20

801 102 42
                                    

Buat kali yang ke 4 dia memandang kebelakang. Entah apa yang hatinya harapkan sehinggakan dia sanggup menyakitkan lehernya sendiri berpsing memandang kebelakang berulang kali. 

"Sehun"

"Hmmm.." 

"Betul kau nak pergi ni ?" Dipandang Sehun yang sudah bersiap sedia dengan passport di tangan kanannya. Tersenyum nipis dia (Sehun) apabila melihat reaksi gadis genit dihadapannya itu. 

"Auchh my JaeJae tak nak lepaskan Sehun yaa" diserabutkan kepala JaeHee dengan tangan lelakinya. Diramas-ramas rambut depan JaeHee tanpa ada perasaan bersalah wujud dalam hatinya. 

"YAHHH ! orang tanya ni dia main-main pula ! Sudahlah diangkutnya kita sekali join dia lari" ditepis kasar tangan milik Sehun. GERAM ! Dasar bodoh OH SEHUN ! orang serius dia boleh main pula.

"Sorry my dear" Tersengih dia (Sehun) apabila melihat reaksi JaeHae yang sudah mucung sambil membetulkan rambut hadapanya. 

"JaeHee.."

Dipandang wajah Sehun yang sudah berubah riak itu. Tiada lagi senyuman mengusiknya. Berkerut dahinya apabila memandang kelakuan Sehun yang berubah secara drastatiknya. 

"Saya dah buat pilihan."

"Ini pilihan awak ?" berkerut dahinya apabila medengar soalan dari mulut JaeHae.

"Maksud awak apa JaeHee ? Saya tak faham" 

"Maksud JaeHee awak nak lari dari masalah ?" Suara milik seseorang membuatkan Sehun tersetak. Kenal benar dia dengan pemilik suara tersebut. Dipusingkan badannya agar memudahkan dia melihat insan yang bersuara itu. 

"InJeong..Saya"

"Awak apa ? Sehun please saya mohon abaikan saja amaran Chanyeol tu. Dalam hati awak tu, awak suka Mi Ran kan.." Tembak InJeong. 

Diam . 

Sehun sendiri tidak berani melawan kata-kata dari InJeong. Soal hati dia buat Mi Ran dia sendiri tidak dapat kenal pasti. 

"Awak tak kesian dengan Mi Ran ?"

"InJeong , Luhan.."

"Awak fikir Mi Ran akan terima Luhan ?"

"Tak awak tak faham...anak tu anak Luhan. Luhan layak mendampingi Mi Ran bukan saya. Saya hanya manusia yang bantu Mi Ran sahaja"

"PENERBANGAN KE AMSTERDAM LAGI 15 MINIT..."

"InJeong.. Maaf saya pergi dulu . JaeHee jom" Tanpa menunggu balasan InJeong ditolak troli begnya menuju kearah gate yang telah dimaklumkan sebentar tadi. Lagi lama dia berada di situ lagi berat hatinya untuk meninggalkan korea. 

"InJeong kau jangan risau , aku akan tengok-tengok bos bodoh aku tu. Kau kat sini jaga diri. Apa-apa kau skype atau email aku ya." Dikejarnya Sehun yang sudah jauh dihadapan. Ditinggalkan InJeong yang masih lagi berdiri tidak bergerak itu. 

"Tapi Mi Ran suka kau" Ayat yang tidak sempat diungkapkan buat Sehun dibiarkan bergitu sahaja. 

_______________________

"Mi Ran.." Suara garau sang lelaki memanggil namanya (Mi Ran) . Membuatkan dirinya (Mi Ran) berhenti dari mengelamun.

"Nae ?"

"Apa yang awak termenungkan tu ?"

"Errr...tak ada apa. Awak nak bawak saya pergi mana ?"

"Shopping" Tersenyum dia apabila memberitahu hasrat mengapa dia membawa gadis bunting itu keluar. 

17🍒 - DIA LELAKI IDAMAN [COMPLETE]Onde histórias criam vida. Descubra agora