Yeri berfikir. Pada masa yang sama, dia risau. Takkanlah dia kena pergi sana dengan perut dia yang tengah sarat nih.

"Boleh tak, Yeri? Hal urgent, nih"

"Hmm, oklah. Saya pergi sana"

"Ok, nak saya ambil awak?"

"It's okay. Saya drive ke sana"

"Ok, thank you. Thank you so much"

"Ok"

Yeri mengeluh. Dia memegang perutnya. Satu helai kertas berserta pen yang berada di atas meja dia ambil. Dia tulis satu nota lalu tampalnya pada peti sejuk di dapur. Dalam nota itu, dia memberitahu Wendy tentang Taehyung.

******

"Taehyung?"

Taehyung yang berada di depan keretanya memalingkan badannya ke arah Yeri. Wajahnya mula ceria apabila melihat Yeri.

"Yeri, thanks for coming"

"It's okay lah. Lagipun nih hal urgent, kan?"

Yeri mengambil kunci pendua dari begnya. Taehyung mengikut Yeri dari belakang. Kunci yang dipegang oleh Yeri tadi membuka pintu rumahnya dengan Baekhyun.

"Masuklah. Saya tunggu kat luar"

"Eh, awak masuklah sekali. Nanti kalau ada apa-apa hilang, saya pula yang awak tuduh. Maklumlah, saya kan jahat"

Taehyung ketawa. Yeri tersenyum pahit. Setelah mendengar Taehyung berkata macam tuh,Yeri mula rasa tak sedap hati.

"Haishhh ada ada jer awak nih"

"Jomlah masuk sekali. Alaaa Baekhyun tak marahlah. Saya kan adik dia"

Yeri mengangguk perlahan. Taehyung tersenyum. Yeri dan Taehyung pun masuk ke dalam rumah.

"Barang awak tuh kat mana?"

"Dekat atas. Bilik utama. Bilik awak dengan Baekhyun, kan?"

"Ahhh...ya. Awak naiklah. Saya tunggu bawah"

Taehyung berdecit kecil. Dia menyilangkan tangannya.

"Awak nih macam takut dengan saya jer. Baekhyun suruh awak jauhkan diri dari saya ke apa? Hmm?"

"Eh, no. Bukan macam tuh. Awak pun tahu kan, tak manislah saya berdua-duaan dengan awak. Lagipun, saya dan Baekhyun dah kahwin. Bakal kurniakan anak dah pun"

"Hei, ke situ pula awak fikir. Saya tak buat apa-apalah kat awak. Lagipun saya rasa pintu tuh berkunci. Maklumlah, Baekhyun kan tak suka orang lain sentuh barang dia. So, awak ikutlah sekali"

Yeri memegang tengkuknya. Rasa serba salah juga.

"Ok lah, jom"

Yeri mengikut Taehyung dari belakang. Apabila tiba di bilik Yeri dan Baekhyun, Yeri ingin memulas tombol pintu. Tapi, benar kata Taehyung. Pintu tuh berkunci. Tapi pelik, Baekhyun pergi selepas Yeri. Bila masa pula Baekhyun kunci sedangkan last orang duduk dalam rumah nih ialah Yeri.

"Why? Tak percaya?"

Yeri senyum pahit ke arah Taehyung. Dia pun memasukkan kunci lalu membuka pintu tersebut. Taehyung dan Yeri masuk ke dalam bilik tersebut.

"Mana barang awak?"

"Hmm, kat atas tuh kot. Awak duduklah dulu. Awak tuh mengandung"

Yeri mengganguk perlahan. Lalu, dia labuhkan punggungnya di atas birai katil. Perutnya yang sarat dia pegang. Rindu pula dia dengan Baekhyun. Wangian Baekhyun memenuhi bilik ini.

[C]Am I In The Contract? (Baekhyun's malay fanfiction)Where stories live. Discover now