Kainar 54: I Decided To Live For Both Of Us

En başından başla
                                    

Pengacara iaitu Cikgu Mel sekali lagi naik ke atas pentas.

"Err, terima kasih atas ucapan yang memberansangkan tuan pengetua. Seterusnya ialah ucapan dari Raja Lancer. Tetapi baginda tidak dapat menghadiri majlis ini. Jadi, kita mempersilakan wakil Raja Lancer, Lord Of Guardian bagi bandar ini untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.."

Semua murid memandang sesama sendiri. Ini kerana mereka tidak pernah tahu siapa Lord bagi bandar ini.

"I'm sorry! I'm late!" Seseorang berdiri di pintu masuk dewan utama. Semua mata tertumpu pada orang itu.

Rata-rata yang melihat ke arah orang itu terkejut. Ada juga yang melopong. Mereka kenal akan orang itu. Yang membezakan ialah, orang itu memakai kot khas untuk para guardian. Rambutnya yang merah itu ada sedikit berwarna putih di atas mata sebelah kiri. Orang itu berjalan dengan selamba.

Emily ada orang yang paling terkejut apabila melihat orang itu.

Orang itu naik ke atas pentas. Dia melihat kesemua murid dengan sengihan di bibir.

"Apa khabar murid sekalian? Terutama kepada murid tahun akhir. Kalian sihat?" Suasana di dewan sunyi.

"Baiklah, seperti yang kamu ketahui, saya ialah wakil Raja Lancer. Saya akan perkenalkan diri saya. Nama saya ialah Aizel Neifelheim. Lord Of Guardian bagi Bandar Aster." Semua murid tahun akhir terkejut. Ialah, siapa yang tak terkejut. Orang yang mereka anggap sebagai murid rupanya adalah seorang Lord!

Emily hanya memerhati apa yang Aizel ucapkan. Fikirannya kini kosong. Apa yang Aizel ucapkan tidak masuk di telinganya.

"Baiklah, itu sahaja ucapan saya. Terima kasih.." Emily tersentak apabila Aizel turun dari pentas lalu keluar dari dewan itu. Dia memandang Amy dan yang lain. Rata-rata mereka juga masih terkejut. 3 bulan lalu, Aizel disahkan terkorban dan sekarang? Aizel muncul di hadapan mereka.

"Its is a miracle?" Soal Neil dengan tidak percaya. Emily segera keluar tanpa menghiraukan majlis graduasi itu. Dia segera berlari menuju ke atas bumbung sekolah. Nalurinya kuat mengatakan bahawa Aizel berada di situ!

Tekaannya tepat apabila Aizel berada di atas bumbung sekolah. Aizel berdiri membelakang Emily sambil menyeluk kedua tangan ke dalam poket seluar. Angin sepoi-sepoi bahasa membuat rambut Aizel beralun lembut.

"Why?"

Aizel segera menoleh apabila mendengar suara Emily. Dia tersenyum lembut. Senyuman itu! Ya senyuman itu membuat air mata Emily bergenang!

"Why you was here?"

"Why? Just to see you."

SHRRAAKKK!!

Aizel segera mengelak apabila satu ceracak ais menuju ke arahnya.

"Awak jahat Aizel! Mati-mati saya ingatkan awak mati! Kenapa awak tak mati saja!!" Ceracak ais masih lagi menyerang Aizel. Remaja itu hanya tersenyum. Dia tahu Emily pasti marah.

"I know! I'm sorry ok?"

"I won't forgive you forever!!"

Aizel tetiba hilang lalu muncul di hadapan Emily. Remaja itu terkejut! Belum sempat dia berbuat apa-apa, dia terasa badannya dipeluk.

"I'm sorry okay? It was my fault." Ucap Aizel dengan nada berbisik. Emily hanya terus menangis di pelukan Aizel.

"Awak jahat Aizel. Kenapa awak mesti buat saya terseksa begini?" Soal Emily membalas pelukan Aizel.

"You know? I was death at that moment. But god give me third chance to live again. Oh god! How I miss to see you again?" Balas Aizel.

"Still, awak jahat pada saya!"

"Yeah! Saya tahu saya jahat. But, I'm here now. To see my precious person right now." Ucap Aizel dengan nada romantik.

"But-"

Belum sempat Emily membalas, satu ciuman terasa dibibirnya. Dia terkejut namun tidak melawan.

"Just quite okay? If not, I will kiss you again." Kata Aizel tersenyum. Muka Emily memerah.

"I love you so much, Emily. You are my most precious person in this world. From now I swear, I will protect you with my body. And.."

"And?" Soal Emily.

"I made decision.."

Aizel mengusap pipi Emily. Rambut yang menutup dahi remaja itu diusap ke atas lalu dahi Emily dikucup lembut oleh Aizel.

"I decided to live for both of us.."




~Fin~

THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin