"Burger ayam special satu, " suara Lara senada. Matanya masih melekat di skrin telefon bimbit yang mana sedang memaparkan aplikasi twitter.
Kicauan kicauan dari gadis gadis alam maya yang berkisarkan women empowerement menarik perhatiannya untuk membaca thread itu dengan lebih mendalam.
"Ahhh, sembang je semua ni. Kena bluetick dengan pakwe cari bucu dinding jugak, " getus Lara geram. Dia tidak tahu kegeraman itu ditujukan kepada siapa. Kepada gadis itu ataupun kepada dirinya sendiri.
Lara memandang ke depan dengan pandangan kosong. Brader yang memakai cap sedang membuat burger diperhatikan dengan tekun. Nampak lincah dan bersahaja gayanya menyusun timun dan tomato di atas roti sebelum memicit mayonis dan sos cili di atasnya.
Selepas daging burger diletakkan oleh seorang lagi lelaki lain, di atas kepingan roti, dia mengapitnya dengan sekeping lagi roti sebelum membalut burger tersebut dengan kertas pembalut.
"Burger ayam special, " lelaki bertopi itu menghulurkan plastik sambil tersenyum.
Lara membalas senyuman itu seadanya sambil menghulurkan not RM5. Tidak perlu ditanya tentang harga kerana setiap malam dia membeli makanan yang sama.
Baki dipulangkan lalu Lara berjalan menuju ke tembok yang berdekatan dengan gerai menjual burger itu. Di situ ada kumpulan busker yang sedang membuat persembahan. Tidak ramai yang berada di situ memandangkan lelaki yang bermain gitar itu bukanlah pemuzik yang terkenal.
Tidak kurang daripada 10 orang anak muda yang berada di situ. Lara membuka burger nya lalu makan sambil berdiri. Lagu Slam yang bertajuk Gerimis Mengundang seakan akan menaikkan amarahnya. Burger dikunyah berserta air mata mengalir di pipi. Sungguh sadis sehinggakan abang busker berhenti memetik gitar.
"Ehhh ehhh awak ok ke ni?" soal abang busker prihatin. Mana lah tahu sebenarnya gadis itu menangis kerana chordnya yang lari ataupun suaranya yang sumbang.
I'm good bro. Hidup mesti diteruskan! , " kata Lara sambil membuat thumbs up menggunakan tangan kiri. Penonton yang ada di sekitar bertepuk tangan. Memberi semangat dan kekuatan kepada gadis yang sedang berdukacita di hadapan mereka.
Dari kejauhan, dua orang lelaki yang berada di gerai burger turut sama memerhatikan kejadian itu. Malam yang dingin menambahkan kepedihan hati yang sedang diamuk resah. Jam sudah menganjak ke dua pagi. Lagi sejam mereka akan berkemas untuk pulang. Kelibat pelanggan pun sudah tiada, takut jugak terserempak dengan pontianak.
So come on, let it go
Just let it be
Why don't you be you
And I'll be me?
Everything that's broke
Leave it to the breeze
Why don't you be you
And I'll be me?
And I'll be me
Lagu Let It Go yang dinyanyikan oleh James Bay berkumandang tetapi bersuarakan perempuan. Lara menyanyi di sebelah abang busker yang sedang memetik gitar.
"Shit, I'm in love," getus brader yang memakai cap.
ESTÁS LEYENDO
Lara
Chick-LitLara yang dah give up dengan lelaki sebab selalu kena game telah mencuri hati Aniq tanpa dia sedar. Berjayakah Aniq mendapatkan Lara ataupun Aniq hanya mampu bertemankan maki hamun dan segala api dendam gadis itu?
