Ya Allah!!Apa dah jadi?

Kenapa aku ikutkan kata hati ni..Aku cuma nak tahu siapa lelaki yang bersamanya..Itu je.

Kau suka dia ke,Fiq?

Otaknya menyoal.Aku menepis soalan itu.Argh!!Aku ada Sofia!Kenapa aku perlu fikirkan dia yang tak ada kena mengena dengan salah silah hidup aku?

Tapi hatinya mengatakan sebaliknya.

Aku akhirnya berhenti dekat tasik.Aku keluar dan duduk menyandar di hadapan kereta.

Kenapa dengan aku?Aku dah jatuh cinta dengan dia ke?

Tak mungkin!!!Ego mengatakan sebaliknya.

Aku meraup wajah berulang kali.

'............Huh!!Kau tak reti bezakan yang mana kaca dan yang mana permata!'

Masih terlegar legar ungkapan Kamil tempoh hari.Semakin kusut fikiranku.

Sudahlah Kamil dan Zulaikha seperti menjauhi dirinya saja.

Kerana siapa?

Sofia..

'..........Dia bukannya nak kat kau..Dia cuma nakkan harta kau je..Tengok dulu masa dia tinggalkan kau..Sebab apa?Dia cakap kau curang dengan Dhia bagai..Padahal masa tu syarikat kau hampir muflis!Kau ingat tak?!'

Kata kata Zulaikha kembali menerjah lagi di mindanya

Aku mencengkam rambut.

"Assalamualikum,nakk.."

Aku terkejut.Aku menoleh.Seorang Pak Cik berjubah putih.Macam orang masjid.Bersih serta bersinar wajahnya.Aku segera bangun lalu menyalam tangannya.

"Waalaikumsalam,pak cik"

"Nama pak cik..Akob.Panggil je Pak Akob.Pak Akob tengok kamu macam tertekan saja.Kamu siapa?"

Sayangku Cik Arkitek ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt