Bab 2

828 40 1
                                    

Humaira menyiapkan sarapan seperti biasa. Cuma beza Kali ini dia perlu buat untuk suaminya sekali.

Zayn menarik kerusi untuk duduk dihadapannya.

Humaira terus menyendukkan mihun goreng kedalam pinggan yang tersedia dihadapan suaminya itu.

" apa-apa yang berlaku dalam rumah ni , aku harap kau tak bagitahu nenek. Aku taknak dia tau apa-apa pun. Biar dia ingat yang kita suami isteri bahagia je. Faham? " kata Zayn beriak biasa.

" kenapa? Awak takut? " Humaira mengangkat keningnya lalu duduk.

" bukan takut. Hormat. "

" alasan! " Humaira ketawa kecil.

" apa-apalah. Tapi ingat apa aku cakap tadi. "

" baiklah sayang. " Humaira menekup mulutnya.

" apa kau cakap tadi? " soal Zayn lalu memandang tepat wajahnya.

" baiklah "

" tak. Perkataan belakang tu. "

" takde apa. " nafinya.

" Ada. Baiklah apa kau sebut tadi? " Zayn mendekatkan mukanya dengan Humaira. Seolah-olah mahu mencium wajah wanita itu.

" baiklah sayang. " Humaira terus menjauhkan mukanya.

Zayn mengangkat keningnya.

" macam sesuai panggilan tu dengan aku. Aku nak kau panggil aku sayang. "

Humaira membulatkan matanya.

" kalau saya taknak? "

" aku cium kau. "

Humaira mendengus lalu meneruskan makannya. Zayn pula hanya tersenyum sendiri.

****

Humaira menaip sesuatu dengan tekun. Dia menyiapkan kerjanya yang sudah tergendala itu. Kerjanya menjadi semakin berlambak kerana cuti kahwinnya tempoh hari. Sesekali dipandang sekilas majikannya yang hanya terpisah dengan dinding kaca.

" handsome jugak laki aku ni. " gumamnya perlahan.

Zayn yang berasa dirinya diperhati mula mengangkat muka. Dia terus memandang kearah Humaira. Zayn mengangkat kening dan tersenyum menggoda. Matanya seolah-olah memberi isyarat kepada Humaira bahawa dirinya seorang lelaki yang macho.

Humaira menjulingkan matanya tanda menyampah sambil membuat mimik muka. Lalu terus menyambung kerjanya.

Zayn yang melihat sudah tersenyum. Lantas tangannya terus mencapai smartphonenya.

Laju sahaja jarinya menaip sesuatu.

Smartphone Humaira berbunyi menandakan ada satu pesanan yang masuk.

Aplikasa whatsapp dibuka.

Tergoda tengok suami sendiri ke ?

Humaira memandang kearah Zayn. Dia menjeling tajam kearah suaminya. Tangannya juga menaip sesuatu sebagai balasan.

Maaf tuan. Saya tak faham apa yang tuan maksudkan.

Zayn yang menerima pesanan itu mula menggeleng.

Tak tahu ke pura-pura tak tahu Puan Humaira ?

Humaira tersenyum nipis. Baru sahaja tangannya ingin membalas. Ada seorang pekerja menghampirinya.

" amboi.. Mentang-mentang baru kahwin , tak lekang bibir tu senyum eh. Taip apa tu ? Tengok sikit. Tengah chat dengan boss ke ? " pekerja wanita 30-an itu mulai bersuara.

" takdeklah kak. Pandai-pandai je akak ni. " nafi Humaira.

" alaaa malu-malu pulak. Rindu masuk jelah pejabat sebelah bukan susah. Apalah kau ni. " balasnya.

" eii taklah. Akak datang kat meja saya ni ada apa ? " soal Humaira menukar topik. Kalau dilayannya pekerja suaminya yang seorang ini , pasti sampai esok pagi tak habis.

" ouh tak. Ni akak datang ni. Nak bagitau yang mesyuarat yang sepatutnya esok ni diorang awalkan ke petang ni. Jadinya kau kene siapkan bahan dia awal-awal. "

Humaira membulatkan matanya.

" ala yeke kak ? Awalnya. Saya baru siap separuh. " adunya.

" ala sempat punya. Sekarang baru pukul 10. " balasnya lalu berlalu pergi.

Humaira mula menyiapkan tugasannya dengan pantas. Dia mula berjalan kesana sini untuk mengambil kertas yang sudah diprint dan untuk yang diphotostat.

*****

Humaira melangkah perlahan sambil memicit-micit lengannya. Rambutnya yang berada didahi juga berpeluh-peluh. Lega rasanya apabila urusannya sudah selesai. Sedang dia berjalan keluar daripada lobi pejabat. Sebuah kereta mercedes benz berwarna hitam membunyikan hon.

Humaira teperanjat. Dia mengecilkan mata bagi melihat dengan lebih tepat.

" itu macam kereta Zayn. " ujarnya.

Kereta itu membunyikan hon berkali-kali. Bunyi itu menarik perhatian hampir keseluruhan orang. Humaira membuka pesanan mesej yang baru sahaja diterimanya.

Cepatlah woiii !!!

Humaira membulatkan mata. Kereta itu membunyikan honnya lagi. Kali ini bunyi hon itu berterusan tanpa berhenti. Humaira mula cuak. Pipinya juga merah kerana malu. Dia terus berlari-lari anak kearah kereta itu. Pintu hadapan dibuka lalu dia terus meloloskan diri kedalam kereta.

" kau asal duk tercegat lagi dekat situ ? " soal Zayn.

" mana saya perasan awak. " balas Humaira.

" yelah kau tu. " ujar Zayn lalu memulakan perjalanan.

" iyelah. Biasanyakan saya balik naik teksi. " ujar Humaira.

" Puan Humaira. Awak tu dah jadi isteri saya. Awak nak orang kata apa bila suami sendiri bawak kereta tapi isteri balik kerja naik teksi. "

" lahh. Kitakan dekat office. You are my boss. And saya cuma pekerja awak je. " balas Humaira.

" ehh kau ni jangan melawan boleh tak? " marah Zayn.

Humaira terus mengetapkan bibirnya.




Note : -

Maaf semua lama tak update. Its been a year right ? Or more than that. Im sorry. Okey , saya janji cerita ini akan memberikan kepuasan. Selamat membaca. Muahhh !

I Love You , ForeverWhere stories live. Discover now