"Arghhh! Boring nak mati wehh. Bercuti, jom!" Ujar Aina. Dia menghirup sedikit minuman di hadapannya. Dipandang dua kawannya, Asyikin dan Fuzah.
"Kau nak pergi ke Uza?" Astrid menyoal rakannya. Fuzah berfikir seketika.
"Okaylah. Kita pergi. Kau ke Ikin?"
Asyikin membuat thumbs up.
"Kita pergi pantai." Aina mencadangkan tempat pilihannya.
"What?! Tu setakat berkelah boleh la." Asyikin menggulingkan matanya.
"Bukan la. Maksud aku, kita pergi kat pulau. Nak? Menjelajah and mengembara. Wuhuu!" Aina mengangkat tangannya ke udara.
"Hmm. Aku setuju. Kat mana?"
Aina membalas. "Ada pulau yang aku tengok kat hujung pantai. Kita naik guna bot? Amacam? Ada bran? Aku dengar situ tak ada orang pergi lagi.
Asyikin menjadi teruja. "Okay. Kita pergi esok. Nak bawak baju ke?"
"Tak payah la. Bawak diri sudah la. Nanti kecemasan susah pula nak membibit beg baju. Kita pergi pagi, balik pagi keesokkan. Okay?"
"Sip!"
"Dah siap?" Aina menyoal.
"Dah. Kau dah tempah bot ke?" Asyikin memandang Aina lalu beralih memandang jam di tangannya.
"Dah. Semua dah beres. Jom la. Aku tak sabar gila ni. Gila pun lagi tak sabar tau. Hahahaha." Mereka bertiga ketawa.
Bot dinaiki. Uza sebagai pemandu bot segera membelah laut tenang. Mereka bersorak riang.
Tiba di sebuah pulau terpencil yang hijau dengan flora dan fauna.
"Jom!" Asyikin mendahului mereka.
"Amboi, gelojoh bebenor nampak." Uza mengusik.
Mereka berjalan seiringan. Tangan diletakkan bahu sesama sendiri. Bukit curam mula didaki dengan hati-hati.
Asyikin berhenti melangkah tiba-tiba.
"Asal weh?"soal Uza.
"Lubang besar la. Kena seorang dulu la lompat. Aku lompat dulu la." Asyiki n menjenguk lubang besar itu. Lalu dia, melompat melepasi lubang itu dengan baik sekali.
"Na, kau pulak." Tangan dihulur kepada Aina agar memudahkan lompatan. Aina juga dapat melepasi lubang. Kini, tinggal Uza sahaja yang masih berada di seberang antara kawannya.
"Uza, cepat lompat. Aku sambut. Kau jangan risau." Aina memberi kata semangat.
Uza sudah mula ragu akan kebolehannya untuk melompat melepasi lubang itu. Silap langkah habis riwayat dia.
Kaki di buka luas. Lompat! Tangannya berjaya disambut oleh Ikin dan Aina. Ñamun, dia merasakan kakinya di atas batu kecil yang bergoyang. Batu itu bergolek jatuh masuk ke dalam lubang. Kakinya juga hilang keseimbangan lalu menjunam masuk ke dalam lubang besar itu.
"Uza!"
Adoii. Sakitnya belakang aku! Dilihat sekelilingnya. Penuh dengan kegelapan. Dia mulai rasa takut.
Tanpa berfikir panjang, Ikin segera melompat masuk.
Badan Ikin selamat mendarat di atas tanah yang kotor. Baju ungunya kotor akibat tanah yang melekat.
"Uza!" Sejurus melihat kawan baiknya, dia terus memeluk Uza.
"Kau okey? Tak cedera kat mana-mana kan?" Tubuh Uza mula dibelek. Bermula dari kepala hingga kakinya.
"Korang okey?" Suara Aina bergema.
"Okey. Kau pergi cari bantuan la, Na!"balas Uza.
Tidak lama kemudian, Aina muncul dari lubang yang sama dimasuki oleh mereka berdua.
"Kan aku dah suruh kau cari bantuan."
"Kita kan sahabat. Susah senang sama-sama. Aku takkan tinggalkan sahabat aku dalam susah." Terharu mendengar kata-kata Aina, mereka berpelukan sendiri.
"Macam mana nak keluar?"soal Ikin selepas melepaskan pelukan mereka bertiga.
"Entah." Uza dan Aina mengangkat bahu.
"Jom la jalan dulu." Mereka bertiga berjalan perlahan-perlahan menyusuri jalan yang tidak diketahui mereka.
STAI LEGGENDO
PUTRI DUYUNG (Slow Update)
FantasyUza, Ikin dan Aina. Tiga sekawan yang gemari aktiviti lasak dan suka mengembara. Di pulau yang misteri, mereka telah terkena sumpahan Dewa Bulan kerana mereka bertiga telah berada dalam air yang terkena cahaya bulan yang jatuh tepat ke dalam air. U...
