✨
"NAK blah atau tunggu ?Eiiii..lambat lah!Mana dia nih!"keluh Mell.Hampir setengah jam dia menunggu Afi disitu,batang hidung Afi pun belum kelihatan lagi.
Dia suruh kita cepat tapi dia yang lambat.Inilah lelaki!Kalau kita lambat,dia marah.Ni dia lambat tak apa pulak.
"Baaahhhhh!"Afi menyergah Mell dari belakang.Mell terkejut.Aiskrim di tangannya terjatuh.
"Awak!!!Apa ni?!Kan dah jatuh aiskrim saya."marah Mell.Afi ketawa.
"Haahahahah.Alololo marah ye sayang ?"
"Tak lah!Tak marah pun.SUKA.Nak merajuk lah!"kata Mell.Dia memandang ke arah lain.
"Hm merajuk lah.Saya nak pergi aiskrim dengan awek kat sana tu."usik Afi.
"Haaaaa...pergi lah kalau berani!"Mell mencubit lengan Afi.
"Aduduh!Sakit la awak."
"Tau pun sakit.Nak menggatal sangat kan."marah Mell.Jeles hokayyy!
"Hahahaha saya gurau je.Jom saya belanja awak makan aiskrim.Nak tak ?"
"Jom.Memang awak kena belanja saya pun."
"Eleleh..marah marah pun comel."Afi mencubit lembut hidung Mell.
"Awak!Merahlah hidung saya!"Mell menggosok hidungnya.Lantas mereka berdua ketawa.Bahagia.
✨
MELL tersenyum apabila teringatkan kejadian petang tadi.Dia suka jika dia dan Afi begitu.Gelak ketawa..usik mengusik.Dia bersyukur setakat ini belum lagi mereka bergaduh besar.Cuma gaduh kecil je.
Mell berharap hubungan cintanya dengan Afi kekal sampai ke jinjang pelamin walaupun kini usia mereka baru saja 16 tahun.Mereka sudah matang dan cukup faham apa itu cinta.
Biarpun ramai yang mengatakan cinta di zaman sekolah tak akan kekal lama,namun Mell percaya ajal,takdir,jodoh semuanya di tangan Tuhan.
YOU ARE READING
JIKA KAU JODOHKU✨
RomanceMellina Maisarah dan Afi Syahnan pernah membenci satu sama lain.Namun takdir menentukan segalanya.Mereka akhirnya berkawan dan bercinta ketika usia mereka masih 'mentah'.Tetapi takdir jugalah yang memisahkan mereka.Adakah takdir juga yang menyatukan...
