"Apa?"

"Kau tu anak kutip, jangan sombong sangatlah" akhirnya Kio Macdonald menunjukkan taringnya yang sebenar. Hilang imej lemah lembut lelaki bermulut manis itu.

Lesap.

"Apa kau cakap" pandangan Elysaine menjadi gelap, terasa ada aura gelap menyelubungi dirinya.

"Argh !" Kio terjerit ketakutan apabila tiba-tiba suara petir mula berdentum kuat. Padahal tadi tiada langsung tanda-tanda hujan bakal turun.

Wajah Elysaine yang mula berubah menjadi gelap itu dipandang takut-takut. Ramai sudah bercakap tentang asal-usul Elysaine yang tidak diketahui. Mata kelabu itu juga berubah, bertukar hitam pekat.

Dia bukan setakat ahli magis.

Malah dia seperti jelmaan seorang ahli sihir.

Makin terketar-ketar badan Kio apabila kilat semakin saling menyabung . Bergema kuat di sekitar mereka.

Jangan cakap itu angkara Elysaine.

"Elysaine !" tegur Harry, sekelip mata dentuman petir tadi hilang. Warna mata gadis itu juga sama, bertukar menjadi kelabu seperti sedia kala saat Elysaine mengerdipkan matanya beberapa kali. Seakan tersedar daripada dipukau.

"What happened ?" Soal Harry , sedari kehadiran Kio baru dia mengerti punca jeritan tadi. Alasan kenapa dia datang ke sini .

"Harry" Elysaine telan air liur, dia hampir terbawa-bawa emosinya sehingga hampirr tidak terkawal. Dia sendiri tidak sedar.

"Kau okey?" Harry menyoal. Dia menjeling wajah Kio yang masih termangu-mangu itu lalu Harry memegang tangan Elysaine dari tepi, diselit tapak tangan itu hingga masuk ke dalam genggamannya.

"Harry.." Elysaine terkedu.

"Siapa ni Elys?" Soal Harry , kononnya tidak mengenali tunang rakannya itu. Elysaine tak menjawab, dia turut menjalarkan jarinya lalu turut menggengam tangan Harry.

"Kau siapa ?!" Soal Kio dengan nada yang sangat marah. Tak berkelip dia pandang tautan tangan manusia di hadapannya.

"Kalau tak ada apa-apa kami pergi dulu" ujar Harry dan menarik perlahan Elysaine agar mengikutinya. Elysaine tak berkata tapi ikutkan sahaja langkah lelaki itu.

Sempat Elysaine menjeling wajah Kio ketika mengikuti langkah Harry.

Aku pun ada orang lainlah. Bukan kau seorang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Let's finish all this, then you can go back to your palace and never come here again" Hayden tanggalkan kot hitam dari tubuhnya, tinggallah kemeja bewarna hitam .

Puteri Adelene mengetapkan bibir, kedua belah tangannya juga dikepal erat membentuk penumbuk.

"How dare you !" ujarnya, naik seoktaf suaranya menengking Hayden yang berdiri membelakanginya.

Selepas kemunculan Puteri Adelene secara mengejut tadi, Hayden tiada pilihan lain daripada bersetuju untuk menemui Puteri Kerajaan Arthal itu. Puteri tunggal Raja Marquez.

"Duduk" arah Hayden tanpa nada, sedikit pun dia tidak pedulikan amarah gadis itu. Kini mereka berada di ruangan tetamu utama dalam istana itu.

"Tuan nak saya hidangkan air?" Soal si pembantu tadi. Puteri Adelene berdecit kuat.

"Bodoh ke? I'm a royal guest !" Bentak Puteri Adelene. Terhinjut bahu pembantu itu, serta-merta dia menundukkan pandangan ke bawah.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now