Ketukkan pintu bertalu-talu kedengaran. Aku bergegas bangun dan pergi ke pintu depan.

Aku mengintai dari tepi tingkap.

Dana? Tapi... Dana dekat-

"Umairah. Bukak pintu!"

Aku menggeleng kepala. "Kau siapa!?" Tanyaku dengan nada kuat.

"Umairah! Ni Dana lah! Bukak pintu! Umairah!"

Jerit Dana sambil mengoncang tombol pintu dengan kuat.

“Taknak. Buat apa aku nak bukak pintu untuk kau,” balas aku dari dalam. Keseraman mula terasa.

“Umairah! Tolonglah! Bukak pintu ni!” makin menggila Dana mengoncang tombol dan mengetuk pintu. Jika Dana seorang lelaki pasti sudah lama pintu tersebut roboh dek angkaranya. Namun, nasib baik Dana seorang perempuan.

“Umairah! Tolonglah. Umairah!”

Aku ketakutan sehingga terdiam tidak menjawab.

Dana makin menggila mengetuk pintu.

Dada aku berombak deras. Bunyi ketukkan semakin bingit menghentak gegendang telinga. Lantas aku menakup telinga dengan kedua tanganku. Peluh dingin jatuh ke pipi.

"U.M.A.I.R.A.H!"

Satu suara garau menerjah ke telinga. Aku tersentak menjerit dan spontan mengesot ke belakang.

Suara siapa tu!?

Dada aku berombak deras. Pernafasan aku tidak teratur. Mata aku liar mencari suara garau tadi.

Tiada.

Peluh di dahi merebes ke pipi. Bunyi ketukan mengila tadi hilang serta-merta!

Kehairanan membuak membuatkan aku bangkit berdiri lalu berjalan mendekati tingkap.

Tiada sesiapa.

Betul ke?

Aku membuka kunci pintu dan menyelak papan pintu dengan perlahan.

Tiada sesiapa.

Hairan. Tadi suara siapa?

"Umairah..."

Aku terperanjat.

Nurani berdiri di depan pintu rumahnya. Nurani merupakan jiran sebelah aku. Sama universiti tapi berlainan fakulti.

"Kau kenapa?"

"Huh..."

"Jerit-jerit dari tadi. Risau aku dengar. Ingat perompak masuk rumah kau?" Nurani berjalan mendekati aku.

"Ta-tak de. Aku..."

Aku tak tahu bagaimana nak ceritakan pada Nurani. Dia akan percaya ke kalau aku cakap aku ada dengar suara 'Dana' kedua jerit suruh bukak pintu?

Nurani menghela nafas.

"Sudah lah. Dah lewat malam ni. Jom masuk. Aku temankan kau." Katanya sambil menolak aku masuk.

Nurani menutup pintu dan menguncinya sekali. Aku perasan dia menghidu sesuatu.

Rumah aku busuk ke?

"Kau masak apa ni? Bau kari lah."

"Kari kepala ikan."

"Oooooooo."

Panjang 'o' Nurani. Dengan wajah gembira dia berlalu ke dapur dan menjengah lebihan kuah kari dalam kuali.

"Kau baru nak makan ke?" Tanya Nurani sambil memandang meja makan yang siap aku hidangkan makanan untuk Dana.

Dana?

Darah aku tiba-tiba naik ke kepala. Nafas aku di tahan.

Mana DANA?

Tiada dia kat sini pun!?

Ke dia terus pergi masuk bilik?

"Miah? Kenapa ni?" Nurani datang mendekati aku. Kerisauan jelas pada wajahnya.

"Dana. Dia ada tadi kat sini. Mana dia? Masuk bilik ke?"

Tanpa membuang masa aku keluar dari ruang dapur menuju ke biliknya. Nurani terpinga-pinga namun cepat saja dia mengekori aku.

Agaknya Dana dengar tak suara seseorang yang ketuk pintu tadi?

Dia mungkin dengar kot. Sebab tu dia masuk bilik. Dia takut!

"Dana. Bukak pintu ni," aku mengetuk pintu biliknya.

Diam.

Tiada tindak balas.

Aku ketuk lagi pintu.

"Dana!"

Nurani memegang bahuku. "Miah. Kau ni kenapa? Ok ke?"

"Dana ni, Ani. Aku risau kat dia. Dia ada masalah. Taknak cakap. Taknak makan. Risau aku," kataku sambil mengeleng kepala. Susah hati aku dibuatnya.

Nurani mengangkat kening.

"Kau ni iish. Buat aku takut lah. Bukan Dana balik rumah family dia ke minggu ni? Tak silap aku sebab ada emergency."

Aku tersentak.

Baru teringat. Bila aku bertanyakan pada Dana kenapa dia bersiap-siap baju dalam beg.

"Umairah. Aku kena balik kampung. Adik aku, Farhan, excident."

Lutut aku terasa lemah. Tanpa sedar aku rebah duduk ke lantai.

"Miah!" Nurani panik datang dekat padaku. Mengusap belakang aku dengan lembut.

Abis tu. Siapa tadi kat dapur? Suara siapa yang memanggil aku?

Jari-jemari aku menggigil. Seluruh badan aku juga menggigil.

Bisik awal tadi terngia-ngia dalam kepala aku.

'Hairan kan.... bila kita terdengar suara lain bermain dalam minda kita...'

SUARA ASINGWhere stories live. Discover now