Fantasi : Si Kecil, Nyvia

104 4 0
                                        

Namaku Iris Nasuha. Aku tinggal bersama abangku. Ibu bapaku berada jauh di kota meninggalkan kami dua beradik.

Suasana malam yang semakin kelam membuatkan langkah diorak ke bilik abangku, Feith Iskandar.

"Abang!"

Pintu biliknya kuketuk berkali-kali apabila tiada jawapan. Akhirnya, setelah menunggu 15 minit, wajahnya terjengul disebalik pintu.

"Apahal ni dik? Nak mandi pun tak senang"

Daun pintu dibuka seluas-luasnya membolehkan aku untuk masuk. Terus punggung dihempas ke atas katil miliknya. Feith Iskandar hanya memerhati lagakku dengan mimik muka bersahaja.

"Takutlah duduk dekat ruang tamu"

Aku tayang wajah comel sambil mengerdipkan mata beberapa kali. Kini barulah abangku bergerak menghampiriku.

"Takut apanya? Selama ni okay je?"

Tangannya yang mengusap rambutku sesekali menarik ekor kuda yang elokku ikat. Berkerut mukaku menahan keperitan.

"Takut jugaklah sebelum ni! Tapi tak sangat. Hurmmm"

"Alololo kesiannya adik abang ni. Dah jom abang tidurkan"

Tanganku ditariknya kuat sambil langkah kaki menghala ke arah bilikku yang terletak selang sebuah dari biliknya.

Terbuka sahaja pintu bilikku, mata kami disajikan dengan cahaya kilat yang sedang menyambar. Terus aku memeluk badan sasa milik abangku. Ketinggian yang setakat dadanya membolehkan aku menghilang disebalik badannya yang tegap.

"Abang... Tidur dengan adiklah malam ni"

Aku merayu seraya membenamkan mukaku disebalik dadanya.

"Eh, mana boleh adik. Adik dah besar kena tidur sorang-sorang"

Tangannya masih lagi menggosok belakangku menyalurkan kekuatan. Aku menggeleng disebalik dadanya. Terasa ingin menangis.

"Taknak! Nak tidur dengan abang!"

Aku akhirnya mengongoi bagaikan anak kecil. Feith Iskandar mengeluh perlahan lantas mendukungku dan meletakkan di atas katil. Tangannya beralih ke rambutku. Mengusap perlahan.

"Okaylah. Abang teman adik tidur. Dah, pejam mata"

Terasa tangannya menepuk pehaku. Mengisyaratkan supaya aku tidur. Aku lihat matanya juga hampir terpejam dan akhirnya tangannya berhenti menepuk.

Dummm! Kriekkk!

Sebelum mataku dipejam, aku mendengar bunyi itu. Sekali lagi.

•••

"Abang. Adik ada nak cakap sesuatu"

Mata bulatku memandang wajah Feith Iskandar yang asyik mengunyah roti. Dia menjongketkan keningnya. Kini tumpuannya beralih kepadaku.

"Sebenarnya, setiap malam adik dengar bunyi dekat bilik mendobi. Adik takut"

"Bilik mendobi? Bilik bawah tanah tu?"

"Iya.. Hari tu adik nak pergi mendobi pun adik terdengar. Semalam sebelum adik tidur pun sama"

Selesai sahaja aku bercerita, kepalaku diusap perlahan.

"Malam ni kita pergi tengok, okay?"

Angguk.

•••

Malam yang dinantikan. Aku dan abangku berjalan ke arah pintu yang menghubungkan ruang atas dan ruang bawah tanah.

Pintu ditolak perlahan. Abangku segera mengeluarkan api dari tangannya, menyuluh perjalanan kami.

Kaki menuruni tangga. Seketika, kami telah sampai diruang mendobi.

Kriekkkk!

Bunyi itu kedengaran lagi.

Dalam kegelapan, sepasang mata berwarna hijau berkilauan merenung kami. Aku menelan liurku yang terasa kesat di kerongkong. Pautan pada lengan Feith Iskandar makin erat.

Aku terus mengeluarkan cahaya kebiruan lalu arahkan pada makhluk tadi. Terdengar bunyi meringkis.

"Adik, jangan!"

Feith Iskandar terus menghampiri makhluk tadi dan mengangkatnya. Serta merta mataku membuntang. Comelnya! Badan seperti singa tetapi saiznya sangat kecil seperti kucing dan mempunyai mata yang bulat. Warnanya pun sangat cantik. Biru kehijauan.

Aku terus mengambil dan menggosoknya perlahan sambil mengungkapkan kata maaf. Lantas aku menamakannya Nyvia.

Jadi inilah bunyi yang sering mengganggu dan menakutkanku saban malam.

End

FIESTA APRIL 2018Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang