Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

kayu ara

127 7 1
                                        

1.

Bismillahirahmanirahim. Kisah ni diberi tajuk KAYU ARA, bukanlah sebuah kisah tentang Fattah Amin. harap maklum. tetapi kisah sebaliknya.

Sebelum terlajak dengan lebih jauh tentang Fatah Amin, aku mulakan cerita. Kisah ni berlaku di rumah pusaka arwah atuk & nenek aku.

Kisah ni berlaku di rumah pusaka arwah atuk aku. Dijadikan cerita, rumah ni katanya dah berusia lebih 70 tahun.

Yes, tempoh 70 tahun masih lagi belum dikira cukup lama. Tapi sebenarnya dah cukup menyimpan seribu satu rahsia.

Sebelah rumah pusaka ni, iaitu sebelah bumbung jamban (jamban cangkung tu), ada pokok kayu ara dan pokok mangga.

Sebenarnya aku start duduk rumah pusaka ni bila arwah pak long aku meninggal. Kira agak lama jugak duduk rumah ni.

Sebelum mak ayah aku duduk situ, pakcik aku semua dah pernah cerita yang masa kecik dulu diorang pernah kena ganggu dgn sesuatu.

Tapi diorang kata gangguan yg diorang kena setakat dengar bunyi. Dan bunyi tapak kaki berlari atas bumbung adalah normal.

Oh ya, rumah pusaka atuk ni, sebelah jalan besar. Dan bila melintas jalan besar tu, ada tanah perkuburan. Kiranya kawasan tu selalu sunyi.

Ada satu hari tu, kawan ayah aku yg datang rumah pusaka ni terus minta diri sebab nampak budak kecik melambai kat dia dari seberang jalan.

Mula-mula kami semua macam pelik sebab dia kata ada hal penting nak jumpa. Tapi tak sampai 10 minit mata dia pandang tingkap, dia mintak diri.

Bila ayah aku call, langsung dia tak angkat. Jumpa esoknya baru dia beritahu ada benda yg melambai dari seberang tanah kubur.

Tapi itu cuma sampingan. Yang utamanya adalah pokok kayu ara yg berada kat sebelah jamban tu.

Benda ni terjadi pada arwah abang aku. Sebab dia jenis berani kat rumah tu, so nak buang air besar pun dia selamba pergi sorang.

Kalau aku, aku sanggup tahan or minta sesiapa teman sebab jamban tu jauh ke belakang.

Memang aku cakap terang-terang yang aku memang takut kat rumah pusaka tu. Sebabnya rumah tu besar & menakutkan.

SeramBitStories to obsess over. Discover now