CHAPTER 2

330 46 17
                                    

Deruan enjin kereta Encik Kang menyebabkan Seong Woo yang berada di dalam bilik bergegas gegas menuju ke pintu masuk rumah.Seong Woo tidak dapat tidur dengan nyenyak semalam kerana terlalu risaukan Daniel.Dia betul betul berharap appanya berjaya menemui Daniel.

"Mana Daniel?" soal Seong Woo apabila mendapati Daniel tiada bersama Encik Kang.Appanya hanya diam saja dan melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Seong Woo.Seakan akan dia tidak menyedari kehadiran Seong Woo di situ.

"Appa,mana Daniel.Appa cakap appa nak bawa balik Daniel.Appa tipu.Appa memang tak guna.Disebabkan appalah Daniel hilang.Seong Woo benci appa!" jerit Seong Woo sambil menangis teresak esak.Yang dia tahu sekarang dia hanya mahukan Daniel.Daniel satu satunya adik yang dia ada,yang paling dia sayang.Tanpa Daniel,bererti dia akan keseorangan.

"APPA DAH CARI DANIEL TAPI TAK JUMPA.BOLEH TAK SEONG WOO JANGAN BUAT APPA KUSUT MACAM NI!"tengking Encik Kang gagal mengawal kesabarannya.Fikirannya betul betul bercelaru.Dia buntu di mana lagi dia harus mencari Daniel.Laporan kepada pihak polis mengenai kes kehilangan Daniel sudah dibuat.Itu tidak bererti dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan masalah ini.Dia takan berdiam diri.

"Appa jahat!Appa jahat!" Seong Woo berlari anak menuju ke biliknya.

"Kamu sabar ya!Kejap lagi mesti pihak polis jumpa Daniel!" Omma Encik Kang menepuk lembut bahu anaknya itu.Hilang anak bukannya benda main main.

"Omma boleh tak tolong tengokkan Seong Woo.Saya nak keluar kejap.Ambik angin!" balas Encik Kang.

"Nae!Tapi kamu makanlah dulu.Dari semalam lagi kamu belum jamah makanan." Ommanya risau kesihatan Encik Kang akan terganggu disebabkan terlalu memikirkan masalah ini.

"Takpelah.Saya takde selera!" Encik Kang mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah.2 minggu lepas dia hilang isterinya dan sekarang dia hilang Daniel.Nasib malang tidak henti henti menimpa keluarganya.

*    *    *    *

2 biji roti berjaya dihabiskan oleh Daniel.Dia betul betul lapar nampaknya.Mungkin dari semalam lagi dia tidak makan.

"Makan perlahan lahan ye.Nanti Daniel tercekik!" kata wanita itu sambil menghulurkan segelas susu panas pada Daniel.Daniel menyambutnya tanpa segan silu.

"Gumowo ahjumma Jung!"ucap Daniel.Dia rasa betul betul kenyang.

"Daniel rehatlah dulu.Ahjumma nak masak kejap!"Ahjumma Jung turun dari katil dan keluar dari biliknya.Buat masa sekarang,Daniel akan tinggal di rumahnya buat sementara waktu.Mungkin dalam beberapa hari lagi dia akan membuat laporan pada pihak polis mengenai Daniel.

"Berapa lama lagi budak tu nak tinggal dengan kita hah?" Sebaik saja Ahjumma Jung keluar dari bilik,Ajusshi Jung datang menerjah ke arahnya.

"Bagilah Daniel tinggal sekejap kat sini.Oppa tak kesian ke kat dia."Ajusshi Jung memang tidak suka Daniel menumpang di rumahnya.Kehadiran Daniel menyebabkan perbelanjaan harinya meningkat.

"Tak boleh.Budak tu bukannya anak kita.So,bukan tanggungjawab kita untuk jaga dia.Kita ni dah la hidup miskin." tegas Ajusshi Jung dengan sikap keras kepalanya.Padahal,semua makan dan minum mereka berdua ditanggung oleh Ahjumma Jung sendiri.Ahjumma Jung bekerja sebagai penjual barang runcit manakala Ajusshi Jung hanya tahu goyang kaki di rumah.

"Tapi....."

"Esok hantar budak tu kat rumah penjagaan anak anak yatim!"Keputusan muktamad suaminya itu tidak boleh dibantah.Nak tak nak,Ahjumma Jung terpaksa akur.

*    *    *    *

" Daniel tukar baju ye.Tak payahlah pakai baju ni lagi.Dah busuk!"Ahjumma Jung menghulurkan sehelai baju t-shirt biru bercorak gambar kartun Pororo pada Daniel.

"Wah....comelnya baju ni!" Daniel nampak betul betul gembira.Segera disarungkan baju itu pada tubuhnya.Dia membuat thumbs up.Muat!Tak ketak dan tak longgar.

"Suka tak?"

"Nae!" Dia menganggukkan kepala.Ahjumma Jung tergelak kecil melihat telatah Daniel.Mata wanita itu kelihatan merah sebelum beberapa titis air jernih mengalir keluar.

"Kenapa ahjumma nangis?" soal Daniel pelik.

"Ahjumma rindukan anak ahjumma.Bila ahjumma tengok kamu mesti ahjumma teringkatkan dia!" luah Ahjumma Jung.Kedua dua belah tangan Daniel digenggam erat.Tubuh kecil Daniel ditarik ke dalam pelukannya.

"Mana anak ahjumma?Boleh tak Daniel nak jumpa dia!"

"Dia dah takde.Dia dah meninggal dua tahun lepas akibat kemalangan.Baju yang Daniel pakai ni adalah baju dia!"

"Omma Daniel pun dah takde.3 minggu lepas appa bawa omma Daniel ke hospital.Appa kata omma sakit.Omma langsung tak sedarkan diri dan lepastu Doktor cakap omma dah pergi jauh.Daniel rindu nak main kejar kejar dengan omma dan Seong Woo."ujar Daniel.

"Seung Woo tu sape?"

"Abang Daniel.Dia baik sangat.Seung Woo hyunglah yang selalu teman Daniel main!"Agak lama Daniel dan Ahjumma Jung berbual bual.Wanita itu nampaknya sangat berat untuk melepaskan Daniel pergi.Dia sudah menganggap Daniel sebagai anaknya sendiri.

" Maafkan omma Daniel!"

*    *    *    *

Kereta yang dipandu oleh Ajusshi Jung berhenti di hadapan sebuah rumah banglo besar 3 tingkat.

"Bawa budak tu masuk ke dalam sekarang!" arah Ajusshi Jung dingin.Ahjumma Jung menolak pintu kereta dan keluar dari perut kereta bersama sama Daniel.

"Ahjumma,kita nak pergi mana ni?" Daniel menyoal sambil matanya memerhati kawasan sekitar rumah tersebut.Ada sebuah taman permainan dan kelihatan beberapa orang kanak kanak seusianya sedang seronok bermain di sana.Mereka melambaikan tangan ke arah Daniel.

"Nilah rumah baru Daniel.Kat sini Daniel akan dapat ramai kawan." Ahjumma Jung memimpin Daniel masuk ke dalam rumah itu.Seorang wanita  tua bersama beberapa orang kanak kanak menyambut kedatangan mereka.

"Daniel jaga diri elok elok tau.Jangan nakal nakal.Ahjumma sayang Daniel sangat sangat!" Pipi montel Daniel dipegang.Dahinya dikucup lama.Untuk kali terakhir Ahjumma Jung memeluk Daniel erat.Dia sudah menganggap Daniel seperti anaknya sendiri walaupun hanya sekejap saja dia kenal Daniel.

"Daniel pun sayang Ahjumma.Ahjumma pun nak tinggalkan Daniel ke?" soal Daniel sambil memaut erat lengan Ahjumma Jung seperti tak mahu dilepaskan.

"Selamat tinggal!"Ahjumma Jung melepaskan tangan Daniel pada lengannya.Dia terus melangkah keluar dari rumah tersebut.Daniel mahu mengejarnya tapi wanita tua itu menghalang.

"Ahjumma!Ahjumma!"

"Maafkan omma Daniel!"

Vote and comment.

BEAUTIFUL-[wannaone]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant