💞 LPD | ENDING

1K 64 13
                                        

IRIS NAHAIRA

Pandanganku mengabur. Terasa panas. Selama 7 tahun aku meninggalkan dia. Dia meninggalkanku. Tak ada hubungan untukku tahu mengenai perkembangannya.

Tapi sekarang aku nampak Allah memberikanku jawapan. Anak kecil tadi ialah Abigail, bidadari kecil yang ku jaga semasa dia kecil. Lelaki di hadapan ku yang menyarungkan songkok sekarang ini ialah dia yang memiliki cintaku selama ini.

Betul kata Hyde.
'Cintai dulu Tuhan...baru cintai orang lain'

Saat cinta itu lebih kepadaNYA,
DIA kirimkan cintaku kembali.

DIA hadirkan Hyde ku kembali.

Terima kasih KAU hadirkan dia dalam kesempurnaan. Namun, aku tak tahu apa takdir buat kami berdua. Biarkan Allah yang menentukannya. Itu semua bergantung antara nasib dan takdir.

Ayatnya berbisik kembali ditelingaku.
'Jika Tuhan takdirkan kita berdua bertemu sekali lagi, saya harap kita akan bertemu dalam keadaan yang lebih baik pada waktu itu, saya akan lihat seorang Iris yang lebih tabah dan berjaya dalam hidupnya'

Senyumanku perlahan demi perlahan terukir buatnya dan serta merta senyuman kini berbalas senyuman.

CHARLES HYDE

Aku mengambil duduk di bahagian belakang sekali. Sebentar tadi, rakanku, imam masjid ini, Ustaz Shauki mengatakan bahawa ada sedikit selingan tazkirah sementara menanti solat fardhu Isyak.

Mataku terpaku pada sesusuk tubuh wanita yang amat kukenali. Hanya selang beberapa jemaah dariku. Wanita yang tidak pernah aku lupakan selama 7 tahun ini.

Dia...manis bertelekung putih mutiara dan kelihatan khusyuk mendengar tazkirah oleh Ustaz Shauki.

Sesekali dia meletuskan tawa apabila mendengar jenaka yang disampaikan.

Terpisahnya kami selama 7 tahun ini tidak banyak mengubah dirinya. Wanita itu masih jelita. Bahkan semakin berseri-seri. Raut wajahnya juga menggambarkan kematangan yang semakin meningkat.

Sedang asyik aku menilik wajahnya, wanita tersebut memalingkan wajahnya ke arahku.

Mata kami bertembung. Aku terkedu.

Dapat ku lihat cecair jernih mulai bertakung di birai matanya.

Wanita itu tersenyum manis kepadaku. Dan...aku membalasnya.

🌹🌹🌹🌹🌹

IRIS NAHAIRA

Aku meliarkan mataku memandang segenap ruang rak kasut tersebut.

Haisyy...mana pulak selipar aku ni ?

"Err...aunty ?" aku menoleh memandang gerangan yang memanggilku.

Seorang kanak-kanak perempuan yang mungkin berusia 8 tahun kelihatan comel mengenakan tudung shawl instant.

"Ni selipar aunty ke ?" soalnya perlahan. Sepasang selipar yang sedikit basah dihulurkan kepadaku. Sah! Memang selipar aku.

Mataku tertancap pada gelang yang berada di pergelangan tangannya. Macam pernah aku lihat.

Aku memandang bebola mata jernih kanak-kanak itu. Aku mengenali mata cantik itu. Ahh...tak mungkin. Bukan bidadari kecil itu.

"Adik jumpa kat mana ni ?" soalku pula lalu menyambut huluran selipar tersebut.

"Tadi Qish jumpa kat dalam longkang. Lepas tu Qish pergi basuh kat kolah. Lepas tu Qish bagi kat aunty" kanak-kanak tersebut menerangkan satu persatu sambil memperbetulkan tudungnya yang sedikit senget.

Lelaki Pinjaman Dia [Reader Ending] ✔Cerita yang bikin terobses. Temukan sekarang