar gembira kepada adiknya itu.
"Intan. Intan dapat tawaran kerja di Syarikat Aleeff Building Sdn. Bhd. Esok pukul 8 Intan pergi sana tau untuk temuduga."
"Terima kasih akak,"
..........................................
Keesokan harinya, dia bersiap untuk pergi temuduga di syarikat yang disebutkan oleh kakaknya semalam. Dia menaiki teksi untuk ke sana. Setibanya di sana, dia segera mencari sesiapa sahaja untuk menanya tentang selok belok pejabat.
"Saya hendak bertanya di mana tempat temuduga?"
"Sekejap ye. Saya berjumpa Cik Aisya,"
Intan menunggu di tempat yang telah disediakan sementara menunggu Cik Aisya sampai. Tidak lama kemudian,
"Intan Zulaikha eh?"
"ya saya. Eh awak bukan Aisya Humaira ke?"
"Sayalah ni! Awak minta kerja kat sini ke?"
"Haah. Nak tanya bilik temuduga kat mana?"
"Hari ni awak beruntung tau sebab bos kat sini yang temuduga awak. Dia lagi baik daripada penemuduga sebelum ini. Lagipun..."Aisya tidak menyambung kata katanya itu.
"Lagipun apa?"
"Adalah. Jom,"
Sejurus berada di hadapan pintu bilik pengarah besar, Intan diminta untuk segera masuk supaya proses temuduga dapat dijalankan dengan cepat. Sebaik sahaja melangkah masuk, dia terkejut melihat wajah pengarah besar tersebut.