Collateral (18SG)

244 7 0
                                    

Warning:18SG (Seram, Ganas: “Violence and Horror/Terror”) – Story may contain strong violence, gore or horror/terror people may find objectionable
Hujung bulan, kau yang dari tadi hanya duduk termenung, menghadap komputer. Kerja sudah siap semuanya. Tak buat apa-apa. Hanya memikirkan hal-hal remeh hidup. Baru kau teringat yang isteri kau ada menghantar pesanan ringkas di telefon bimbit kau, kau belum baca. Telefon bimbit dicapai. Telefon bimbit kau yang skrin retak seribu itu sedikit sukar untuk di unlock. Kau baca pesanan isteri kau.

‘Abang, balik nanti beli bahan basah apa-apa sikit ye..Izzah nak masak.Kerja elok-elok. Syg abg..’

Seen. Blue tick. Tanpa reply.

Aku mengeluh sebentar, tali leher yang seakan mencekik leher itu dilonggarkan sedikit. Kau capai beg duit, perlahan-lahan dibuka. Ada lagi RM 110. Kau periksa baki credit card, namun hampir mencapai limit. Hampeh betul!

‘Macam mana nak tahan lagi seminggu lebih ni? Haihhh..’

Perit betul rasanya bila tiada wang . Lagi perit bila anak, isteri perlu disuap. Kalau kau masih bujang macam dulu tak jadi masalah. Makan pun boleh dicatu. Tapi sekarang? Pampers, susu anak, pakaian isteri? Kau berdoa dalam hati, supaya tiada apa-apa masalah berlaku sehingga tiba waktu gaji masuk. Tiada sakit demam, tiada kerosakan apa-apa.

Jam di dinding pejabat dilihat. Sudah pukul 6.30 petang. Dengan kaki yang berat kau melangkah keluar dari pejabat. Menahan segala resah di hati. Biar kau sendiri yang tanggung. Asalkan kau tahu, anak isteri kau bahagia. Kau capai telefon bimbit.

‘Ok syg, abang belikan nanti..Tunggu ye..’
Sent. Delivered.

Topi keledar disarung ke kepala. Sebelum naik motorsikal, kau buka seat, check minyak petrol masih ada lagi atau sebaliknya. Maklumlah, motosikal usang dari zaman kau belajar lagi, meter minyak sudah rosak tapi masih berjasa. Minyak masih ada, tapi tak banyak, mungkin bertahan sampai ke rumah. Sekali lagi kau mengeluh panjang. Huhhhhh.. Minyak dah lah naik lagi. Nasib lah. Tawakkal.
Sebelum kau sampai di rumah, sempat dulu singgah di kedai Acheh, untuk membeli bahan basah seperti yang dipesan isteri.

‘Bang, ayam separuh, potong kecik-kecik ye, sayur ni timbang kejap’.

Kau berkira-kira dalam berbelanja. Mungkin apa yang kau beli ni cukup untuk dua-tiga hari sahaja.

Tiba-tiba bahu kau ditepuk dari belakang. Kau toleh. Kau terkejut. Kawan kau yang sudah lama tidak menonjolkan diri, kini terpacul di depan mata.

‘Adam! Dari mana muncul ni?? Lama tak nampak!’ kau memeluk erat rakan baik kau itu melepaskan rindu.

‘Juri, my best friend.. aku dah lama cari kau la..hahaha..’ Adam membalas pelukan kau.

Setelah berbual-bual kosong. Adam menawarkan untuk membayar segala barang yang dibeli kau. Lalu kau menambah lagi dengan beras sekampit. Dah alang-alang kawan nak belanja, kau gunakan peluang itu. Lain benar nampaknya Adam sekarang. Bergaya, segak, kemas dan nampak seperti orang ada-ada. Kau mula bertanya.

‘Adam, kau kerja apa sekarang ni? Bergaya aku nampak? Jual ayam ke?haha..’

‘Aku ada bisnes sendiri la Juri. Boleh la cari makan sikit-sikit.’

‘Bisnes ape? Taknak pakai pekerja ke? Aku nak join..haha’

‘Ko bukan dah keje ke Juri? Ko keje tempat lama lagi kan?’

‘ Yelah, aku dah sangkut kat situ Dam.., gaji pun ciput, tak naik-naik..haih’

‘Macamnilah Juri, ko ambik nombor telefon aku, kau balik nanti, fikir dulu… Kalau kau nak kerja dengan aku, jadi partner aku, kau roger saja aku.. Amacam mau? Free jer… Janji ko ikut aku, jangan banyak kecah, jangan banyak soal..’

Fiksyen ShashaWhere stories live. Discover now