Kisah ini bermula sejak zaman aku kecil lagi. Mak dan ayah telah pindah tinggal berjauhan daripada ibu bapa mereka kerana wujudnya kisah antara dua darjat. Datuk sebelag emak sangat sayangkan cucu-cucunya namun terlalu membenci kepada ayahku yang dianggapnya sebagai pemalas. Datuk ku memang seorang yang sangat rajin. Aku beri satu contoh yang sangat jelas, apabila dia sedang menanam padi di tengah sawah, dia akan makan nasi sambil berdiri sahaja di tengah panas. Tidak boleh duduk di tempat teduh kerana ditakuti akan jadi selesa dan mau tidur. Punyalah rajin tahap bapak kau tuh. Tak hairan lah jika dia tak suka dengan ayahku. Ayah lahir dalam keluarga berpecah belah jadi dia selalu suka hidup mengikut cara dia sendiri. Dia tak kisah pun dengan tata susila orang lain. Ayahnya meninggal sejak usianya 7 tahun , selepas itu dia selalu bertukar tangan dengan keluarga angkat sehingga di bawa ke Siam dan di ajar menorah getah pada usia 9 tahun. Itu serba sedikit nak terangkan pergaduhan antara anak menantu mentua diantara mereka.
Suatu masa semasa aku berusia 5 tahun, atuk dan nenek mencul di depan pintu rumah kami dengan motosikal Boon Siew Honda zaman dulu. Dan aku percaya atukku yang rajin itu adalah orang pertama memiliki motosikal itu dalam kampung kami. Atuk dan nenek tak mau bermalam di rumah kami tetapi meminta untuk membawa balik salah seorang cucu kononnya untuk menemankan nenek yang sedang sakit. Pada masa tu mak dan ayah memiliki 4 orang ank, dua akak , aku dan adik lelakiku. Jadi nenek telah memilih aku untuk di bawa balik. Aku yang tak tau apa-apa masih bodoh-bodoh alang ni seronoklah dapat naik motosikal jalan jauh plak tu. Tambahan pula rumah nenek selalu makan sedap-sedap, ikan besar-besar, ayam daging , bukan macam rumah mak dan ayah yang selalu kekurangan duit.
Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang sejam, agak jauh juga lebih kurang 30km kot. Sepanjang jalan pada masa itu adalah semak samun atau hutan saja. Sepanjang perjalanan tidak ada sangat kenderaan kerana zaman 70an lebih ramai yang jalan kaki saja kerana basikal dan motosikal masih dalam kategori benda mahal. Sampai saja di Pekan berdekatan dengan kampung atuk, dia singgah sekejap beli biskut dan kuih-kuih agaknya takut cucunya kepuasan duduk dirumah yang jauh daripada rumah orng lain tanpa teman tu. Selepas tu perjalanan diteruskan melalui jalan tanah merah yang berlopak-lopak melalui semak pohon kemunting dan juga pokok-pokok renek. Kemudian motorikal atuk membelok ke kanan melalui jalan atas tanah biasa . Pada masa ni hutan sudah mula tebal, pokok getah tua yang besar melingkungi jalan nampak gelap dan agak menyeramkan. Tidak sampai 5 minit atuk membelok tetiba seuatu benda seperti kayu balak berwarna hitam melintangi jalan yang kami bakal lalui. Atuk menghentikan motosikalnya ditepi sebuah pokok getah yang sangat besar, lebih dari 2 pemeluk agaknya, dan memerhatikan benda hitam yang nampak seolah-olah bergerak-gerak diatas jalan itu. Tetiba
Dummm .. nenek tetiba pengsan. Kelam kabut atuk menungkat motosikalnya dan mengangkat nenak dibawanya baring di atas rumput tepi jalan sebelah dengan pohon geah besar itu.
"kau tunggu sini, atuk gi panggil orang" ujar atuk kepadaku. Aku yang baru berusia 5 tahun rasa sangat takut macam nak menangis. Tapi aku takut nak membantah sebab atuk ni bengis nak mampus. Jeritannya saja boleh buat cucu-cucunya terkencing. Atuk berjalan perlahan-lahan untuk melintasi balak yang melintangi jalan itu, namun yang lebih mengerikan semakin lama balak itu semakin mengecil dan tampaklah ujung ekor ular. Alamak...aku kembali ketakutan, kepala tak nampak , kan main lama dia nak melintas jalan, kalau datang dekat ni ular tu boleh telan aku dan nenek sekali ngap jer.
Tapi atauk aku meneruskan perjalanan ke depan dengan berjalan kaki sahaja. Lebih kurang 20 minit kemudian datang dengan seorang lelaki dan 2 orang perempuan , seorang tua dan seorang muda.
Wanita tua itu terus terkumat kamit mulutnya ke arah nenek yang masih pengsan. Aku yang memangku kepala nenek rasa nak tercabut jantung kerana ketakutan, walaupun baru berusia 5 tahun namun aku selalu mendengar ayah suka bercerita tentang hantu kepada ibuku sebagai hiburan malam-malam hari. Aku mengigil sambil memegang kepala nenek. Dah rasa nak terkencing dan menangis. Tapi aku takut mau menangis sebb atuk aku dah ada sekali. Wanita yang lebih muda itu menggosok-gosok kepalaku lalu mengambil alih memangku kepala nenek. Aku dengar atuk dan lelaki tu berbicara tentang emaknya yang merupakan seorang bidan. Mat Ali dan isterinya ramlah adalah anak dan menantu kepada bidan tersebut. Tidak lama kemudian aku dengar bidan itu menjerit,
"dah jangan kacau dialah. Dia lalu sini sebab nak balik rumah dia"
"kenapa kau sebok"
" itu hal kau dengan keturunan dia, tak de kaitan dengan dia ni"
:tak boleh"
Aku tak faham, makcik bidan t uterus bercakap seorang diri, sambil diperhatikan oleh Atuk dan pakcik tu.
Tidak lama kemudian, nenek sedar. Dia bangun dan bersalaman dengan mak bidan tersebut.
YOU ARE READING
AMUKAN SAKA
HorrorKISAH TENTANG PENGALAMAN KANAK-KANAK , SEORANG CUCU KEPADA NENEK YANG MENERIMA SAKA SECARA PAKSAAN DARIPADA KETURUNANNYA.
